Halaman

Selasa, 26 Mei 2015

Kembalikan zaman rajin berblog

Dulu- dulu memang aktif berblog... Siap ada group blogger sendiri lagi.. sekarang ni, blog ni dah agak sendu.. ibarat dapur yang dah nak abis gas.. haha boleh pulak ku samakan blog ni dengan dapur gas... hentam saja laa asalkan bahagia kan.. haha

Bigboss group GSF  yakni mama ARINA dah terjaga daripada tidurnya yang panjang tu... abis dikerahnya ahli2 bawah GSF ni aktif kembali berblogging.. siap dicanang-canangnya setiap kali dia buat entri baru... Kononnya nak bagi orang jeles laaa tu... haha x jeles pun ye mama... dengki je ad skit...

In shaa Allah, blog ini akan kembali bersuara... apa jua topik, personal , bisness dan apa sahaja laaa...
nak kembali cam dulu2....


Sabtu, 23 Mei 2015

Homemade Nuget Tanpa Breadcrump

Hari ni terlintas nak buat nuget homemade. Malangnya langsung xde breadcrumps aka serbuk roti yang kaler oren tu. Biasanya orang guna untuk salut adunan nuget sblm digoreng.

Memandangkan nafsu nak buat nuget untuk anak2 ni kuat maka dengan senang hatinya aku mereka cipta resepi...


Resepi Homemade Nuget

Daging ayam kisar (ramli ke ayamas ke atau nak kisar daging ayam sendiri pun boleh)
2 -3  sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
*nak letak serbuk perasa pun oke. Tapi Dieyna tak letak sebab nak bg budak2 makan kan...

Cara nya
Gaulkan semua bahan diatas sehingga sebati. Ini rupanya ye.


Adunan dicampur gaul bagi mesra.

acuan ini digunakan untuk membentuk nuget. Ambil adunan tadi kemudian tekan tekan dalam acuan comel ni. Sebelum tu letak sedikit minyak pada pinggan tu.. nak elakkan daging tu melekat

Pengganti serbuk roti hehe.. Dieyna guna tepung majik.( nak order tepung majik boleh order ngan dieyna ye.. nuget yang dibentuk comel tadi digolek golek dalam tepung ni. Kemudiannya disusun di dalam  bekas macam dibawah ni ye...
 
 Dah siap proses membentuk... kita teruskan dengan proses menggoreng ...
 Taraaaa.. siap my homemade nuget.. padat dengan isi ayam...

Sedap ke tak? Anak- anak makan habis kira sedap lah di mulut mereka.

Boleh ubahsuai lagi resepi ni bagi menambah perisa..



Jumaat, 15 Mei 2015

Selamat Hari Guru : Kenangan lalu

Alhamdulillah... Tahun ke 14  bergelar guru.. Banyak kenangan manis  dan  ada juga pahitnya...

Guru ni memang kerjaya yang aku nak.. ibarat kata cita-cita dari sekolah menengahlah... kesnya.. sebab admire dengan cara dan sikap seorang guru yang mengajar Matematik... Cikgu Rashid.. Ntah di mana cikgu Rashid sekarang ni ye.. Selamat hari Guru Cikgu...

Punya lah nak jadi cikgu.. sanggup ku tolak tawaran ipta.. duk tunggu jugak tawaran Maktab.. masa tu umur 17 thn.. otak tak fikir jauh.. fikir nak jd cikgu kena masuk maktab je.. masuk U tak boleh jadi cikgu hahaha....

Tunggu punya tunggu... Gagal dapat tawaran maktab .. uwa uwa uwa.. serius ... aku menangis.. menangis frust tak dapat masuk maktab.. sedih amat....
takdela   secomel ini aku menangis... hehe.. taapi lebih comel daripada ini je.. hik ik


Result spm oke.. dapat panggilan temuduga tapi gagal masuk maktab.. konfirmlaaa aku meraung... NAK JADI CIKGU JUGAK..... Tapi rezeki tiada ketika itu...


Tawaran IPTA dah lama ditolak... Keadaan aku ibarat yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. takkan nak duk rumah je melangut... maka, terima dengan hati yang kacau.. tawaran masuk Yayasan Terengganu , kolejnya terletak di Chendering...

Masuk kolej empat hari... Dapat surat tawaran panggilan kedua Maktab perguruan... Yaahuuuu... Akhirnya cita-cita bukan lagi cita-cita ianya jadi realiti... 13 Jun 1998 aku mendaftarkan diri di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan....


Baju ini.. Kenangan bersama mereka... takkan dilupa... 

13 Julai 1998 - 30 Mei 2001



Ahad, 10 Mei 2015

Dari Dapur Dieyna : Resepi Pau Kacang

Dah lama tak bersiaran.. Otak beku nak menulis.. Untuk entri pembukaan blog ini, Dieyna rasa nak berkongsi berkenaan resepi... suka hati jelah kan.. dah namanya blog sendiri, bebas lah nak cerita apa juga topik ..

Semalam Dieyna buat Pau kacang.. resepi di hujung jari, klik-klik google .. taraaa... jumpa resepi ini..
PAU KACANG LEMBUT dari BLOG ini  Terima kasih tuan punya blog sebab berkongsi resepi. Nah Dieyna copy Paste kat sini...

PAU LEMBUT
Resepi:Kak Ton MYR
Sumber:Tun Telani

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau | diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 g (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu makan) gula kaster (saya kurangkan)
20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
2 g (1 sudu teh) bread softener (saya guna bread improver)
1/2 cawan air suam

Cara:
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4.***Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus.
10***Untukinti, bolehlah menggunakan intin apa sahaja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.Kukus pau selama 10 minit.
13.***Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba.

Dieyna guna breadmaker jadi follow cara menggunakan breadmaker cuma isipadu air tu kena tambah skit lagi. Kalau guna 1/2 cawan air, adunan agak keras... jadi Dieyna tambah kepada 3/4 cawan air... dan ini lah hasilnya

menjadi pau kacang ku itu.. cukuplah untuk sarapan kami pagi semalam.




Catatan Popular