Jumaat, 6 April 2012

Review Blog: Pengomen Sejati Bahagian 1

Dah lama berjanji, kali ni baru berkesempatan menunaikannya.. Hari itu, dalam entri INI Dieyna berjanji nak review blog blogger yang menjadi pengomen sejati blog Dieyna. Untuk review bahagian pertama ini, Dieyna akan review tiga blog utama, yakni yang menduduki ranking 1,2 dan 3.

Rank 1 : ETUZA (Jumlah komen : 51)


Orang yang sama tapi usia yang berbeza.. Senyuman sama tu kan... Dieyna tak ingat dari blog mana Dieyna mengenalinya.. Tapi first time masuk blognya, dan baca entrinya, Dieyna dah tertarik... Seorang guru yang mengajar di Keningau.. Bapa yang penyayang dan daripada air mukanya terserlah kelembutannya... Bukan lembut auw auw ye.. hehe Kreatif orangnya.. tak caya?? Boleh baca entri INI.. Apa yang Dieyna fikir tentangnya? Tak rugi mengenalinya. korang yang membaca ni lawatlah blognya sekarang, sungguh.. tak rugi ok... Thanks Cikgu... Jangan serik datang ke blog Dieyna ni lagi ye.. Memandangkan cikgu, pengomen teratas blog Dieyna,  sebagai tanda penghargaan, Dieyna nak minta izin letak FEED entri blog Cikgu selama sebulan, bermula hari ini hingga 6/05/ 2012... Silakan terkejut ye.. hehe

Rank 2 : Aine Ainun (Jumlah Komen : 31)

Seorang suri rumah yang rajin.. Rajin masak, rajin menulis, rajin menabung... Kreatif juga.. tak percaya boleh tengok Diari kecilnya.. hehe. Dieyna suka berkunjung ke blognya. Dia pun rajin menyinggah ke blog Dieyna. Tak berkunjung ke blognya dalam sehari tak sah, walaupun Dieyna tahu dia OFFLINe... Blog menjadi tempatnya berkongsi cerita, sama macam Dieyna.. Tak kenal maka tak cinta, Kalau nak kenal, berkunjunglah ke blognya, Hikayat Ceritera Terindah...

Rank 3 : Cik Nur

Cik Nur kita ni memang rajin.. Rajin blogwalking, rajin tinggal komen, rajin macam- macamlah. Puitis juga orangnya.. Kalau tak caya, sila baca entri Rahsia nya ini... Setiap kali berkunjung ke rumahnya iaitu blognya, pasti ramai juga penjaga blognya yang online.. Glemer ar Cik Nur ni kiranya. Dia rajin bertandang, orang pun akan turut rajin bertandang ke blognya, barulah meriah .. Tak gitu Cik Nur.. Korang nak kenal Cik Nur.. Sila lawatinya Di SINI.. Pasti layanan 1st class yang anda akan terima, percayalah... Sikit pun tak kelentong ye..

p/s : Pengomen Sejati bulan April sehingga 06/04/2012..
Korang boleh tengok ranking ni sendiri, cuma tukar
bulan je...April.. Sebab biasanya tunjuk overall
"SINCE ONE MONTH AGO"


20 Blogger Bersuara:

9n0L4 berkata...

hohoiii. ade jugak menyelit kat situ. hee.

M@W@R Q@SeH berkata...

dtg meninggalkan jejak...cik Nur tu mmg ramah orgnya...

Yana Libra berkata...

wah..semua dr group segar follower ye..huhu~

Cik Aini Lavender's berkata...

caya lah GSF nih,betul2 segar gituu =p

etuza berkata...

Asalamualaikum..tersentak, lama merenung sebaik selesai makan sebaik kembali dari surau. Anak ke 3 dah online, memudahkan saya kembara maya.
Dalam lama merenung terasa basah jiwa sebagai tanda amat3x bersyukur dihargai setinggi ini.
Betul tiada apa2 dalam PEWWK,tiada imbalan bentuk wang, tiada apa2 sebenarnya.
Hanya sekeping hati, dan sokongan mama kepada anak2 saya persembahkan keikhlasan, berkongsi sesuatu yg mungkin ada manfaat, jika ada terjentik hati yg membaca merasa sedar lalu dalam info terbit rasa kehambaan kepadaNya. Saya sedar tidak layak tuk menyalur ceramah, tazkirah dan segalanya, kerana ada insan lain yg lebih bertauliah, punyai sijil dari Allah, maka merekalah selayaknya menhujahkan apa saja untuk memperbaiki pusingan hidup bermasyarakat. Justru memang tiada apa2 pada PEWWK, yang ada perkongsian pengalaman dan bait bicara mengaggungkan kebesaran kepadaNya secara biasa.
Terserlah nilai kemanusiaan amat berhikmah di laman Dieyna, sesuai dgn tema "Di sini ruangku berkongsi" inilah cara dia zahirkan. Subahannallah dan alhmdulillah, puji2an ke atas yang Rahman dan yang Rahim.

