Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

HP Ink Advantage

Korang pernah tengok iklan ni kan TV kan?? Pasal ink Printer HP yang mampu mencetak sehingga 1500 helaian dengan hanya menggunakan satu katrij yang berharga RM37 sahaja... Cerita ini memang kisah benar bukan sekadar promosi kosong sahaja.. Rakan sekerja Dieyna dah menggunakannya.. ternyata memang jimat inknya.. satu rim kertas dah habis digunakan tetapi inknya masih belum habis- habis lagi...

Dieyna sendiri rasa macam nak dapatkannya satu tetapi sayangnya dah ada printer lain dah yang jimat ink juga... hehe kalau tak memang confirm dah beli satu.. Dieyna survey harganya di kedai IT, tidaklah mahal mana .. dalam RM269 je.. Standard price for 3 in 1 printer lahkan.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal printer ni  bolehlah korang klik SINI ye.. PRINTER HP. Kepada para pelajar yang mempunyai assignment berlambak- lambak nak print, baik guna printer ni.. Jimat pun jimat.. Kongsi ramai - ramai kemudian pakat2 guna.. Berbaloi sangat berbanding korang pi CC sebab nak print... betul tak???? 

Ada banyak model printer yang menggunakan INK yang menjimatkan ni.. Nak tahu model printer yang mana.. Korang bolehlah layari web NEW HP INK ADVANTAGE.. Berbelanja sekali tetapi untungnya berkali- kali.. hehe dapatkannya segera... Pasti puas hati.. Insya Allah

P/s : Alhamdulillah.. ada 4 BE yang sedang berlangsung di blog Dieyna sekarang, SUNSILK SLEEK, ASTRO ON THE GO (belum review lagi), HP IN ADVANTAGE dan SAMSUNG NOTE II.. Terima kasih ye en NUFF...

Isnin, 29 Oktober 2012

Terima kasih Waniey dan Deq Qienz

Sudah beberapa kali tertangguh nak menulis entri ini.. Entri pasal kejutan daripada Waniey, mamanya si Qalief dan juga Mama Qhayra, Deq Qienz..

Cenderahati perkenalan ni sampainya berasingan hari...

Cenderahati pertama : Kerongsang cantik kiriman Waniey.. Sangat cute.. Dah siap pakai pun cuma tak ambil gambar je masa pakai kerongsang ni.. Almaklumlah, pemilik blog ni pemalu nak tunjuk rupa hehe..  Waniey.. ramai yang puji kerongsang ni.. Hannah pun tertarik.. Dia ingat gula- gula kot sebab siap nak buat masuk dalam mulut.. hehe mujur sempat diselamatkan oleh ibunya...

Maaf kualiti gambar tidak memuaskan...

Cenderahati kedua : Keychain tapak kaki dan juga klip rambut daripada Mama Qhayra.. Hehe simbolik keychain tu.. mesti mama Qhayra ni suka berjalan- jalan kan.. Bak kata orang ganu, suka doktong... Hehe... Keychain tu dah siap gantung kat kunci rumah k.. Klip tu pun Hannah dah siap pakai tau.. Kami hargai sangat pemberian ni.... HUHU mood : Touching

Terima kasih banyak- banyak kat korang berdua.. Korang memang hebat.. Harap jalinan perkenalan ini tidak putus sekerat jalan.. Siapa sangka siapa menduga... Jarak tidak mampu menghalang keikhlasan persahabatan kan... Sayang korang semua ketat- ketat... 

Untuk semua ahli GSF... Korang semua hebat... Untungnya akak berkenalan ngan korang semua.. Korang ceriakan hari- hari akak tau.. hehe

ps : Teringin juga nak buat macam korang.. Insya Allah.... 

Smatphone... Samsung Galaxy Note II

Dunia gajet dah semakin canggih.. Syarikat pengeluar telefon selular, berkejar- kejaran mengeluarkan ciptaan canggih manggih mereka bagi merebut kedudukan di mata pengguna gajet pintar.. Terkini,,, Samsung mengeluarkan siri Galaxynya yang terbaru iaitu SAMSUNG GALAXY NOTE II... boleh klik pada link ye..

Pandangan Dieyna tentang SMARTPHONE ni ye...

Rakan sekerja dah pakai phone ni .. beliau sangat2 berpuas hati.. katanya sistem phone ni sangat canggih sehingga tiada masalah loading langsung.. sekali klik, program terus on tanpa kita menunggu lama.. Dieyna sendiri dah tengok dan belek-belek telefon ni (itu je yang mampu setakat ni hehe).. memang sungguh puas hati pada yang mampu membelinya... Phone ni juga ada sistem sensor yang sangat baik, tanpa perlu menekan butang panggilan.. Korang hanya perlu letakkan phone di telinga sahaja untuk membuat panggilan.. hehe bijak...memang bijak...

Celcom menawarkan tawaran istimewa untuk mendapatkan phone ini pada harga yang sangat istimewa.. dari RM1498... Banyak dah bezanya daripada harga sebenarnya ye... RM 2299... Cuma korang perlu mengikut pelan mudah CELCOM ni.. Boleh rujuk sini ye... PELAN MUDAH CELCOM..

P/s : Pada yang MAMPU tu, bolehlah dapatkannya SATU.. Insya Allah berbaloi-baloi.. Yang TAK MAMPU pulak,, tengok saja je lah ye.. hehe gunting gambar telefon ni lekat kat phone korang pun boleh gak.. hehe

Jumaat, 19 Oktober 2012

Iklan : Calet comel di Bukit Kuang


Ada bangsal lalang di luar rumah







berminat?

SEWA SATU MALAM RM150
Lokasi : Bukit Kuang, kemaman, Terengganu
Berdekatan dengan sungai Bukit Kuang

HUBUNGI DAYANA 
019- 2481068

Khamis, 18 Oktober 2012

Dugaan dan cabaran

Salam semua.... Entri kali ni entri luah perasaan.. Selalunya terkena pada orang lain tetapi kali ni terkena pada batang hidung sendiri.... Semua tahukan.. Dieyna berniaga cheese secara sampingan dan Alhamdulillah mendapat sambutan di merata tempat.. termasuklah Sabah dan Sarawak.

1hb 10 - 1.2 kg cheese telah dihantar ke Sabah menggunakan perkhidmatan penghantaran terkenal di Malaysia.... Tracking number item Dieyna beri kepada customer supaya senang customer semak status item di laman web berkenaan...

10hb 10 - Dieyna terima sms daripada customer.. item yang dipos belum diterima.. Maka, Dieyna semak status item tersebut... dan ini hasilnya

Item tu dah selamat tiba ke PPL berkenaan pada 3hb... Tapi sekarang dah 10hb.. Status...MISSED DELIVERY... Dieyna jadi konfius.. Salah alamat ke??? No telefon kan ada, mengapa PPL tak kol penerima mengatakan item tak dapat dihantar... Dieyna malas nak fikir serabut2 otak, Dieyna kol PPL KK.. Tanya sendiri status item.. Jawapan mereke "NANTI SAYA SEMAK BARANGAN PUAN, KAMI AKAN HUBUNGI PUAN SEMULA"... Dieyna tunggu diorang return call.. tapi Hampeeh...

11hb 10 - Menunggu panggilan PPL ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.. Akhirnya, Dieyna kol mereka lagi sekali.. Jawapan yang sama diterima.. Diorang suh tinggalkan no telefon untuk dihubungi semula..Kali ni, Dieyna cakap kat diorang " JANGAN JADI MACAM SEMALAM, KATA NAK KOL SEMULA TAPI TIADA YANG KOL"...

Petangnya, customer sms Dieyna dan beritahu pihak PPL KK Bahagian barang rosak hubungi dia dan beritahu BARU JE TERIMA BARANG CUST HARI NI DALAM KEADAAN ROSAK MACAM DIGIGIT TIKUS ATAU KUCING... Pihak mereka minta cust datang untuk tengok keadaan barang.. (DIORANG INGAT PAPAR KE KOTA KINABALU TU DEKAT KE?)

12hb 10 - Customer pi tengok barang.. Memang kena gigitan tikus... Setiap paket cheese tu ada lubang makhluk perosak tu.. Customer tuntut ganti rugi dengan pihak PPL... Jawapan mereka pula, Pengirim yakni Dieyna yang boleh claim... Danglah customer tu tazkirah person in charge kaw2 punye.. yelah mana tak bengang kan??

Agaknya macam nilaa rupa tikus yang teruja dengan serbuk cheese tu eik???
Hari yang sama, wakil PPL tu kol Dieyna beritahu dan memohon maaf atas kecuaian pihak mereka... berkali- kali permohonan maaf dituturkan.. Dieyna pula, mengajukan beberapa persoalan kepada wakil tersebut.
  • Jika barangan tak dapat dihantar kepada pelanggan, mengapa pelanggan TIDAK dihubungi.. Sedangkan pada slip penghantaran, no telefon wajib diisi... MENGAPA????
  • Jika barang yang dihantar dari awal lagi dah rosak, item tu takkan terbang ke PPL KK... maknanya item tersebut diterima sempurna pada 3hb 10... (Alasan wakil ppl : Memang item diterima sempurna, tapi tak sempat dihantar pada hari yang sama iaitu 3hb, jadi barangan tu disimpan dahulu di ppl untuk penghantaran hari berikutnya)
  • 4hb 10, barangan didapati telah digigit tikus, diulangi telah digigit tikus.. maka, proses penghantaran tidak dapat dibuat... Persoalannya, Mengapa PPL tidak memaklumkan kepada pengirim mahupun penerima tentang kerosakan item?? Apakah mereka sengaja mendiamkan diri untuk tidak mahu bertanggungjawab???
  • Item dihantar pada bahagian kerosakan pada 12hb 10 selepas Dieyna membuat panggilan hangit dan hangat kepada PPL KK pada 11hb... Maknanya, nak tunggu customer hubungi juga untuk trace item.. mana tanggungjawab diorang untuk item yang rosak tu???
Banyak lagi benda yang Dieyna persoalkan kepada wakil.. dan pastinya berkali- kali permohonan maaf yang Dieyna dapat.. Nak marah kat wakil tu pun tak guna sebab item tu baru je sampai kat dia.. cuma nasib badan n telinga ar skit kena dengar bebelan... HUHU... Sehingga entri ni ditulis, Dieyna masih belum mendapat maklum balas daripada pihak PPL yang kononnya nak return barang untuk proses tuntutan ganti rugi. (Hanya pengirim yang boleh buat claim untuk barang rosak).

Selama ni, Dieyna duk baca kes barang yang dipos hilang, kononnya tak dapat dikesan.. Hakikatnya, memang tiada sikap tanggungjawab untuk beritahu customer keadaan barang.. Diamkan diri sahaja dan anggap diri tak bersalah.. Dieyna boleh bayangkan, kalau customer tak bagitahu perihal item yang belum diterima, Dieyna anggap barang dah sampai dan tak kol PPL berkenaan pastinya item dieyna tu missed macam tu je... Mana sikap tanggungjawab orang yang sepatutnya bertanggungjawab....

Dieyna tak sesal, tikus nak makan cheese tu.. dah rezeki nya.. yang Dieyna sangat sesalkan mengapa pihak berkenaan tak bertanggungjawab?? Tak maklumkan pada Dieyna dan bertindak mendiamkan diri... Apa guna tulis nombor telefon untuk dihubungi??? Baik tak payah tulis.. Jarak masa 4 hb hingga 12 hb tu agak lama, tikus pun dah berjemaah buat rombongan kerumun bungkusan cheese tu... Kenyang lah ko tikus ye???
Harus2 perut tikus2 tu kembung mcm ni kan???

Luahan Dieyna bukan untuk banned sesiapa... cuma untuk kongsi pengalaman dalam berhadapan dengan sikap manusia... Apabila korang bekerja dengan masyarakat...korang perlu rasa lebih tanggungjawab.. Lebih prihatin .. jangan ambil sikap lepas tangan.. Kerana sikap korang tu, satu jabatan akan mendapat nama buruk..jabatan korang yang jadi buruk kualitinya di mata masyarakat.. Tolonglah... Buatlah yang terbaik untuk tempat korang cari rezeki... Jangan tabur pasir di dalamnya....

p/s : Pengalaman ini mendewasakan....


Ahad, 14 Oktober 2012

Dah deactivated dah...

Dulu zaman main game fb.. accept semua mat salleh yang join sama game tu.. Akaun personal dah tak jadi personal lagi.. Lagipun ada dua akaun... Maka, baik aktifkan satu akaun je... So, dengan ini diumumkan Akaun fb personal akak dah ditutup.. Akan dibuka kembali kelak .. bila?? Masih belum pasti....  Akak cuma aktifkan akaun fb bisness sahaja...

(kalau berminat hehe)

Alang- alang korang dah jengah FB bisness akak tu kan, apa kata korang jengah sini sekali SUNSILK SLEEK.. Bukan jengah saja- saja tau, tapi ada peraduan yang sedang dianjurkan... Yang best nya.. korang boleh REDEEM FREE SAMPLE LAGI... Klik sebelah ye kalau nak tahu lebih detail... Yang mana tinggal berhampiran tu jangan lepas peluang ye...

Bagi yang berminat dengan contest sunsilk ni pulak, korang cuma perlu submit cerita masa terbaik anda.. pastinya bersama SUNSILK.. Kena cerita lebih kurang 140 patah kata je... kemudian klik butang submit.. Tunggu... mana tahu ada tuah menanti anda kan... hehe jom- jom join contest sunsilk ni sama- sama...


Selamat mencuba... hehe :)))

Ahad, 7 Oktober 2012

Kerana rambutan

Kerja kat dalam felda ni, sememangnya mata dijamu dengan pandangan menghijau je.. Banyak pokok buah- buahan,.. Masa musim durian, mata duk kira berapa biji buah durian atas pokok orang.. Terliur tengok haha bestnya kalau ada kebun sendiri.. Sekarang ni pulak musim buah rambutan.. 

Merah- merah nampak atas pokok, kat dalam kawasan kerja ni pun banyak pokok rambutan .. aduh geram sungguh tengok.. One of my favourite fruits .. speaking london skit.. hehe

Disebabkan terlalu teruja tengok buah rambutan yang nampak ranum di atas pokok.. Dengan selambanya, balik dari kerja Dieyna dan sorang rakan berhenti kat rumah salah seorang penduduk felda   .. Memang rumah dia terletak dalam laluan kitorang ulang alik .. Pokok rambutannya pulak betul2 duk kat tepi jalan depan rumah dia hehe memang umpan baik punya laa... Kitorang berhenti pun bukannya niat nak mintak FREE tapi nak beli.. Haha sanggup tu sebab terliur sangat...

Dengan penuh sopan dan santun kami nyatakan tujuan kami.. Tuan rumah kata tak payah bayar- bayar, tak jual pun.. Maknanya dia nak bagi free... Huhu malu weh.. Kalau tahu gitu, sungguh kami tak singgah... Tapi, kami tetap berkeras nak bayar... Tuan umah sibuk duk mengait buah, Dieyna pulak sibuk duk kutip dan makan.. Haha dah orang suh rasa kan.. kita rasa je laa...

Dalam duk riuh rendah kait buah tu.. tiba- tiba jiran sebelah panggil kami ke arahnya sambil bawa dua plastik rambutan yang sudah siap dikait.. Katanya " ambillah buah ni, ni rambutan kerak nyior ni, tunggu jap, pakcik tengah kait rambutan perak pulak tu".. Hahaha malu kami bertambah sekali ganda lagi.. Niat nak membeli dah jadi terpesong .... Dapat rambutan FREE bukan seplastik tapi 6 plastik besar dan penuh... Suku bonet kereta haha Baik hati betul diorang.. Untuk kurangkan rasa segan dan malu, kami hulur jugak duit bukan kat makcik- makcik tu.. diorang sungguh tolak duit kami, kami hulur kat cucu dan anak diorang ... Yang tak tahannya makcik tu siap pesan lagi "Nanti rambutan anak sekolah dah masak, cikgu datang pulak yer" hahaha.. Tak tergamak dah nak singgah rasanya... hehe

Hari ni pulak, kami pi terjah pokok rambutan dalam kawasan sekolah pulak.. Dapatlah seplastik penuh dan makan ramai- ramai kat bilik LINUS ni...Yang bestnya, kami tak guna galah tapi dok tarik dahan pokok untuk ambil buah.. Haha bergayut pulak kat situ... haha kerja gile sungguh... Semuanya sebab nak makan rambutan...

Pinjam gambar en google - vidamuchacha.blogspot.com

Kalau dah merah menyala macam ni kan.. korang geram taK hehe





Selasa, 2 Oktober 2012

Mereka sedang diuji

 

Dua rakan blogger Dieyna sedang diuji kala ini.. Membaca luahan mereka membuatkan hati Dieyna terasa sebak.. Sungguh sebak.. Mereka sedang diuji kerana Allah tahu mereka mampu melalui ujian itu.. Mampukah kita melalui ujian itu seperti mereka.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya…. Semoga mereka tabah dan sabar menempuhi ujian itu,,

Ini Sebabnya

Muhammad Qalief Rezza masih belum sembuh sepenuhnya.. Semoga keputusan darahnya nanti negatif daripada sebarang penyakit berbahaya.. Hati ibu mana yang tak pilu, anak yang sedang aktif tiba- tiba terkulai layu macam ni.. Sedangkan jika anak kita demam pun, rasanya dah separuh nyawa terbang.. risau dan fikir yang bukan- bukan.. Waniey.. Akak tahu Waniey ibu yang kuat. Insya Allah, Qalief akan sihat kembali.. Ceria kembali macam dulu.. Doa kami mengiringi Waniey sekeluarga..  Boleh baca kisah Qalief di sini ye

Mama Asya juga turut diuji sekali lagi.. Sakit lamanya kembali menyerang.. Tetapi lya kuat.. Sangat kuat.. Semangatnya ada pada Asya.. Sedih pulak baca ayat dia kat entrinya tadi.. Ayat yang dia tulis kat gambar ni

DSC_0705 (2)

Asya...Temanilah mama sehingga mama menutup mata....

Lya memang sedang berjuang untuk dirinya.. Walaupun di mata kita, nampak dia sihat… Lawatilah blognya, segala catatan perjuangan melawan penyakit dicatat di situ…

Kepada pembaca blog Dieyna ni sama ada pembaca senyap atau yang meninggalkan jejak, marilah kita doakan mereka supaya dilapangkan daripada ujian yang melanda..

p/s : Maafkan akak ye Waniey n Lya.. ambil picture korang dengan NIAT…

Isnin, 1 Oktober 2012

Alhamdulillah… Dah jumpa

 

Buat pertama kalinya, Dieyna dapat utusan daripada en NUFF.. Utusan tu diterima masa bulan puasa hari tu lagi.. cuma tak sempat nak buat entri pasalnya. Dalam kelam kelibut dengan urusan harian, Dieyna lupa letak surat @ cek pertama dari NUFF tu.. Bila dah teringat barula sibuk duk mencari. Huhu rugi sebelah tangan kalau cek tu betul- betul hilang… Huhu

Dieyna hantar pertanyaan kepada NUFFNANG.. Boleh tak cek tu dikeluarkan semula… Jawapannya.. Boleh tapi kena bayar dan bayaran tu akan dipotong dari amaun cek tu.. huhu sayang pula.. Dieyna tak bagi apa-apa jawapan pun.. Nak cari dulu cek tu..

Akhirnya, semalam jumpa cek tu atas rak… hehe suka hati.. Walaupun nilainya tak banyak, tapi yang penting, itulah hasil pertama Dieyna berblog.. Sentimental value tu ..

DSCN4085[2]

Sekarang ni ada satu lagi BE sedang berlangsung di blog Dieyna ni… SUNSILK SLEEK.. Kalau dah sunsilk mestilah pasal shampu kan… Nak tahu lebih lanjut, KLIK JE SUNSILK SLEEK..

Catatan Popular