Sewaktu menukar pakaian atau lampin dan waktu dimandikan, anda boleh berbual mesra dengannya. Sambil menyalin pakaian gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak mama” dan “wanginya anak mama”. Sambil itu bermainlah dengan jarinya. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.
Mainan ringkas
Dalam beberapa minggu bayi anda boleh diperkenalkan kepada beberapa barang permainan yang ringkas yang mempunyai bunyi dan boleh di sentuh. Permainan itu seperti rattles, permainan lembut dan anak patung yang mempunyai melodi yang lembut.
Berbual mesra
Cakap dengan bayi anda. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.
Sentuhan kasih sayang
Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, lakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Cuba menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Senyuman dan suara anda ketika bercakap dengannya akan membuatkan dia merasa selesa dan selamat. Ini kerana suara dan sentuhan anda dia sudah biasa didengari akan membuatkan dia berasa selamat dan selesa
Ketika menyusukan bayi, ibu jangan hanya memandang wajah bayi. Sebaliknya ungkapkan kata-kata manis untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mama comel’ dan “anak mama sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.
Waktu tidur
Apabila bayi menangis atau menguap, ini memberi tanda waktu untuk tidur sudah tiba. Bayi yang berusia lebih kurang 3 bulan memerlukan waktu tidur hampir lebih kurang 20 jam sehari. Jangan abaikan waktu tidurnya ini. Jadikan ia waktu yang berkualiti. Wujudkan persekitaran bilik yang nyaman untuk bayi tidur dengan selesa.
sumber : www.majalahpama.com.my
2 ulasan:
salam
geram je tgk baby tuh tdo.. tomeynya
rasa macam nak cium2..
tulah... control ayu tido ngan pipi monggel tu.. hehe
Catat Ulasan