Halaman

Selasa, 30 September 2014

Menghias menu makanan anak

Mata tak dapat nak lelap.. bidadari sulung tidak begitu sihat..batuk2 dan badannya agak suam... penangan makan aiskrim dan ais... Silap sendiri terlalu ikutkan selera anak nak minuman berais.. huhu

Sejak dua menjak ni.. datang kembali minat nak memasak menu menarik untuk dua anak dara ni. Si kakak agak memilih nak makan si adik pula hentam je apa sahaja..

Bagi menarik minat kakak makan, maknya terjebak dalam dunia mendeko makanan anak. Maka mulalah episod mengumpul acuan menarik untuk hiasan menu mereka.

Semua barangan ni ditangkap di Daiso East Cost Mall Kuantan... hehe giler sekejap duk dalam tu.. barangan yang ada unik- unik.. Tapi Alhamdulillah masih mampu mengawal emosi sendiri hehe.

Barangan mendeko dah dibeli... maka si ibu ni gigihlaa mendeko makanan si anak...Sungguh menakjubkan apabila kakak boleh menghabiskan makanannya dengan cemerlang...
Hiasan biasa2 je tpi mampu membuatkan anak dara menambah makan.. suka sgt rasa hati ni... 
Dieyna turut kumpul gambar hiasan menarik untuk anak2 melalui internet... 

Bolehlah tiru nanti ... 

Fikirkan yang terbaik untuk kegembiraan dan kesihatan mereka.. semoga Dieyna istiqamah... doa2kan ye...





1 ulasan:

Unknown berkata...

Online takde eh daiso tu k yana?

Catatan Popular