Halaman

Isnin, 24 September 2012

Percubaan tablet pc


Entri percubaan je ni.nanti nak buat review. Tunggu yer

Sabtu, 22 September 2012

Pon Pon Pengumuman Segmen...

Salam semua... Seperti yang Dieyna janjikan.. Hari ni Dieyna nak umumkan pemenang segmen Dieyna.. Segmen Kenangan Ramadhanku... Sebelum tu, Dieyna nak jelaskan cara Dieyna menilai entri korang.. Entri korang dinilai berdasarkan jumlah komen yang diterima oleh korang untuk entri tersebut.. 

Tanpa melengahkan masa... Dieyna umumkan di sini entri kenangan peserta nombor 24 yang mempunyai jumlah komen yang terbanyak iaitu 89 komen (78 komen di blog hezrina + 11 komen di entri promosi blog akak)... Tahniah kepada pemilik entri ini


Dengan ini Hezrina layak untuk memilih salah satu daripada dua hadiah ini

PUDING KARAMEL INSTANT

ATAU 

SERBUK CHEESE 

Kalau dah baca entri ini.. sila SMS akak ye.. Nombor akak Rina dah ada kan. Hehehe 

TAHNIAH YE....

P/s : Pemilihan ni telus ye.. takde pilih2 kasih punya.. berdasarkan jumlah komen yang korang terima je tau.... Lenkali akak buat segmen  berhadiah lagi... hehe

Isnin, 17 September 2012

Segmen oh segmen

Alhamdulillah.. dapat bersiaran kembali hari ini... Mood nak berblogging masih lagi kureng tapi tak delah sampai nak tinggalkan terus dunia blogging ni.. Sayang tu.. hehe 

Entri ni pasal Segmen yang Dieyna buat semasa bulan Ramadhan lalu.. Ingat tak?? Kalau tak ingat, boleh klik kat SINI... SEGMEN KENANGAN RAMADHANKU.. Dieyna juga menawarkan ganjaran kepada entri terbaik yang diambil kira daripada jumlah komen pada setiap entri.. Boleh rujuk sini juga... GANJARAN PESERTA SEGMEN..

Maka, Dieyna nak memaklumkan bahawa mulai hari ini 17/09/2012 hingga 21/09/2012, Dieyna akan berjalan- jalan ke blog peserta segmen untuk entri segmen bagi mengira jumlah komen yang ada.. Insya Allah pada 22/09/2012, Dieyna akan umumkan pemenang segmen terbaik..


Jumaat, 14 September 2012

Mari beramal : Myra Oh Myra


Adik Myra semasa sihat... dan kini


Ikuti kisahnya... Semoga adik Myra mampu melawan sakitnya...

Kisah ini dipetik dari fb ibunya 

Myra Oh Myra...
Ramai sahabat FB Mama Myra yang bertanya...
Bagaimana Myra boleh mendapat sakit Kanser Darah ni mama??? Cume yang boleh saye nyatakan, semua ni Tuhan yang tentukan....saye kene terima dan redha...
Tetapi kisah mulanya...
Myra ni dulunya anak yg ceria dan sangat aktif orangnye sehingga saye tidak sedar yg dia ni sakit hingga pada satu ketika dia kerap mengadu letih dan sering keliha