nak pesan ya: salam untuk suami, nayatakan bahawa hanya jalinan ukuhuwa maya dan saling ingat mengingati dalam memperbanyakakan amal menuju ke arah kebahagiaan di Dunia & akhirat. Mohon tiada persangka kerana hanya ETUZA hadir dalam GFS. Saya sebetulnya tertarik dengan info2, tunjuk ajar kalian yg tak lokek berblog, mudah mesra maya dan kreatifnya laman maya kalian semua. Selain memang saya suka keindahan, keindahan itu anugerahNya..termasuk lah laman GFS adalah indah semua.
Barakullahakhirulkalam.

etuza berkata...

Ya Allah..terasa dihargai. Mohon berilah kebahagiaan kepada pemilik blog ini. Semoga keluarganya murah rezeki. Amin.

etuza berkata...

Dieyna..saya x sedar banyak komen saya kat sini. Tengok ruang komen dah ke atas nama saya ya. Tq
Tahniah Cik Nur dan AAinun..anda juga disayangiNya. tahniah ya

etuza berkata...

Sebelum ke laman pesona EWWK, nak ucap Syukur Alhamdulillah..sebulan, macamalah nak balas ni Dieyna? bagaimana boleh terfikir semurni ini ? Jika benar 30 hari enrty mengisi ruang atas, saya akan dan mama sebelah( isteriku) akan berdoa ditiap solat agar keluarga Dieyna dan keluarga saya bahagia, jauh dari bala dimurahkan rezeki. Insyaallah.Ini ja mampu terbuat ikhlas ya.

Dieyna berkata...

Menghargai apabila dihargai..

lelamaisara berkata...

Tahniah Cikgu Etuza ,AA dan cik Nur...

Semua mereka memang baik dah ramah..:)

Cik Nur berkata...

ehh...dalam belog Dieyna, ada nama cik nur lah..!
maluuu...hikhikhik.. :)
cik nur tidaklah segelemer mane, biase2 je.
takut cik nur terima pujian ni..!
sebetulnya cik nur ni biase2 je orgnyer.
kalau berkesempatan dan ada masa terluang
mmg cik nur suka berblogwalking..
terutama yg ade dalam blog list.. :)

apa2pun, terima kaseh pada Dieyna, sudi mempromosikan blog cik nur.. :)

izan mama mia berkata...

tahniah pada yang jd mereka...

izan mama mia berkata...

Tahniah pada mereka semua..:)

Aine Ainun berkata...

Suka n3 ni;) thanks dieyna..

sy penah terfikir nak buat mcmni juga utk pengomen tegar blog AA, tp x berkesempatan lg, sbb masalah lappy,
lappy smpai insyaallah..

N nmpknya x sempat lg nk join GA dieyna, nk blik kg, kalo pakai hp, sy x ble nk upload gambar kt blog, slalu n3 bergambar da siap dlm draf, sskali kalo hb bwk blik lappy bru dpt upload gambar..

Sure join, tp lmbat;)

Kazman / Sue berkata...

rakan2x maya yang tidak kenal erti jemu untuk berkunjungan mengeratkan sirraturrahim... tahniahhh... memang patut untuk dihargai...

dyabunga berkata...

tahniah ye..:D

Tihara berkata...

Salam perkenalan dari blog Jaa 9n0L4...congrats semua :)

Chic Na berkata...

tahniah semua. teruslah menyokong. :)

etuza berkata...

Panjang komen saya tu ya..( tanda orng sangat dihargai dan bersyukur)

@ deqla manjew berkata...

dear, camne eh nk letak widget ni?? nk yg mcm ni...nk gak tau sape yg slalu komen2 kat blog deqla...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT