Rabu, 14 Disember 2011

Dari Oven Dieyna: Kek Pandan Karamel … Akhirnya…

Salam semua… hari ni Dieyna nak berkongsi cerita dan resepi Kek Pandan Karamel.
inilah rupa keknya....
dengan sedikit penambahbaikkan terhadap resepi kek ini.. hehe pandai2 je nak lawan tok guru kan...

Ada sejarah di sebalik kek ini sebenarnya...


Pertama kali tengok kek ni kat blog rakan sekerja, Nampak gebu, menarik dan hati ini membuak2 ingin mencubanya.. Tengok resepi yang diberi, dalam hati berkata, senangnya nak buat kek ini. Lantas bahan2 untuk membuat kek pun dibeli di samping melontarkan beberapa pertanyaan kepada empunya blog.. Mencuba kerana tertarik.. dan hasilnya.. sangat2 mendukacitakan… macam runtuhan simen.. huhu sedih.. inilah rupanya.. kek pandan karamel saya yang pertama

huhuhu hodoh sungguh rupanya.. sehodoh rasanya...

Rasa nak gelak pun ada gak.. macam berlagak pun ye jugak.. yelah, tak pernah buat kek tapi terus nak buat kek yang susah.. (kata empunya resepi) haha manalah tau susah, sebab resepi yang diberi macam mudah.. Apabila dah buat sendiri, haha baru tau...

Saya cuba lagi membuatnya.. saya nak kek sama macam kek yang dibuat oleh kawan saya tu.. Lagipun suami saya mmg suka makan kek ni.. even yang runtuh n tak jadi pun, dia makan jugak... dia pun galakkan saya buat lagi.. maka, dengan berhempas pulasnya.. saya mencuba kek ini buat kali yang kedua.. hancur harapan... kek saya tertanggal di tengah2nya.. gambar pun tak ambil sebab frus tengok rupa paras ... kek dah lembut.. rasa dah ada.. tapi rupa out... huhu

Percubaan ketiga..
masih gagal dari segi paras rupanya.. tengoklah ada kesan lelehan gula, sedikit hakisan dan retakan di permukaannya.. rasanya? Sedaplah daripada yang sebelumnya.. keciwa lagi dalam menghasilkan kek yang cantik...

Berputus asa? hehe tidak sekali, saya nekad.. saya akan buat kek ni seperti yang saya mahu.. saya akan cuba jugak, walaupun berat badan bertambah.. haha yela duk makan kek tak jadi je... mujur sedap kalau tak sedap alamatnya kena buang .. tak ke membazir namanya tu.. jadi misi kek Pandan Karamel yang ke4 bermula.. cuba ikut sukatan dan cara yang betul.. tanya rakan tu betul2 macam mana dia buat.. dan hasilnya.. jeng jeng jeng
Alhamdulillah.. berjaya.. saya suka sangat2.. Suami pun suka... hehe

Memandangkan percubaan ke4 saya telah berjaya, saya nak mencuba ketereran dengan membuat kek ini kembali.. Ambil masa gak sebab duk sibuk buat kek n kuih muih lain.. Kali ni saya rasa saya nak tambah dengan buah- buahan campuran dalam lapisannya.. hasilnya.. hehe saya berjaya lagi.. suka suka suka.. ini lah rupa kek saya yang ke5...
Buah- buahan campuran yang saya taburkan pada lapisan kedua.. nampak di permukaan, kek tidak runtuh lagi dan SAYA SANGAT SUKA HATI... hoorey

Kalau korang nak buat kek ini.. boleh salin resepi ni , saya copy paste terus dari blog yang saya ambil...
BAHAN A ( GULA HANGUS )
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
BAHAN B ( KAREMEL )
  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu KFC paste pandan & perwarna hijau
  • 3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur )
BAHAN C ( KEK )
  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk
BAHAGIAN D ( MERIGUE )
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td.puding karemal td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...
..

Terima kasih kepada Kak Fatmawati ye.. Tunjuk ajar yang berguna n jadi mentor dalam pembuatan kek ini.. Tiada mustahil kalau anda berusaha

2 Blogger Bersuara:

fatmasha berkata...

yeh..terbaik...cuba jaya hasilnya sampai bila2 menjadi....

Dieyna berkata...

thanks kak tie.. nampak kak tie buat tiramisu tu.. update laa resepinya...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT