Selasa, 2 Oktober 2012

Mereka sedang diuji

 

Dua rakan blogger Dieyna sedang diuji kala ini.. Membaca luahan mereka membuatkan hati Dieyna terasa sebak.. Sungguh sebak.. Mereka sedang diuji kerana Allah tahu mereka mampu melalui ujian itu.. Mampukah kita melalui ujian itu seperti mereka.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya…. Semoga mereka tabah dan sabar menempuhi ujian itu,,

Ini Sebabnya

Muhammad Qalief Rezza masih belum sembuh sepenuhnya.. Semoga keputusan darahnya nanti negatif daripada sebarang penyakit berbahaya.. Hati ibu mana yang tak pilu, anak yang sedang aktif tiba- tiba terkulai layu macam ni.. Sedangkan jika anak kita demam pun, rasanya dah separuh nyawa terbang.. risau dan fikir yang bukan- bukan.. Waniey.. Akak tahu Waniey ibu yang kuat. Insya Allah, Qalief akan sihat kembali.. Ceria kembali macam dulu.. Doa kami mengiringi Waniey sekeluarga..  Boleh baca kisah Qalief di sini ye

Mama Asya juga turut diuji sekali lagi.. Sakit lamanya kembali menyerang.. Tetapi lya kuat.. Sangat kuat.. Semangatnya ada pada Asya.. Sedih pulak baca ayat dia kat entrinya tadi.. Ayat yang dia tulis kat gambar ni

DSC_0705 (2)

Asya...Temanilah mama sehingga mama menutup mata....

Lya memang sedang berjuang untuk dirinya.. Walaupun di mata kita, nampak dia sihat… Lawatilah blognya, segala catatan perjuangan melawan penyakit dicatat di situ…

Kepada pembaca blog Dieyna ni sama ada pembaca senyap atau yang meninggalkan jejak, marilah kita doakan mereka supaya dilapangkan daripada ujian yang melanda..

p/s : Maafkan akak ye Waniey n Lya.. ambil picture korang dengan NIAT…

28 Blogger Bersuara:

Everything's Everythings berkata...

Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka..
amin

muhammad asyraf berkata...

doa semoga allah sentiasa bersama mereka. amin

C'Jai berkata...

semoga mereka yg diuji tabah menghadapinya...sama2 kita berdoa untuk mereka..

izan mama mia berkata...

semoga mereka tabah

dya bunga berkata...

dya harap dorg tabah..

Deq's Qienz berkata...

Ehhh lya sakit apa..sy hinggatkan dia demam je..ada pnyakit lain ke? Kena tgk balik blog dia..thanx sharing kak.

Dayana Bahar berkata...

ye.. pi bace dulu.. huhu

N.Aima K berkata...

lama x singgah cni..baca entri ni terus sedih :( semoga kawan-kawan kita dipermudahkan urusan kak ya..diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur

Chic Na berkata...

sedih jugak bila kawan2 kita susah. doakan jelah yg dpt membantu. harap2 mereka semua kembali sihat mcm biasa.

Miss BaNu berkata...

moga mereka tabah mghadapi dugaan hidup

Si Matatajam berkata...

Sama-sama la kita doakan kesejahteraan depa Dan semoga Allah sentiasa lindungi Qalief Dan Lya...

are_lin@yu berkata...

semoga mereka tabah dalam hadapi ujian Allah..dan moga mereka kuat tempuhi hari2 yg mnedatang..ayu doakan mereka sembuh seperti sediakla..amin..

Deqla manjew berkata...

deqla pun mendoakan mereka.. moga smuanya selmt.. amin...

Cik Nur berkata...

sama2 kita doakan yg terbaik buat diorg...
moga diorg terus tabah hadapi segala ujian ALLAH...

kinara kinatara berkata...

semoga adik qalief dan kak lya sihat seperti sediakala:)

alhamdulillah allah telah ringankan dosa2 mereka yang bersabar...:)

~Cik Sweety~ berkata...

iya..sweety tak penah tggl mengikuti perkembangan mereka2 ini.. moga mereka tabah dan sabar hadapi ujian yang Allah berikan..

etuza berkata...

semoga mereka tabah hadapi ujianNya

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Ya Allah kak rasa sebak n terharu pulak wani baca entry ni..terima kasih sgt2 kak atas doa2 akak dekat qalief dan lya...yang lain yg turut mendoakan kesihatan qalief dan lya wani ucapkan jutaan terima kasih yang xterhingga....semoga tuhan yang dapat membalas kebaikan semua....Wani redha dengan segala ketentuannya sebab wani tahu setiap apa yg berlaku ada hikmah di baliknya...wani jg tau yg lya kuat hadapi semua ni...wani faham apa yg lya rasa juga sebab wani pun melaluinya juga....

Aine Ainun berkata...

setiap org ada bahagian ujian masing2 kan kak Dieyna...
kdg2 bila kita rasa susah, sebenarnya ada yang lebih susah dari kita....

Saya doakan mereka terus kuat n tabah...
saya doakan..

Misz Mieza berkata...

MM pun ikut dua2 blog ni.. Sama2lah kita doakan yang terbaik buat mereka.. Mudah2an Allah S.W.T meringankan segala beban yang ditanggung & mempermudahkan segalanya buat mereka berdua.. Amin..

Karukord Jagau's berkata...

Moga tabah dlm menghadapi ujian allah....

Mrs Velentine berkata...

semoga tabah menghadapi ujian..

Cinta Misteri berkata...

Moga Allah mmprkenankn doa kita, harap semua brakhir dgn baik

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

singgah khamis :)

Ain Dzaya berkata...

mereka hamba Allah yang terpilih..dan disayangi..:)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

singgah malam sabtu kak :)

Yana Libra berkata...

moga mereka berdua diberikan kesihatan yg baik~

9n0L4 berkata...

moge kedue duenye sentiasa di bawah perlindungan Allah.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT