Halaman

Memaparkan catatan dengan label Nuffnangs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnangs. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

Hasil daripada berblog...

Sebenarnya saya mula berblog pada Jun 2012.. Tinggal di Kuala Lumpur seorang diri dalam sebuah rumah pangsa di kawasan yang padat di tengah kota raya menyebabkan saya rasa bosan. Saya memang minat menulis, menulis dengan cara saya sendiri. Kebetulan kakak saya ada buat bisness online, dan dialah orang pertama yang perkenalkan saya dengan blog. 

Sejak dari itu, memang blog jadi tempat saya menyimpan segala ilmu yang saya copy dari blog2 lain dan adakalanya menulis sendiri topik ikut suka hati. hehe Masa tengah addict berblog, tiap- tiap hari up entri.. siap berblogwalking.. share award dan join group blogger. Indah sangat kenangan masa tu. 

Alhamdulillah, banyak yang saya dapat dari berblog... antaranya
1. Hubungan persahabatan maya.. memang ada antara kami tak pernah bersua muka tetapi hubungan itu tetap mesra hingga ke saat ini.. GROUP SEGAR FOLLOWER, kamu semua memang segar dalam hati ini tau.. walaupun masing-masing dah sibuk.. dah jarang berbw.. tapi.. kita masih ada group wasap yang menjadi jambatan hubungan persahabatan maya kita tidak putus...betul tak???

2. Pendapatan daripada blog... ada juga hasilnya, walaupun tak banyak tapi cukuplah buat bayar bil streamix dua bulan hehe... dan yang terbaru, boleh beli beg tangan baru dalam laman web ZALORA.. 

Semangat nak berblog macam ada.. berkobar-kobar nak menulis.. banyak sangat benda nak dikongsi tapi masa terhad... melayan dua puteri petah dalam rumah ini lebih penting daripada berblog...haha...

In Shaa Allah, blog ini akan segar.. walaupun tak dapat disiram setiap hari dengan entri baru tapi entri baru tetap akan muncul dari sini..

Rezeki dari berblog walau sedikit ttp kita hargai....

ihsan google... gambar sekadar hiasan



Rabu, 31 Oktober 2012

HP Ink Advantage

Korang pernah tengok iklan ni kan TV kan?? Pasal ink Printer HP yang mampu mencetak sehingga 1500 helaian dengan hanya menggunakan satu katrij yang berharga RM37 sahaja... Cerita ini memang kisah benar bukan sekadar promosi kosong sahaja.. Rakan sekerja Dieyna dah menggunakannya.. ternyata memang jimat inknya.. satu rim kertas dah habis digunakan tetapi inknya masih belum habis- habis lagi...

Dieyna sendiri rasa macam nak dapatkannya satu tetapi sayangnya dah ada printer lain dah yang jimat ink juga... hehe kalau tak memang confirm dah beli satu.. Dieyna survey harganya di kedai IT, tidaklah mahal mana .. dalam RM269 je.. Standard price for 3 in 1 printer lahkan.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal printer ni  bolehlah korang klik SINI ye.. PRINTER HP. Kepada para pelajar yang mempunyai assignment berlambak- lambak nak print, baik guna printer ni.. Jimat pun jimat.. Kongsi ramai - ramai kemudian pakat2 guna.. Berbaloi sangat berbanding korang pi CC sebab nak print... betul tak???? 

Ada banyak model printer yang menggunakan INK yang menjimatkan ni.. Nak tahu model printer yang mana.. Korang bolehlah layari web NEW HP INK ADVANTAGE.. Berbelanja sekali tetapi untungnya berkali- kali.. hehe dapatkannya segera... Pasti puas hati.. Insya Allah

P/s : Alhamdulillah.. ada 4 BE yang sedang berlangsung di blog Dieyna sekarang, SUNSILK SLEEK, ASTRO ON THE GO (belum review lagi), HP IN ADVANTAGE dan SAMSUNG NOTE II.. Terima kasih ye en NUFF...

Selasa, 29 Mei 2012

Minat Iphone 4S tak??

Korang minat iphone 4s tak??? Apa, tak kenal?? Kalau nak kenal gajet pintar ni, korang boleh klik kat SINI >>>> iPhone 4s.. Dah tengok dah?? Menarik kan.. Simpan pitih banyak2 lepass ni boleh beli..

Dulu, Dieyna ni suka mengikuti dunia gajet ni.. dan biasanya jenama NOKIA yang jadi pilihan.. Tetapi skarang ni dah tak terkejar.. Telefon yang hebat- hebat dah ada di pasaran.. Pendek kata, tak perlu bawa lappy, semuanya boleh buat dalam telefon.. macam Galaxy Note tu.. Apabila telefon pintar dah banyak di pasaran, maka syarikat telekomunikasi bertungkus lumus menawarkan perkhidmatan terbaik untuk pengguna telefon ini.

Sekarang ni, MAXIS menawarkan kadar penggunaan yang menarik untuk pengguna iPone4s... Nak tengok kadar yang ditawarkan?? ini dia

Sebenarnya jadual tu panjang lagi, ada banyak lagi tawaran yang menarik.. Korang boleh klik kat perkataan ni  >>>> iValue Plan.. kalau nak tengok yer...

Maxis juga menawarkann kadar panggilan untuk pengguna yang inginkan penjimatan .. tengok jadual di bawah ye

Sebenarnya banyak lagi tawaran menarik yang ditawarkan oleh pihak MAXIS.. Korang tengok jelah sendiri kat sini ye.. kemudian, buatlah keputusan.. Jika korang pengguna iphone, tak salah mencuba pelan penjimatan ni. cuba bandingkan dahulu dengan syarikat komunikasi yang lain.. Jika oke, bolehla bertukar pelan yer...

p/s : entah bila boleh pakai telefon mahal macam ni.. huhu

Sabtu, 5 Mei 2012

Volkswagen, kereta pilihan??

Korang nampak tak gambar kat atas ni?? Mestilah nampak kan?? Produk terbaru keluaran Volkswagen.. semuanya nampak elegan.. Best nya kalau dapat miliki sebuah kan?? 

Kepada peminat kereta, bolehlah klik gambar diatas untuk mengetahui keistimewaan lanjut setiap sebuah kereta..Bolehlah korang cuci mata skit, tengok gambar kereta yang cun cun...

Selain daripada mencuci mata, Korang juga boleh menyertai Cross Touran Contest... Dieyna pun dah join.. senang sangat caranya.. Korang hanya perlu klik Unconventional Perfomance.. Selepas tu, gambar ini akan muncul
Kemudian, klik START LIVING UNCONVENTIONAL, permainan pun bermula, Korang ikut arahannya dan cuba lakukan pemilihan secepat mungkin.. Mana tahu ada rezeki korang untuk mendapat barangan istimewa daripada Volkswagen.. 

Ada yang lebih menarik.. Bersesuaian dengan tema "The People's Choice".. Korang diberi peluang untuk menentukan apa yang korang mahu untuk kereta Volkswagen.. Macam mana caranya?? Korang klik je perkataan THE PEOPLE'S CHOICE, kemuadian korang boleh mula membuat pilihan.. Berikut beberapa contoh spesifikasi kenderaan untuk korang pilih. Kemudian, Volkswagen akan mencadangkan produk mereka yang sesuai dengan pilihan korang.. 

Bagus betul strategi marketing diorang ni kan.. Kepada yang berkemampuan pasti tak sabar memilikinya, manakala yang tak berapa nak mampu ni, hanya mampu melihat kehebatan kenderaan keluaran Volkswagen ini sambil menelan air liur berkali- kali...  hehe

p/s : Masih sayangkan kereta lamaku WKRxxxx yang dah berusia hampir 10 tahun.... Banyak jasa kereta tu.... Dieyna takkan persiakan baktimu ye.. haha mood jiwang ngan kereta sendiri...
Lya Afrina, macam ni ke???

Sabtu, 28 April 2012

Pelan Istimewa Digi

Nampaknya syarikat telekomunikasi saling bersaing merebut hati pelanggan talian komunikasi sekarang. Tengoklah pelan terbaru DIGI ni... sangat2 menarik .. macam jimat pun ada.. sama ada untuk prepaid mahupun postpaid.. Tak percaya ker?? Sila KLIK SINI.. Pakej ini sangat2 sesuai untuk pengguna tablet... Siapa yang pakai tablet tu? Sebaiknya korang jenguk sekejap tawaran MR. YELLOW ni.. mana tahu berbaloi- baloi kan????

DIGI Store Online pula menawarkan pembelian tablet secara ansuran dengan kadar serendah RM83 sebulan.. Tawaran menarik ini untuk tablet2 ini..

Cuma perlu tekan BUY NOW, dan ikuti beberapa prosedur.. Samsung Galaxy Tab ini bakal menjadi milik anda... ( telan air liur berkali- kali) :)))

Jika korang sedang mencari- cari pelan internet yang sesuai untuk telefon pintar korang.. Hehe jangan risau yer.. DIGI bersedia membantu anda .. Caranya mudah sahaja, Korang KLIK SINI.. DIGI akan menunjukkan pelan terbaik untuk anda.. 

Nampak tak tu.. Pilih je telefon korang jenis mana.. lepas tu diorang akan beri panduan kepada anda tentang pelan diorang yang terbaik.. Best kan???? Contohnya kalau korang pilih Ipads.. Cuma tekan IPADS... Kemudian akan keluar message box ini..


Apa2 pun pilihan di tangan korang ye??? Jika rasa best.. apa salahnya mencuba.. cuma RM1 per day dari 7 am - 7 pm.. fikir- fikirkanlah...


Kalau nak tahu lebih lanjut.. Layarilah laman web ini, anda akan terasa bahang kehangatannya..

Edisi : Promosi Iklan DIGI... Dieyna pun join gak DIGI AWARD... tapi tak reti nak promote lelebih.. hehe


Isnin, 16 April 2012

Nuffnang Up ker??

Malam ni nak bercerita pasal en Nuffnang.. Korang- korang yang berblog ni pasti kenal sangat- sangat dengan en NUFF ni kan... Agen pengiklan terkenal di dunia maya ini.. Ada yang dapat ribu-riban hasil daripada iklan NUFF yang terpapar di blog masing- masing. Tahniah ye..

Sekarang baru Dieyna betul- betul faham pasal klik NUFFNANG ni.. Kalau dahulu, Dieyna ingat setiap kunjungan yang tiba ke blog membolehkan blog ini memperoleh bayaran daripada NUFFNANG.. Rupanya Dieyna silap.. Walaupun pengunjung yang datang beribu-ribu tetapi jika tak seorang pun daripada kalangan mereka meng"klik" iklan nuffnang yang tergodek-godek di blog anda, maka tiadalah bayaran untuk anda... hehe Patutlah dah lama pasang iklan ni, masih tak mampu nak cash out lagi bayarannya .. 
Nuffnang - Asia's First Blog Advertising Community

Semuanya berkait dengan rezeki kita, jika sudah tertulis bahawa rezeki kita dengan NUFFNANG ada.. Insya ALLAH lambat laun pasti dapat juga betul tak.. Lagipun en NUFFNANG kita ni, bukannya bayar blogger sesuka hati.. Pihaknya akan pantau terlebih dahulu kesahihan klik melalui blog kita ni.. Kalau didapati, tuan tanah yang klik sendiri berjuta- juta lemon hanya untuk dapatkan bayaran NUFFNANG, maka selamat bermimpilah tuan tanah tersebut.. NUFFNANG takkan bagi bayaran tersebut.. Penipuan katanya.. Bukan senang tau berurusan dengan mereka ni.. Banyak prosedurnya. Ada rakan- rakan blogger kita yang berpengalaman dengan NUFFNANG ni , kalau tak caya cuba baca entri KAZMAN/SUE ni.. Ada ilmu berkenaan NUFFNANG yang boleh kita belajar dalam entrinya... 

Entri ini ditulis bukannya untuk meraih undi or apa.. Cuma nak kongsi kefahaman Dieyna mengenai NUFFNANG je... Mungkin orang lain dah lama faham, cuma Dieyna je yang ketinggalan keretapi berkenaan NUFFNANG ni... Untuk blog suam- suam kuku macam blog Dieyna ni, peluang untuk meraih klik NUFFNANG yang tinggi ibarat langit dengan bumi.. :)) Semuanya bergantung dengan rezeki.. Jika ada rezeki maka adalah, jika tiada rezeki, dah hampir masuk dalam mulut pun boleh jatuh... Faham- fahamkanlah ye..

p/s : Pada sesiapa yang berminat nak beli serbuk Cheese ala-ala cheezy wedges KFC, sila hubungi Dieyna di SINI ye... Nak kenal rupa cheezy wedges tu, korang boleh klik SINI... :))) dang lagi iklan dari penaja kat hujung entri ye,,, haha 

Jumaat, 13 April 2012

Nak Tanya Korang Skit..

Hari ni dapat komen daripada seseorang.. Pengunjung setia blog ni juga.. Katanya  begini


Salam Dieyna..
Kakya mengalami sedikit masaalah masuk blog Dieyna.. Maaf ya..

Baca je komen Kak Ya, berdesup Dieyna memecut ke blognya dan bertanya begini

kak ya, masalah macam mana time nak masuk blog ana>...tell me..
(dalam hati berdebar2 ni)

Dan ini lah jawapannya

Ana..xpe la Ana.. Kakya sorang jerk kot yang susah nak masuk sana... Sambil tunggu loading complete kakya jalan2 blog lain dulu selalunya.. Apa jadi pun.. Kalau kakya online, kakya Akan cuba jugak masuk blog Ana k.. Dun worry.. 

Kakya bagitau Ana tu, sbb tak mo Ana kecik hati kenapa kadang2 kakya tak sampai sana. Sedangkan Ana tak pernah jemu jenguk akk di sini.. Terima Kasih tau..:p

 Idea utama bagi komen ini ialah BLOG DIEYNA LAMBAT NAK LOADING...

Persoalannya ialah Korang- korang yang sering bertandang ke sini, blog Dieyna LAMBAT LOADING ke?? Kalau ramai sangat yang kata lambat loading.. Maknany Dieyna harus membuat kerja- kerja pembersihan agar blog ini tidak lambat LOADING lagi... Huhuhu....

p/s : Komen sejujurnya ya... Tak nak menyebabkan korang yang sering bertandang ke sini terpaksa menunggu dan menunggu,,. Terima kasih...

Sabtu, 31 Mac 2012

DiGi WWWow Awards..

Macam tak percaya je.. hehe tapi percayalah.. Dieyna join ini...

Kategori ini ye
http://www.wwwow.my/images/header/logo-digi-wow.png

Sebenarnya sangat sedar diri bahawa blog ini masih tak layak.. tapi saja2 nak menyertai bagi memeriahkan suasana.. hehe boleh ke gitu.. nanti korang tolong vote ye..

Tarikh vote
23 April hingga 13 Mei 2012

Lambat lagi... tapi saja2 nak announce kat korang dulu .. boleh kan???


Catatan Popular