tan pucat lesu jer dan menampakkan kesan lebam atau kebiruan di beberapa tempat seperti di betis, lutut dan lain-lain tempat lagi di bahagian badan (macam kene gigit pelesit) orang tua-tua kate....Kalau di ajak berjalan Myra pasti minta dukung...Jika masuk kereta sahaje terus sahaja terlena...Kesian juga pada Myra coz kene marah juga kerana adyik minta dukung coz Myra kan dah besar, tak larat untuk saye dukung sentiasa..Myra ni jarang sakit dan pergi klinik/hospital....Mula dengan demam. Selalunye saya tidak suke ke klinik Kerajaan kerana terpaksa menunggu hampir satu hari semata-mata nak dapatkan rawatan. Saye cume bawa Myra ke klinik swasta sahaja....Makan ubat, baik demam...Ubat habis, selang beberapa hari, Myra demam lagi....saye pun melakukan perkara yg same iaitu pergi semula ke klinik swasta....dah kerap sangat macam ni, saye tak sedap hati coz risau mungkin kene denggi dll kerana kawasan rumah saye ramai yang dah kene denggi...Saye pergi juga klinik kerajaan di Presint 9, Putrajaya. Di sana, dia terus pergi makmal ambil darah Myra kerana Myra dah demam lebih 3 hari...Kali ni, lame pun lame lah....Result darah mendapati Hb, Platlet dan lain-lain lagi semuanya tak normal....Pada mulanya doktor pun saspek denggi. Mendapat surat rujukan agar Myra di bawa ke Hospital Putrajaya yg berdekatan dgn rumah saya. Sampai di sana, Myra sekali lagi di ambil darah. Result mendapati platlet bertambah kurang dan Myra di tahan di wad. Di Hospital, doktor dapati hati dan limpa myra makin membesar dan tidak normal jika dibandingkan saiz seusia dia iaitu lebih 5cm...Dr di Putrajaya mengambil darah lagi sebanyak 8 botol test dan dihantar ke Kl. Keputusan mendapati terdapat sel kanser di dalam darah Myra. Untuk mengetahui kanser di tahap mana, doktor memberi saranan agar Myra di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Memandangkan di HKL penuh, doktor rujuk kes Myra ke PPUKM, Cheras coz di Hospital Putrajaya tiada kepakaran untuk kes Onkologi & Hematologi kanak-kanak dan chemo. Di sana, doktor telah menerangkan tentang penyakit kanser dan rawatan chemo kepada saya dan suami. Mengambil masa juga untuk mentandatangani proses pengambilan tulang belakang Myra sebelum ni. Semua saudara dan sahabat saye hubungi untuk minta pandangan....Ramai yg memberikan kata-kate negatif takut akan bahayanya jika di ambil sum-sum tulang brlakang Myra..boleh lumpuh katenyer...Tapi tiada jalan lain kate doktor untuk mengetahui keaktifan kanser tersebut. Ibu mertua memang suruh Myra bawa balik untuk berubat kampung sahaja...tetapi, saya fikir tentang darah Myra...Di kampung, mana nak cari darah atau platlet coz hospital je yg boleh buat....tak sanggup pula nak ambik risiko berubat kampung coz ape2 nanti ke hospital juga akhirnya...Pada masa itu, perasaan saya Tuhan saja yang tahu...Sedih, bingung, takut, bercelaru, semua ada...menangis tu dah tak boleh nak kawal sampai bengkak 2 mata papa dan mama dibuatnyer. Nasib baik doktor telah beri kaunseling dan motivasi kepada papa n mama ini...Mana tak sedihnyer, antara 3 beradik...Myra lah yang mempunyai semua kelebihan....Sikapnya yang suke ambil hati, cerdik, cantik, baik hati, manje jika di bandingkan kakak dan abangnya..
Jalan dan keputusan terakhir, suami suruh saye pekakkan telinga je apa orang luar nak kate....Maduk telinga kanan, keluar telinga kiri...Anak kite, keputusan di tangan kite...papa myra beri semangat pada mama...Apa-apa yg berlaku nanti kite tak rase menyesal coz kite dah lakukan tanggungjawab dan terbaik untuk anak kite, katenyer. Berubat doktor dulu dan ubat kampung kite buat juga NANTI...Bab-bab chemo dan proses ambil tulang belakang memang sehingga kini kami tidak beritahu keluarga lain coz memang takut jika lihat proses atau protokol rawatan chemo ni...Sanggup tak sanggup lah!!...Proses ambik tulang belakang tu dah kira kewajipan tiap-tiap bulan dan bukan sekali je...paling banyak 3 kali sebulan...Pergh!!! Hati mesti sabar dan redha...Sebelum di hantar dengan ambulan ke PPUKM, badan myra terpaksa di masukkan darah dan platlet dahulu 4 beg. Di PPUKM, Myra membuat proses pengambilan sum-sum tulang belakang dan keputusan mendapati Amyra Balqis disahkan menghidapi penyakit Acute Lymphobladtic Leukimea (ALL Regemen A) dan menjalani rawatan chemo mengikut Protokol ALL 2003 di wad pedriatrik 4D (Onkologi &Hematologi), PPUKM 27 Oktober 2011 hingga kini....di sini, perjalanan hidup kami sekeluarga telah berubah...Hospital merupakan rumah pertama kami...Hanya berbekalkan kasih sayang yg ada, kesabaran, ketabahan,mental yang kuat sahaja yang boleh melalui kehidupan sekarang ini dengan penuh ketenangan...Tetapi untuk mewujudkan ketenangan yg hakiki, kepada Tuhan juga kami berserah dan berdoa serta sokongan keluarga dan sahabat-sahabat di luar sana....
Doakan agar saye terus tabah melalui semua ini dengan senyuman...
"Sayang-sayang selalu"...
coz saye rase itu yang membuat Myra terus ceria walaupun dia demam panas n sakit macamana sekalipun, senyuman tetap akan terukir di wajah si manje "Amyra Balqis"....
 

Ahad, 2 September 2012

Dah 2 Tahun daa....

Hannah dah genap 2 Tahun pada 14 hb Ogos 2012 yang lalu... Sekejap je masa berlalu... Terasa macam baru je melahirkan dia... Memerhatikan perkembangannya, daripada hanya terbaring, membalikkan tubuh, menyusur dada, merangkak, bertatih dan kini dah boleh melompat dan berlari dah pun...

Pada usia 2 tahun ni... apa yang patut Hannah kuasai?


Children develop at different rates (especially as they get older), but the American Academy of Pediatrics has a list of physical milestones that most children reach by their second birthday. By age 2, your child should be able to:
  • Walk alone
  • Pull toys behind her
  • Carry a large toy while walking
  • Stand on the tips of her toes
  • Kick a ball
  • Climb onto and off furniture
  • Walk up and down stairs, holding onto the railing, or your hand, for support
  • Scribble spontaneously
  • Turn containers over to empty out the contents
  • Build a tower of four or more blocks
If your child isn't able to do these things, talk to her healthcare provider for advice.
Alhamdulillah, Hannah menguasai semua perkembangan yang dinyatakan di atas.. 
Bersama anak patung ibunya.. Kini menjadi "baby" Hannah pula,..
Jangan tak caya.. anak patung tu lebih berusia daripada Hannah
Memandangkan 14 Ogos jatuh dalam bulan Puasa.. Maka kami tidak meraikan hari lahirnya pada tarikh tu.. Bukan apa.. macam tak sesuai je.. So, 31 Ogos baru ni kami dapat meraikannya usianya yang ke 2 tahun. Tak buat majlis besar pun.. cuma makan- makan n jemput semua anak- anak sedara . lokasinya di rumah mak di Kemaman, Terengganu..


Hannah suka Angry Bird... Ibunya pula cuma boleh buat kek je.. tapi bab mendeko2 kek ni lemah skit... Sudahnya kek angry birdnya di tempah di NAEMAH ONLINE BAKERY... Thanks Naemah ye kerana menceriakan majlis tuan puteri Hannah.... Dieyna juga menyediakan sebiji kek coklat moise bagi menambah menu yang ada.. hehe
Angry Bird VS Kek Coklat...
Bersama sepupu sepapatnya... 

Tumpang majlis anak.. Hehe

Kawan rapat merangkap pengasuh Hannah... Hehe
Semoga Hannah membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara.. Selamat Hari Lahir Sayangku... muah muah

Catatan Popular