Khamis, 18 Oktober 2012

Dugaan dan cabaran

Salam semua.... Entri kali ni entri luah perasaan.. Selalunya terkena pada orang lain tetapi kali ni terkena pada batang hidung sendiri.... Semua tahukan.. Dieyna berniaga cheese secara sampingan dan Alhamdulillah mendapat sambutan di merata tempat.. termasuklah Sabah dan Sarawak.

1hb 10 - 1.2 kg cheese telah dihantar ke Sabah menggunakan perkhidmatan penghantaran terkenal di Malaysia.... Tracking number item Dieyna beri kepada customer supaya senang customer semak status item di laman web berkenaan...

10hb 10 - Dieyna terima sms daripada customer.. item yang dipos belum diterima.. Maka, Dieyna semak status item tersebut... dan ini hasilnya

Item tu dah selamat tiba ke PPL berkenaan pada 3hb... Tapi sekarang dah 10hb.. Status...MISSED DELIVERY... Dieyna jadi konfius.. Salah alamat ke??? No telefon kan ada, mengapa PPL tak kol penerima mengatakan item tak dapat dihantar... Dieyna malas nak fikir serabut2 otak, Dieyna kol PPL KK.. Tanya sendiri status item.. Jawapan mereke "NANTI SAYA SEMAK BARANGAN PUAN, KAMI AKAN HUBUNGI PUAN SEMULA"... Dieyna tunggu diorang return call.. tapi Hampeeh...

11hb 10 - Menunggu panggilan PPL ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.. Akhirnya, Dieyna kol mereka lagi sekali.. Jawapan yang sama diterima.. Diorang suh tinggalkan no telefon untuk dihubungi semula..Kali ni, Dieyna cakap kat diorang " JANGAN JADI MACAM SEMALAM, KATA NAK KOL SEMULA TAPI TIADA YANG KOL"...

Petangnya, customer sms Dieyna dan beritahu pihak PPL KK Bahagian barang rosak hubungi dia dan beritahu BARU JE TERIMA BARANG CUST HARI NI DALAM KEADAAN ROSAK MACAM DIGIGIT TIKUS ATAU KUCING... Pihak mereka minta cust datang untuk tengok keadaan barang.. (DIORANG INGAT PAPAR KE KOTA KINABALU TU DEKAT KE?)

12hb 10 - Customer pi tengok barang.. Memang kena gigitan tikus... Setiap paket cheese tu ada lubang makhluk perosak tu.. Customer tuntut ganti rugi dengan pihak PPL... Jawapan mereka pula, Pengirim yakni Dieyna yang boleh claim... Danglah customer tu tazkirah person in charge kaw2 punye.. yelah mana tak bengang kan??

Agaknya macam nilaa rupa tikus yang teruja dengan serbuk cheese tu eik???
Hari yang sama, wakil PPL tu kol Dieyna beritahu dan memohon maaf atas kecuaian pihak mereka... berkali- kali permohonan maaf dituturkan.. Dieyna pula, mengajukan beberapa persoalan kepada wakil tersebut.
  • Jika barangan tak dapat dihantar kepada pelanggan, mengapa pelanggan TIDAK dihubungi.. Sedangkan pada slip penghantaran, no telefon wajib diisi... MENGAPA????
  • Jika barang yang dihantar dari awal lagi dah rosak, item tu takkan terbang ke PPL KK... maknanya item tersebut diterima sempurna pada 3hb 10... (Alasan wakil ppl : Memang item diterima sempurna, tapi tak sempat dihantar pada hari yang sama iaitu 3hb, jadi barangan tu disimpan dahulu di ppl untuk penghantaran hari berikutnya)
  • 4hb 10, barangan didapati telah digigit tikus, diulangi telah digigit tikus.. maka, proses penghantaran tidak dapat dibuat... Persoalannya, Mengapa PPL tidak memaklumkan kepada pengirim mahupun penerima tentang kerosakan item?? Apakah mereka sengaja mendiamkan diri untuk tidak mahu bertanggungjawab???
  • Item dihantar pada bahagian kerosakan pada 12hb 10 selepas Dieyna membuat panggilan hangit dan hangat kepada PPL KK pada 11hb... Maknanya, nak tunggu customer hubungi juga untuk trace item.. mana tanggungjawab diorang untuk item yang rosak tu???
Banyak lagi benda yang Dieyna persoalkan kepada wakil.. dan pastinya berkali- kali permohonan maaf yang Dieyna dapat.. Nak marah kat wakil tu pun tak guna sebab item tu baru je sampai kat dia.. cuma nasib badan n telinga ar skit kena dengar bebelan... HUHU... Sehingga entri ni ditulis, Dieyna masih belum mendapat maklum balas daripada pihak PPL yang kononnya nak return barang untuk proses tuntutan ganti rugi. (Hanya pengirim yang boleh buat claim untuk barang rosak).

Selama ni, Dieyna duk baca kes barang yang dipos hilang, kononnya tak dapat dikesan.. Hakikatnya, memang tiada sikap tanggungjawab untuk beritahu customer keadaan barang.. Diamkan diri sahaja dan anggap diri tak bersalah.. Dieyna boleh bayangkan, kalau customer tak bagitahu perihal item yang belum diterima, Dieyna anggap barang dah sampai dan tak kol PPL berkenaan pastinya item dieyna tu missed macam tu je... Mana sikap tanggungjawab orang yang sepatutnya bertanggungjawab....

