1. Kos isi minyak
Biasa isi minyak RM 50 bersamaan 23.81 liter.. ulang alik pi situ sini tahanlah 3 hari minyak tu.. Bila minyak naik 20 sen, RM50 bersamaan 21.74 liter. Nampak tak perbezaannya, bila liter berkurang bermakna kekerapan mengisi minyak meningkat...kalau sebulan biasa guna rm250 untuk minyak, dah naik harga ni jadi kena sediakan rm300.. Beza RM50 tu dah cukup besar untuk kos kehidupan masa kini yang meningkat...
2. Harga barang
Ada kaitan ke?? Mestilah ada sayang- sayang semua.. Barang2 tu dihantar kepada peruncit guna apa? Guna basikal ke guna kenderaan yang menggunakan minyak, Tokey- tokey terpaksa tingkatkan kos penghantaran barangan. Jadi, untuk tampung kos tu maka harga barang dinaikkan.
Setakat ni, saya bagi dua je impaknya.. Kalau korang ada nampak impak besarnya yang lain.. kongsi2lah ye.
P/s : Selepas ni kita pakat2 simpan je kereta motor kat rumah , pi kerja jalan kaki atau naik basikal.. Jimat minyak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan