Halaman

Rabu, 29 September 2010

Merawat Bayi Demam

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.

Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.



2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.

Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.


Ahad, 26 September 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

image

Apabila ada peluang, gunakan peluang tersebut sebaik mungkin.. Inilah yang cuba aku lakukan apabila bloger femes mcm Ben Ashaari membuka peluang untuk bloger baru yang nak bertapak mempromosi blog di blognya. terima kasih yer en ben. Blogger baru yang lain , jom raih peluang ini.. tarikh tutupnya mlm ini yer..

Khamis, 23 September 2010

Epilog Syurga Cinta



Hari ini drama bersiri petang2 "Epilog Syurga Cinta" sudah tamat. Biasalah mesti hepi ending,, sang dara bertemu jodoh dengan jejaka idamannya.. Sebenarnya, Dieyna tertarik nak mengupas sedikit tentang kata- kata yang dituturkan oleh saudara Bob Lokman (tak ingat nama watak beliau) berkenaan tiga jenis jodoh.

1. Jodoh dari syaitan
Dikatakan jodoh dari syaitan apabila lelaki dan perempuan berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya si perempuan mengandung. Kemudian baru menikah.

2. Jodoh dari JIn
Dikatakan jodoh dari Jin apabila lelaki dan perempuan berkenalan.Si lelaki sukakan si perempuan, namun perasaan itu tidak berbalas. lantas, si lelaki bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepadanya.Dan akhirnya mereka menikah.

3. Jodoh dari Allah
Dikatakan jodoh dari Allah apabila lelaki dan perempuan berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu. Si lelaki terus meminang Si perempuan dan Si perempuan menerima pinangan itu.Dan akhirnya menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Saya tertarik dengan ulasan berkenaan jodoh2 ini. Lawak pun ada gak terutamanya berkenaan jenis jodoh 1 dan jodoh 2 tu. Mungkin penulis skrip tu dh buat research baik punya kan.. ulasan jodoh 3 tu pun cam pelik gak. Apa pendapat korang yer?

Rabu, 22 September 2010

Cara Mudah Merangsang Bayi Anda

Pembelajaran tidak formal bayi bermula daripada kedua ibubapanya. Seawal usia sebulan bayi sudah mula belajar berkomunikasi, bersosial, melakukan pergerakan fizikal mudah dan bermain dengan persekitarannya. Sebagai ibu bapa, anda perlu memberikan contoh pembelajaran yang terbaik kepada si kecil anda. Hindari perlakuan negatif dengan menuturkan kata- kata kasar ataupun melakukan sentuhan fizikal secara kasar. Jadikan aktiviti anda bersama bayi sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

Aktiviti menukar pakaian
Sewaktu menukar pakaian atau lampin dan waktu dimandikan, anda boleh berbual mesra dengannya. Sambil menyalin pakaian gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak mama” dan “wanginya anak mama”. Sambil itu bermainlah dengan jarinya. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.
Mainan ringkas
Dalam beberapa minggu bayi anda boleh diperkenalkan kepada beberapa barang permainan yang ringkas yang mempunyai bunyi dan boleh di sentuh. Permainan itu seperti rattles, permainan lembut dan anak patung yang mempunyai melodi yang lembut.

Berbual mesra
Cakap dengan bayi anda. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.
Sentuhan kasih sayang
Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, lakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Cuba menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Senyuman dan suara anda ketika bercakap dengannya akan membuatkan dia merasa selesa dan selamat. Ini kerana suara dan sentuhan anda dia sudah biasa didengari akan membuatkan dia berasa selamat dan selesa

Ketika menyusukan bayi, ibu jangan hanya memandang wajah bayi. Sebaliknya ungkapkan kata-kata manis untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mama comel’ dan “anak mama sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.
Waktu tidur
Apabila bayi menangis atau menguap, ini memberi tanda waktu untuk tidur sudah tiba. Bayi yang berusia lebih kurang 3 bulan memerlukan waktu tidur hampir lebih kurang 20 jam sehari. Jangan abaikan waktu tidurnya ini. Jadikan ia waktu yang berkualiti. Wujudkan persekitaran bilik yang nyaman untuk bayi tidur dengan selesa.

sumber : www.majalahpama.com.my

Selasa, 21 September 2010

KL Urbanite First Giveaway Contest




Seronok pula rasa hati join contest yang disediakan oleh rakan- rakan bloger, yang terbaru Dieyna dengan bangganya mengumumkan telah menyertai contest kl urbanite pula..
nak tahu apa hadiahnya?? klik sini yer...

Hadiahnya berupa wang tunai.. diulangi wang tunai.. sekurang- kurangnya kalau anda memenangi contest tersebut bolehlah menggunakan wang tunai tersebut untuk perkara2 berfaedah.. duk saje2 sambil2 berblog anda dapat ringgit..hehe mata duitan tu kadang- kadang perlu eh.. bukan kadang-kadang tapi memang perlu hehe

oke.. saya terangkan perihal contest ni serba sedikit yer..
1. Hadiah KL Urbanite First Giveaway Contest .. Pastinya ini yang menjadi rebutan kan???

Hadiah tempat pertama : wang tunai RM 100
Hadiah tempat Kedua : wang tunai RM 30
Hadiah tempat ketiga : wang tunai RM 20

2. Syarat pertandingan ini mudah sahaja... cuma perlu lakukan perkara berikut :-

a. pastikan anda mempunyai blog sendiri
b. anda menjadi follower di KL Urbanite
c. anda LIKE KL Urbanite facebook
d. Subscribe feed KL Urbanite

3. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 November 2010.

4. Untuk syarat seterusnya, anda bolehlah singgah di KL Urbanite yer...

P/s : Terima kasih KL Urbanite kerana menganjurkan contest yang menarik ni... :)

Rabu, 15 September 2010

Tahap Perkembangan Bayi


Meneroka laman sesawang berkenaan perkembangan bayi, aku menemui satu informasi menarik mengenai perkembangan bayi.. berikut merupakan jadual perkembangan bayi yang diambil daripada laman web anmum


Usia

Kemahiran-kemahiran Utama

Kemahiran yang akan dikuasai

Kemahiran-kemahiran lebih lanjut

1 bulan

  • Mengangkat kepala ketika berbaring
  • Merespon suara.
  • Menatap wajah

  • Pandangan bayi untuk dapat mengikuti objek walaupun hanya beberapa saat.
  • Mengeluarkan suara: ooh dan aah
  • Dapat melihat pola berwarna hitam-putih

  • Tersenyum, tertawa
  • Menahan kepala pada 45 darjah.

  • 2 bulan

  • Suara: COO dan gumam
  • Dapat mengikuti benda lebih lama
  • Mulai memperhatikan tangannya
  • Dapat mengangkat kepala dan menahannya untuk beberapa saat.

  • Tersenyum, tertawa
  • Menahan kepala pada kedudukan 45 darjah
  • Dapat membuat gerakan-gerakan yang lebih teratur (lebih halus)

  • Dapat menegakkan kepala dan menahannya agak lama
  • Kaki sudah cukup kuat untuk menahan beban ringan
  • Dapat mengangkat kepada dan bahu saat tidur dengan posisi tengkurap.

  • 3 bulan

  • Dapat mengenali wajah dan wangi tubuh orang yang biasa dekat dengannya (ibu)
  • Dapat mengangkat kepala dan menahannya dengan stabil.
  • Visual: dapat mengikuti objek yang bergerak.

  • Dapat berteriak, dan tertawa kecil (terkekeh)
  • Memainkan ludah menjadi gelembung (belon)
  • Dapat mengenali suara orang-orang terdekat.
  • Dapat melakukan mini push-up.

  • Dapat berguling, dari tengkurap menjadi terlentang
  • Dapat berespon terhadap suara keras
  • Dapat mengarahkan kedua-dua tangan untuk memegang mainan.

  • 4 bulan

  • Tersenyum, tertawa
  • Dapat mengangkat beban pada kakinya
  • Tertawa kecil (terkekeh) apabila anda bercakap dengannya

  • Dapat menggenggam mainan
  • Berguling, dengan posisi dari belakang ke depan

  • Meniru suara: "baba", "dada"
  • Tumbuh gigi pertama
  • Mula sedia untuk makanan perisian selain ASI.

  • 5 bulan

  • Dapat membezakan warna-warna dasar (mencolok)
  • Mula bermain dengan tangan dan kakinya.

  • Dapat mengenali namanya, terutama bila dipanggil
  • Berespon terhadap suara-suara baru yang datang padanya
  • Dapat berguling dari tengkurap ke depan dan sebaliknya.

  • Mulai dapat duduk sendiri beberapa ketika.
  • Mulai memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
  • Mula muncul kecemasan akan perpisahan dengan orang terdekat (biasanya ibu bapa)

  • 6 bulan

  • Dapat menoleh ke arah suara-suara baik benda maupun orang-orang di sekitarnya.
  • meniru suara atau bunyi-bunyian.
  • Berguling dari tengkurap ke terlentang dan sebaliknya.

  • Sudah bersedia untuk makan makanan lembut (tidak ASI Ekslusif lagi).
  • Dapat duduk sendiri tanpa sandaran.
  • Senang memasukkan benda-benda ke mulutnya.
  • Dapat memindahkan objek dari tangan satu ke tangan yang lain. (Misal: dari tangan kiri ke tangan kanan).

  • Dapat melambaikan tangan (lambaian goodbye)
  • Dapat berdiri dengan berpegangan pada benda-benda di sekitarnya.
  • Dapat ketuk dua objek (misalnya: mainannya saling dihancurkan)
  • Mula mengerti benda-benda yang dipegangnya.

  • 8 bulan

  • Dapat berkata "mama" dan "dada", kepada kedua orang tuanya (tetapi tidak spesific mama untuk ibu, dada untuk ayah).
  • · Dapat memindahkan benda atau mainan dari tangan yang satu ke tangan yang lain.

  • Berdiri dengan berpegangan
  • Merangkak
  • Dapat menunjuk benda
  • Cari benda-benda yang disembunyikan.

  • Belajar untuk berdiri sendiri.
  • Dapat mengambil benda dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (seperti menjepit).
  • Mula dapat mengekspresikan keinginannya dengan bahasa tubuh (contohnya meminta susu dengan menunjuk tempat susu).

  • 9 bulan

  • Dapat berdiri dengan berpegangan.
  • Mulai mengoceh.
  • Mula mengenali & mengetahui benda-benda di sekitarnya.

  • Mulai menjelajah / berjalan sambil berpegangan.
  • Dapat minum dari gelas bertutup (sippy cup-cawan bertutup yang hujung tudung bercorong bolong-bolong seperti dot)
  • Dapat makan dengan menggunakan tangannya sendiri.
  • Dapat membeturkan dua benda yang ada ditangannya.

  • Bermain ciluk ba
  • Dapat mengatakan 'mama' dan 'dada' dengan tepat (mama kepada ibu dan dada ke ayah)

  • 10 bulan

  • Melambaikan tangan (goodbye)
  • Mengambil benda dengan ibu jari dan telunjuk seperti menjepit (menjumput)
  • Dapat merangkak dengan baik.

  • Mengatakan 'mama' dan 'dada' dengan tepat.
  • Dapat mengekspresikan keinginannya dengan gerakan

  • Dapat berdiri sendiri dalam beberapa saat
  • Dapat menaruh barang ke dalam tempat tertentu (misalnya tempat)

  • 11 bulan

  • Mengatakan 'mama' dan 'dada' dengan tepat.
  • Bermain ciluk ba
  • Dapat berdiri sendiri untuk beberapa saat.
  • Mengeksplorasi sekitarnya

  • Mula mengerti 'tidak' dan arahan singkat lain (misalnya turun, itu)
  • Mulai suka menaruh atau memindahkan benda ke dalam tempat tertentu (misalnya tempat)

  • Mengatakan 1 kata lain selain 'mama' dan 'dada'
  • Dapat membongkok daripada posisi berdiri.

  • 12 bulan

  • Meniru orang lain
  • Menyatakan keinginan dengan gerakan tubuh (seperti menunjuk, menggeleng, mengangguk)

  • Mula berjalan beberapa langkah
  • Mengatakan 1 kata lain selain 'mama' dan 'dada'

  • Berjalan sendiri
  • Membuat coretan dengan crayon
  • Mengatakan 2 kata lain selain 'mama' dan 'dada'



untuk melihat perkembangan bayi pada usia selepas setahun boleh melayari laman web anmum ini..

Selasa, 7 September 2010

Tingkatkan Trafik Blog


Tipsnya adalah seperti dibawah. Tips ni pun dapat dari blog Ishak. Thank you untuk tips yang menarik ni.
Jom kita ramai-ramai blogger-blogger cuba trick kat bawah ni.


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. bâ„“og buðak χ-nakaâ„“ ♂

2. Cara hidup baru abad 21

3. Bila Aku Menulis Blog

4. Naw|Naj Blog

5. Tubelawaks

6. telordibasuh

7. talksaid..

8. whatiseenxxx

9. wanzi

10. AdahRia

11. izyantie collection

12. Nur Misnan

13. thegadispink

14. KL Urbanite

15. Blog Dieyna


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!


***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak…


P/S: Kepada yang baca dan masih kabur dan tak faham sila rujuk laman web ini dan boleh ajukan pertanyaan di sana yer...

Makanan Turunkan Berat Badan

AAAAAAAAAAAARRRGGGHHHH AKU DAH GEMUK....
Perkataan biasa didengar apabila pakaian yang dibeli sudah semakin ketat..
Bulan Puasa masa untuk turunkan berat badan namun menjadi sebaliknya apabila nafsu makan melonjak-lonjak tatkala berbuka puasa..
Berikut diberikan beberapa makanan yang boleh dipilih untuk menurunkan berat badan..



ANGGUR
Jika kamu suka makan biskut walaupun seharian bekerja keras, apa kata cuba beralih kepada buah anggur. Seratus gram anggur baru bersamaan dengan 70 kalori.. enak dan berkhasiat kan.


SALAD
Sebaik- baiknya semasa membuat salad gunakan buah tomato, daun salad dan timun kerana semua bahan ini adalah rendah kalori. Sebagai penambah perisa, bolehlah ditambahkan dadih ataupun lemon.


OREN
Makin perlahan kamu makan lagi mudah untuk mengenali isyarat kenyang. Buah oren hanya memiliki 48 kalori.


KENTANG
Pastikan kentang itu dimasak dengan cara panggang ataupun rebus. Lebih enak ditambah dengan sedikit lada. Kentang hanya mengandungi 97 kalori.


BIJIRIN SERAT TINGGI
Pilih bijirin yang rendah kalori seperti bijirin jagung, oat atau kekacang. Tuangkan juga susu rendah lemak bersama buah- buahan cincang sebagai penyeri.


DADIH
Diperbuat daripada susu lembu yang banyak khasiat seperti protein, kalsium dan vitamin. Boleh dihidangkan bersama buahan segar sebagai pencuci mulut. Ddih hanya mengandungi 56 kalori.

AIR
Air putih tidak mengandungi kalori maka pengambilannya tidak terhad. Air kelapa dan air tembikai juga rendah kalorinya dan bagus untuk pencernaan.

Award Pertamaku

Semalam dalam sejarah...
Pertama kalinya selepas 3 bulan mengenali dunia blog
saya menerima AWARD daripada seseorang iaitu

terima kasih lalink...

inilah Award yang diterima...


sejak kenal dunia blog ni.. saya akui memang saya
ketagih nak berblog.. bukan ketagih cerita hal peribadi
tapi ketagih nak berkongsi maklumat ilmiah,,
sekarang masa menjawab soalan yang mengiringi award ini

soalan pertama
5 PERKARA YANG DISUKAI TENTANG SI PEMBERI AWARD
saya follow blog dia
tak kenal sangat tapi tengok daripada blognya pasti dia ini seorang yang
happy go lucky.. ceria-ceria selalu
dia panggil saya adik..hehe
ntah2 saya ni lebih tua daripada dia.. (jawab jangan tak jawab watie)

soalan kedua
UCAPAN KEPADA SI PEMBERI AWARD
terima kasih yang tak terhingga ... dan berbanggalah
kerana
ANDA pemberi award pertama kepada saya..
muah muah muah

soalan ketiga
TAG ORANG YANG BLOG NYA SELALU KETAGIH NAK LAWAT: 5 ORANG
yang ini agak sukar dipilih sebab saya suka melawat semua
BLOG yang saya follow (antaranya blog Naw|Naj),
BLOG yang follow saya dan juga
BLOG yang jerit kat SHOUTMIX saya...
Oleh itu, saya tag kan AWARD ini kepada semua rakan
BLOGGER yang singgah ke blog saya...

ADIL KAN???

sekian... terima kasih daun keladi..kalau sudi berilah AWARD lagi hehe ...

Ahad, 5 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Sembang pasal hari raya, pasti tak lupa kad raya

Dahulu,
beria beli kad raya dan setem
kemudian pakat anto ke pejabat pos
minta tolong encik posmen hantarkan kad kepada insan terpilih,,
tak meriah tanpa kad raya kan...

Sekarang,
Zaman dah semakin moden
Ucapan raya pun turut moden sama
Ucapan raya boleh dihantar melalui sms & email
Ringan sedikit tugas encik posmen
Jimat masa, tenaga & duit
Sambil baring2 pun leh bagi ucapan raya
Esok nak raya, malam ni berpusu- pusu ucapan raya masuk dalam kotak mesej hp
tapi takpe,
kemeriahan raya tetap terasa walaupun
cara dan gaya yang berbeza

Pada kesempatan ini, Dieyna nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN...
kepada semua rakan blogger yang singgah di
blog ini...

Sudi2kanlah terima kad raya daripada kami sekeluarga ni,



Khamis, 2 September 2010

Ayat- ayat Cinta


Betul atau tidak..?
Lama- kelamaan cinta semakin pudar,
kemesraan semakin hambar,,
kasih- sayang semakin berkurangan
Tepuk dada tanya diri sendiri
Cinta boleh berkembang seandainya
kita impikan begitu
Cinta semakin berkembang
jika kita hindari rasa bosan atau jemu kepada pasangan..
Semuanya bergantung kepada diri kita dan yang penting
JODOH , MAUT & REZEKI di tangan ALLAH

sekadar berkongsi untuk difikirkan.. diambil daripada blog fatmasha

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha



Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer

Rabu, 1 September 2010

Join GiveAway plak

Pertama kali join GA ni.. sebenarnya masih tak paham GA ni apa..
Thanks kepada tuan punya blog sihatimerahjambu sebab
jemput saya join GA ni..




Sekarang saya nak jemput rakan blogger yang baca entry ni pulak untuk turut serta GA ni yer.. anda boleh klik sini yer

Catatan Popular