Jumaat, 15 Mei 2015

Selamat Hari Guru : Kenangan lalu

Alhamdulillah... Tahun ke 14  bergelar guru.. Banyak kenangan manis  dan  ada juga pahitnya...

Guru ni memang kerjaya yang aku nak.. ibarat kata cita-cita dari sekolah menengahlah... kesnya.. sebab admire dengan cara dan sikap seorang guru yang mengajar Matematik... Cikgu Rashid.. Ntah di mana cikgu Rashid sekarang ni ye.. Selamat hari Guru Cikgu...

Punya lah nak jadi cikgu.. sanggup ku tolak tawaran ipta.. duk tunggu jugak tawaran Maktab.. masa tu umur 17 thn.. otak tak fikir jauh.. fikir nak jd cikgu kena masuk maktab je.. masuk U tak boleh jadi cikgu hahaha....

Tunggu punya tunggu... Gagal dapat tawaran maktab .. uwa uwa uwa.. serius ... aku menangis.. menangis frust tak dapat masuk maktab.. sedih amat....
takdela   secomel ini aku menangis... hehe.. taapi lebih comel daripada ini je.. hik ik


Result spm oke.. dapat panggilan temuduga tapi gagal masuk maktab.. konfirmlaaa aku meraung... NAK JADI CIKGU JUGAK..... Tapi rezeki tiada ketika itu...


Tawaran IPTA dah lama ditolak... Keadaan aku ibarat yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. takkan nak duk rumah je melangut... maka, terima dengan hati yang kacau.. tawaran masuk Yayasan Terengganu , kolejnya terletak di Chendering...

Masuk kolej empat hari... Dapat surat tawaran panggilan kedua Maktab perguruan... Yaahuuuu... Akhirnya cita-cita bukan lagi cita-cita ianya jadi realiti... 13 Jun 1998 aku mendaftarkan diri di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan....


Baju ini.. Kenangan bersama mereka... takkan dilupa... 

13 Julai 1998 - 30 Mei 2001



0 Blogger Bersuara:

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT