Rabu, 2 Mei 2012

Dari Dapur Dieyna : Kek Coklat Kecil



Resepi kek ni sama je ngan resepi kek coklat senang yang Dieyna tulis dalam entri sebelum ni. Cuma Dieyna masukkan adunan dalam mangkuk kertas kecil. Saiznya macam apam polka dot. Kukus sekejap je sebab saiz kecil. Korang trylah. Satu lagi, Dieyna masukkan inti dalam kek coklat ini, intinya Ganache Coklat.. Boleh didapati di kedai bakery...

p/s : Sesiapa yang ingin mencubanya... Ini ada resepinya... Dieyna copy paste je daripada entri lama

Bahan- bahan untuk kek coklat kecil ini ialah
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk coklat ( boleh letak kemudian, jika nak pelbagaikan warna)
  • 1 cawan susu pekat (Dieyna kurangkan kepada 1/2 cawan je, xelok manis-manis)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak masak (minyak jagung/ sayuran)
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
Bahan inti - coklat ganache

Cara membuatnya pula ialah
  • Panaskan kukusan. Tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar. Kalau nak buat warna2.. senang je, sebelum masukkan serbuk coklat tu, korang asingkan adunan dahulu kemudian boleh letak pewarna. 
  • Kacau sehingga sebati.
  • Tuang adunan dalam mangkuk kertas kecil separuh, kemudian masukkan inti dan tutup penuh dengan adunan yang sama.
  • Kukus dalam kukusan. Pastikan air dalam kukusan itu sentiasa mendidih ye. Untuk mengembungkan kek anda. Kukuslah Lebih kurang 5 -10 minit.. kalau tengok kek korang dah menggelembung tu, silalah angkat yer.
  • Siap untuk dihidang.
Siapa2 yang try tu, jangan lupa update gambo.. mesti comel kan????

14 Blogger Bersuara:

~Sweet Honesty~ berkata...

mane resepinye ye?? nk try la..

cikgu, voucher kpc tu xvalid tuk sabah sarawak lee..huhuhhuuhu

etuza berkata...

pernah isteri buat, memang cepat dan pantas. wanita memang kena juga urus dapur, sejuk hati suami.

imrawati berkata...

nok ambil resepi ni

Arina Shamsul berkata...

wah...saya suka kak..hihi.resepi mana?ngeeee

Aine Ainun berkata...

comelnya dieyna...
senangkan..kecik terus ngap..
x payah nk potoong=))

Chic Na berkata...

comel2nya kek tu. akak, bg la link resepinya. terliur dah ni. :)

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Ramai yg tk pasan kot link resipi dieyna tue,:-) mybe dieyna kne letak-klik sini utk resepi.:-) nway, thnks share resipi.nk try la nnti.

Dieyna berkata...

dah letak dah resepinya... ye ke.. simpatinya///

Dieyna berkata...

yelah kena pantas.. nak2 yang bekerja ni hehe

Dieyna berkata...

resepi dah ada.. hehe tadi updat guna hp.. tak reti nak cari2 link..

Dieyna berkata...

tampal terus kat situ YM hehe senang cerita sebab ada wat penambahbaikkan pada resepi

9n0L4 berkata...

wawawawa. mesti cube nih. tapi tak tahu lah tu bilenye. hee.

Chic Na berkata...

aah la br perasan. hehe.. time kaceh. :)

dyabunga berkata...

yummy..sedapnya..nk try lh

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT