Diabetes Gestasi semasa hamil atau bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil. Semasa mengandungkan Arissa, saya dikesan mempunyai diabetes semasa hamil. Sedih sungguh rasanya. Dalam keadaan hamil, dapat tau ada penyakit memang emosi tak stabil. Emosi ibu hamil kan mudah sensitif. Diri sendiri kurang makan makanan manis tiba-tiba dikesan ada kencing manis. Mahunya tak meroyan jadinya.
sumber gambar : ummiadni.com
Diabetes atau kencing manis berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya. Insulin ni merupakan sejenis hormon yang terhasil daripada pankreas. Insulin bertindak mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa hami, badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, kita akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetes gestasi. Jangan ingat kita kurang makan makanan manis kita akan bebas daripada diabetes ye. Semua anggota atau organ dalaman badan kita ni bergantung kepada cara kita menjaga pemakanan kita. Sumber gula bukannya daripada gula sahaja malahan makanan lain seperti nasi, buah-buahan turut mempunyai kandungan gula semulajadi.
Sebenarnya ada tanda-tanda awal dalam mengesan diabetes. Semasa hamil dulu, memang terasa agak letih dan cepat dahaga. Rupa-rupanya itu tanda-tanda kencing manis. Ingatkan faktor kehamilan menjadikan diri ini letih.
Bagaimana Diabetes dikesan??
Pengalaman sendiri lah ni.. Saya diminta berpuasa pada malam sebelum lawatan ke klinik. Sampai di Klinik, darah diambil dan kemudian diminta meminum air gula( huhu manis yang amat). Selepas 2 jam, darah di ambil kembali untuk diuji. Keputusan ujian darah itulah menentukan diri kita bebas diabetes atau tidak. Kat Paka ni, keputusan ujian darah tu ambil masa seminggu. Keputusan ujian saya gagal dan terus dilabel GDM. Mujur takperlu suntikan insulin. Kalau tidak, meraung laaa huhu...
Makanan Diet
Setelah dapat tahu ada diabetes, maka bermulalah episod Diet Diabetes. Makan nasi bercatu, lebih2kan sayur- sayuran.. Kurangkan makanan berkanji dan lebihkan sayuran. Minuman manis pun minum sekali sekala je. itupun masa teringin sangat- sangat.
sumber gambar:
http://watashinonindo.blogspot.com/2010/12/gestational-diabetes-mellitus-gdm-aka.html
Makanan yang dipilih semuanya low glisemik index.. termasuk minuman. Sekurang-kurangnya diabetes dapat dikawal dengan baik. Penting penjagaan makanan untuk bayi dalam kandungan. Walaupun agak menyeksakan namun telan jugak. Rujuk lah carta ini untuk mengetahui makanan yang mempunyai glisemik indeks yang rendah.
Selain menjaga pemakanan, saya juga mengambil vitamin yang sesuai untuk penghidap kencing manis semasa hamil. Boleh Klik sini SUPLEMEN SEMASA HAMIL
Selepas tempoh kehamilan, ibu akan diuji semula sama ada kencing manisnya berlarutan atau terhenti sebaik sahaja melahirkan anak. Pendek kata alahan semasa mengandung jelaa.. So, jangan risau banyak- banyak yang penting kawal pemakanan walaupun tahu diri sudah bebas diabetes.
http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz37yhra6B1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan