Halaman

Selasa, 7 September 2010

Makanan Turunkan Berat Badan

AAAAAAAAAAAARRRGGGHHHH AKU DAH GEMUK....
Perkataan biasa didengar apabila pakaian yang dibeli sudah semakin ketat..
Bulan Puasa masa untuk turunkan berat badan namun menjadi sebaliknya apabila nafsu makan melonjak-lonjak tatkala berbuka puasa..
Berikut diberikan beberapa makanan yang boleh dipilih untuk menurunkan berat badan..



ANGGUR
Jika kamu suka makan biskut walaupun seharian bekerja keras, apa kata cuba beralih kepada buah anggur. Seratus gram anggur baru bersamaan dengan 70 kalori.. enak dan berkhasiat kan.


SALAD
Sebaik- baiknya semasa membuat salad gunakan buah tomato, daun salad dan timun kerana semua bahan ini adalah rendah kalori. Sebagai penambah perisa, bolehlah ditambahkan dadih ataupun lemon.


OREN
Makin perlahan kamu makan lagi mudah untuk mengenali isyarat kenyang. Buah oren hanya memiliki 48 kalori.


KENTANG
Pastikan kentang itu dimasak dengan cara panggang ataupun rebus. Lebih enak ditambah dengan sedikit lada. Kentang hanya mengandungi 97 kalori.


BIJIRIN SERAT TINGGI
Pilih bijirin yang rendah kalori seperti bijirin jagung, oat atau kekacang. Tuangkan juga susu rendah lemak bersama buah- buahan cincang sebagai penyeri.


DADIH
Diperbuat daripada susu lembu yang banyak khasiat seperti protein, kalsium dan vitamin. Boleh dihidangkan bersama buahan segar sebagai pencuci mulut. Ddih hanya mengandungi 56 kalori.

AIR
Air putih tidak mengandungi kalori maka pengambilannya tidak terhad. Air kelapa dan air tembikai juga rendah kalorinya dan bagus untuk pencernaan.

Tiada ulasan:

Catatan Popular