Jumaat, 14 September 2012

Mari beramal : Myra Oh Myra


Adik Myra semasa sihat... dan kini


Ikuti kisahnya... Semoga adik Myra mampu melawan sakitnya...

Kisah ini dipetik dari fb ibunya 

Myra Oh Myra...
Ramai sahabat FB Mama Myra yang bertanya...
Bagaimana Myra boleh mendapat sakit Kanser Darah ni mama??? Cume yang boleh saye nyatakan, semua ni Tuhan yang tentukan....saye kene terima dan redha...
Tetapi kisah mulanya...
Myra ni dulunya anak yg ceria dan sangat aktif orangnye sehingga saye tidak sedar yg dia ni sakit hingga pada satu ketika dia kerap mengadu letih dan sering keliha

tan pucat lesu jer dan menampakkan kesan lebam atau kebiruan di beberapa tempat seperti di betis, lutut dan lain-lain tempat lagi di bahagian badan (macam kene gigit pelesit) orang tua-tua kate....Kalau di ajak berjalan Myra pasti minta dukung...Jika masuk kereta sahaje terus sahaja terlena...Kesian juga pada Myra coz kene marah juga kerana adyik minta dukung coz Myra kan dah besar, tak larat untuk saye dukung sentiasa..Myra ni jarang sakit dan pergi klinik/hospital....Mula dengan demam. Selalunye saya tidak suke ke klinik Kerajaan kerana terpaksa menunggu hampir satu hari semata-mata nak dapatkan rawatan. Saye cume bawa Myra ke klinik swasta sahaja....Makan ubat, baik demam...Ubat habis, selang beberapa hari, Myra demam lagi....saye pun melakukan perkara yg same iaitu pergi semula ke klinik swasta....dah kerap sangat macam ni, saye tak sedap hati coz risau mungkin kene denggi dll kerana kawasan rumah saye ramai yang dah kene denggi...Saye pergi juga klinik kerajaan di Presint 9, Putrajaya. Di sana, dia terus pergi makmal ambil darah Myra kerana Myra dah demam lebih 3 hari...Kali ni, lame pun lame lah....Result darah mendapati Hb, Platlet dan lain-lain lagi semuanya tak normal....Pada mulanya doktor pun saspek denggi. Mendapat surat rujukan agar Myra di bawa ke Hospital Putrajaya yg berdekatan dgn rumah saya. Sampai di sana, Myra sekali lagi di ambil darah. Result mendapati platlet bertambah kurang dan Myra di tahan di wad. Di Hospital, doktor dapati hati dan limpa myra makin membesar dan tidak normal jika dibandingkan saiz seusia dia iaitu lebih 5cm...Dr di Putrajaya mengambil darah lagi sebanyak 8 botol test dan dihantar ke Kl. Keputusan mendapati terdapat sel kanser di dalam darah Myra. Untuk mengetahui kanser di tahap mana, doktor memberi saranan agar Myra di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Memandangkan di HKL penuh, doktor rujuk kes Myra ke PPUKM, Cheras coz di Hospital Putrajaya tiada kepakaran untuk kes Onkologi & Hematologi kanak-kanak dan chemo. Di sana, doktor telah menerangkan tentang penyakit kanser dan rawatan chemo kepada saya dan suami. Mengambil masa juga untuk mentandatangani proses pengambilan tulang belakang Myra sebelum ni. Semua saudara dan sahabat saye hubungi untuk minta pandangan....Ramai yg memberikan kata-kate negatif takut akan bahayanya jika di ambil sum-sum tulang brlakang Myra..boleh lumpuh katenyer...Tapi tiada jalan lain kate doktor untuk mengetahui keaktifan kanser tersebut. Ibu mertua memang suruh Myra bawa balik untuk berubat kampung sahaja...tetapi, saya fikir tentang darah Myra...Di kampung, mana nak cari darah atau platlet coz hospital je yg boleh buat....tak sanggup pula nak ambik risiko berubat kampung coz ape2 nanti ke hospital juga akhirnya...Pada masa itu, perasaan saya Tuhan saja yang tahu...Sedih, bingung, takut, bercelaru, semua ada...menangis tu dah tak boleh nak kawal sampai bengkak 2 mata papa dan mama dibuatnyer. Nasib baik doktor telah beri kaunseling dan motivasi kepada papa n mama ini...Mana tak sedihnyer, antara 3 beradik...Myra lah yang mempunyai semua kelebihan....Sikapnya yang suke ambil hati, cerdik, cantik, baik hati, manje jika di bandingkan kakak dan abangnya..
Jalan dan keputusan terakhir, suami suruh saye pekakkan telinga je apa orang luar nak kate....Maduk telinga kanan, keluar telinga kiri...Anak kite, keputusan di tangan kite...papa myra beri semangat pada mama...Apa-apa yg berlaku nanti kite tak rase menyesal coz kite dah lakukan tanggungjawab dan terbaik untuk anak kite, katenyer. Berubat doktor dulu dan ubat kampung kite buat juga NANTI...Bab-bab chemo dan proses ambil tulang belakang memang sehingga kini kami tidak beritahu keluarga lain coz memang takut jika lihat proses atau protokol rawatan chemo ni...Sanggup tak sanggup lah!!...Proses ambik tulang belakang tu dah kira kewajipan tiap-tiap bulan dan bukan sekali je...paling banyak 3 kali sebulan...Pergh!!! Hati mesti sabar dan redha...Sebelum di hantar dengan ambulan ke PPUKM, badan myra terpaksa di masukkan darah dan platlet dahulu 4 beg. Di PPUKM, Myra membuat proses pengambilan sum-sum tulang belakang dan keputusan mendapati Amyra Balqis disahkan menghidapi penyakit Acute Lymphobladtic Leukimea (ALL Regemen A) dan menjalani rawatan chemo mengikut Protokol ALL 2003 di wad pedriatrik 4D (Onkologi &Hematologi), PPUKM 27 Oktober 2011 hingga kini....di sini, perjalanan hidup kami sekeluarga telah berubah...Hospital merupakan rumah pertama kami...Hanya berbekalkan kasih sayang yg ada, kesabaran, ketabahan,mental yang kuat sahaja yang boleh melalui kehidupan sekarang ini dengan penuh ketenangan...Tetapi untuk mewujudkan ketenangan yg hakiki, kepada Tuhan juga kami berserah dan berdoa serta sokongan keluarga dan sahabat-sahabat di luar sana....
Doakan agar saye terus tabah melalui semua ini dengan senyuman...
"Sayang-sayang selalu"...
coz saye rase itu yang membuat Myra terus ceria walaupun dia demam panas n sakit macamana sekalipun, senyuman tetap akan terukir di wajah si manje "Amyra Balqis"....
 

17 Blogger Bersuara:

Cik Nur berkata...

YaALLAH...kasihannya..!
moga adik myra cepat sembuh seperti sedia kala..

sedih bila baca, berat betul dugaan yg mak ayah myra hadapi..

dan jgn amik mudah bila anak2 demam kan...

sama2 kita membantu..

Deqla manjew berkata...

ya Allah..semoga myra lekas sembuh..tabahlah menghadapi dugaan ini!

Kazman / Sue berkata...

semoga cepat sembuh... alergic betul tengok kanak2x sakit... terus menusuk ke hati....

QasehnyaRania berkata...

sedey baca ni..insyaAllah...

muhammad asyraf berkata...

kesian.. dugaan hebat dari Allah.. Ada rakan yang mendapat kanser walaupun berbeza jenis dapat rasa kesakitan dia..

ini apatah lagi seorang kanak-kanak yang masih kecil.. :(

QasehnyaRania berkata...

oh ya..apa id fb nya kak =)
kalau ada bg saya yer

Misz Mieza berkata...

Kesiannya adik Mira.. Semoga adik Mira kuat menghadapi kesakitan ini.. MM doakan adik cepat sihat & kembali ceria seperti sediakala.. InsyaAllah, amin..

Kepada mama & papa Mira, kuatkan semangat & tabahkan hati. Banyakkan berdoa kepada DIA yang satu..

Si Matatajam berkata...

Ya Allah sebak sungguh bila M baca kisah adik Myra ni...semoga segalanya dipermudahkan Allah...

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Hanya mereka yang pernah melalui benar2 mmhami macamana rasanya bila diduga sebegini hebat.Semoga adik Myra & keluarga akan terus kuat!insyaallah.:(

Wanieys berkata...

Ya Allah sedihnya kak......rupanya ramai lagi yang teruk nasibnya....qalief pun ada masalah kesihatan...jd bila tgk anak2 macam ni hati ni jadi tersentuh sangat2

Che Rosliza Che mat berkata...

Ya ALLAH...kasihannya..!
Smoga adik myra cepat sembuh seperti sedia kala..

sedih bila baca, berat betul dugaan yg mak ayah myra hadapi..

dan jgn amik mudah bila anak2 demam kan...Takut pulak terjadi pada anak CR

Arina Shamsul berkata...

Menitis air mata saya kak..sedih sangat .namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Harap parentsnya tetap tabah.semoga ALLAH mengurniakan keajaiban untuknya.amin

Cik Aini berkata...

Ya Allah,kesiannya..sedih kalo baca cita2 mcm ni,kita yg baca pun sedih apatah lg ibu bapa kaum keluarga dia kan..
moga mereka tabah dlm hadapi ujian Tuhan.insyaalah,doa yg terbaik buat adik Myra :)

kinara kinatara berkata...

semoga adik mira cepat sembuh..
dan mama dan papanya tabah mengadapi ujian dari ALLAH...

lelamaisara berkata...

Ya Alllah.Sedih nye...tak dapat bayangkan macam mane perasaan ibu myra...ermmm...moga keluarga Myra tabah....

dya bunga berkata...

sedihnya.. semoga myra cpt sembuh dan keluarga myra tabah..

9n0L4 berkata...

moge cepat sembuh. takut pulak bace yg pasal lebam kat lutut tu.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT