Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Dari Oven Dieyna: Tart Telur

 


Cuti hujung minggu adalah masa yang sangat- sangat sesuai untuk mencuba resepi kuih- muih.. so, balik kampung minggu lepas yakni bersamaan dengan Hari Raya Aidiladha.. Saya merajinkan diri mencuba resepi .. Resepi lama tetapi pertama kali buat atas permintaan anak buah yang nak makan kuih ni sangat2... Alhamdulillah, menjadi .. hehe

So, ini resepinya... Anda boleh mencubanya di rumah yer

Tart Telur

Bahan Crust
Saya guna bahan yang sama untuk buat Blueberry Cheese Tart, boleh rujuk kat sini yer---->

Bahan filling
1 Cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus (sy kurangkan skit, sbb kurang suka manis2 ni)
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya..
1. Buat bahan crust, kemudian simpan dalam peti sejuk ( rujuk sini jugak yer)
2. Masukkan semua bahan filling dalam bekas.. kacau hingga sebati.
3. Bentukkan doh dalam bekas tart.. bakar dulu lebih kurang 5 minit dengan suhu 180"C.
4. Masukkan filling dan bakar semula lebih kurang 15 hingga 20 minit lagi..
5. Selamat dihidang...


Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catatan Popular