Dieyna tak sesal, tikus nak makan cheese tu.. dah rezeki nya.. yang Dieyna sangat sesalkan mengapa pihak berkenaan tak bertanggungjawab?? Tak maklumkan pada Dieyna dan bertindak mendiamkan diri... Apa guna tulis nombor telefon untuk dihubungi??? Baik tak payah tulis.. Jarak masa 4 hb hingga 12 hb tu agak lama, tikus pun dah berjemaah buat rombongan kerumun bungkusan cheese tu... Kenyang lah ko tikus ye???
Harus2 perut tikus2 tu kembung mcm ni kan???

Luahan Dieyna bukan untuk banned sesiapa... cuma untuk kongsi pengalaman dalam berhadapan dengan sikap manusia... Apabila korang bekerja dengan masyarakat...korang perlu rasa lebih tanggungjawab.. Lebih prihatin .. jangan ambil sikap lepas tangan.. Kerana sikap korang tu, satu jabatan akan mendapat nama buruk..jabatan korang yang jadi buruk kualitinya di mata masyarakat.. Tolonglah... Buatlah yang terbaik untuk tempat korang cari rezeki... Jangan tabur pasir di dalamnya....

p/s : Pengalaman ini mendewasakan....


22 Blogger Bersuara:

N.Aima K berkata...

Dugaan sangat-sangat...hu hu kesian juga lah kat penerima tu :(

Dayana Bahar berkata...

huhu akak ganti item customer.. hantar cheese baru kat dia... huhu

Mrs Velentine berkata...

sabar ya kak,,cuai bah dorang ni.

izan mama mia berkata...

cabaran tuu....tapi pos malaysia pun sll hilangkan barang orang....huhu..nak percaya kat sapa ntah....sabar jelah..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

lor jd mcm ni mmg xbest apsal dorang xgtau awal kan..sabor jer kak oiiii

are_lin@yu berkata...

ksiannya..hmmm antar poslaju pn xslmt kn...tkt jgk ni..klu ya pn call jala..huhu

Yana Libra berkata...

sabarlah kak..tp, mmg tak patutlah dia buat macam tu..kita yang nak berniaga ni yg susah nanti..

Chic Na berkata...

kak, cik na pun dah banyak kali mengalami benda2 macam ni. pernah coklat cik na pecah kena hempap dgn barang lain. serius rasa geram sangat ngn org2 yg tak bertanggungjawab tu. tu kira dah guna syarikat kurier swasta. tak nak bagi ganti rugi lak tu. setiap kali hantar coklat kpd customer mesti hati risau selagi barang tak sampai. :(

kinara kinatara berkata...

menakutkan jugak eh..bila ade sikap macam nyh..macam manalah nak terus maju..:)
sepatutnya barang 2 di simpan dengan elok lah kan...
ish..terok betul..

Nyue berkata...

huh ! tu keje yg xbertanggungjwb la...ishhh...susah btol kan sis

setuju pengalaman mdewasakan kita :)

dya bunga berkata...

kesian penerima tu..patutnya ppl tu inform lh awal2

Cik Nur berkata...

xde rasa bertangjwablah masalah sekarang ni, bayaran nak, tapi xbertanggungjawab... agak diorg fikir lantaklah bukan barang aku..<---org mcm ni serius mmg xboleh bkhidmat dalam bidang mcm ni.

dan pgajarannya lagi kak, lepas ni kena balut kaw2..

lelamaisara berkata...

ha ah kan nape tak inform awal2...hmm..memang dugaan mmcm ni kan...sbar k kak....

Cik Aini berkata...

mmg angin lah mcm ni..sian kat customer tu kan..kalo mcm ni lah mmg xde tanggungjwb lah dorang tu..mcm lah x bleh inform awal2 kat kita kan..haish ai plak yg emo kat sni..
psst! terasa mcm ai kat tmp k.dieyna td tu yg emo skit tu.hahahaha

~Cik Sweety~ berkata...

alahaii..mmg slalu terjadi perkara2 mcm ne kak..dorg ne malas buat keja..dorg aggp brg tu tak penting..tak ikut piagam pelanggan..n buat keja cuai..haisshhhh

Che Rosliza Che mat berkata...

sabor jerlah....kadang2 dorang nie buat kerja kalut...

Deqla manjew berkata...

mmg dugaan tu...takpela kak, nk wat cmne.. dah mmg ada manusia yg xde sifat tggjwb dalam dunia ni...sabo je la...

wan nurul hezrina berkata...

nurul pun prob ngan pos laju..nurul antr kelambu bis koyak bungkusan.mujur kelambu ok..huhu

9n0L4 berkata...

mcm mane pulak cik ti boleh gigit ehhh? huhu. kuat betul penangan cheese akak. :)

deq's qienz berkata...

lorr siannya..nperla jad cmtuh ek..sabo ye kak :)

Nora Karim berkata...

Dieyna, brg akak dulu, seminggu lbh br smpi pd customer... tu pun dah puas call... sedih betul... tp dieyna punya kes lg kesian la... :(

Cinta Misteri berkata...

hurmmm dugaan betul nie. sabar yepp Dayana.

Owhh ya, CiM aritu penah pos brg ke Chic Na guna SkyNet, byr mahal tueee... then, smpi 1week, brg tak smpi lagi. Ingat nak buat supprise lah kat Chic Na sbb mmg taknak bgtau dia dulu ada pos brg. Tiba2 SkyNet call ckp alamat tak jumpa. Apsal dah 1week br nak bg tau. Kalaulah CiM pos makanan masa tue, tak ker bau hapak jadinya. Lepas tu terpaksalah call Chic Na, hehehehe...tiba2 Chic Na cakap dia boleh self collection.

Huhh!!! geram dgn SkyNet, dahler 1st deliver tu pown dia charge, then 2nd delivery dia charge lagi. Ingatkan charge sekali jep. Hampeh! seb baik company bayar...hehehehe :)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT