Khamis, 23 September 2010

Epilog Syurga Cinta



Hari ini drama bersiri petang2 "Epilog Syurga Cinta" sudah tamat. Biasalah mesti hepi ending,, sang dara bertemu jodoh dengan jejaka idamannya.. Sebenarnya, Dieyna tertarik nak mengupas sedikit tentang kata- kata yang dituturkan oleh saudara Bob Lokman (tak ingat nama watak beliau) berkenaan tiga jenis jodoh.

1. Jodoh dari syaitan
Dikatakan jodoh dari syaitan apabila lelaki dan perempuan berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya si perempuan mengandung. Kemudian baru menikah.

2. Jodoh dari JIn
Dikatakan jodoh dari Jin apabila lelaki dan perempuan berkenalan.Si lelaki sukakan si perempuan, namun perasaan itu tidak berbalas. lantas, si lelaki bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepadanya.Dan akhirnya mereka menikah.

3. Jodoh dari Allah
Dikatakan jodoh dari Allah apabila lelaki dan perempuan berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu. Si lelaki terus meminang Si perempuan dan Si perempuan menerima pinangan itu.Dan akhirnya menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Saya tertarik dengan ulasan berkenaan jodoh2 ini. Lawak pun ada gak terutamanya berkenaan jenis jodoh 1 dan jodoh 2 tu. Mungkin penulis skrip tu dh buat research baik punya kan.. ulasan jodoh 3 tu pun cam pelik gak. Apa pendapat korang yer?

8 Blogger Bersuara:

Sakinah berkata...

Salam,

Macam pernah baca jg pasal 3 jenis jodoh tu lama sebelum ini..tapi dah lupa tentang sumbernya. Kalau baca gitu2 ada juga benarnya..tapi tidak tahulah kalau menurut Islam yg sebenar..

Eryati berkata...

tak tengok kisah ni..babysitter akak suka tengok sinetron la....sinetron memanjang...

ismi jannati berkata...

salam..betul ke 3 jodoh macam depa gtau tu en?
cam pelik pun ada..jodoh kan semua dari Allah...huuh

Dieyna berkata...

yela... jannati.. saya pun musykil lebih2 lagi tentang ulasan ketiga2 jodoh tu..

Wanzie berkata...

salam Dieyna.. info jodoh yang baik...

minum air sambil berlari...
air tumpah di atas serban...
kenapa wanzi menyepi diri...
sebab shoutmix dah kena ban...

Dieyna berkata...

to wanzie...

Tak pastilah kesahihan info ni.. sy amik daripada citer "epilog syurga cinta"

noreed berkata...

mase dgr atok siti tu citer ttg jodoh ni macam confuse jer..

Dieyna berkata...

Noreed ))) pakat2 confuse gak... Jodoh, maut, rezeki semuanya ditentukan oleh ALLAH.. itu yang lebih tepat..

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT