Bahang kepanasan terasa walaupun cuaca nampak mendung.. Ada awan komolunimbus berkumpul nun di atas sana.. Seolah- olah memberitahu " Sila angkat kain di ampaian sekarang,". Serius hari ni, semalam dan sebelum hari hari semalam... terasa sangat panas... Huhu...
Kita tinggalkan sebentar suhu panas, Dieyna nak cakap pasal panas yang lain pulak.. pasal etika pelanggan... Hari ni selepas je waktu persekolahan, Dieyna terus memandu ke pejabat pos, untuk urusan pengeposan serbuk cheese Chic Na.. Sampai di kaunter PP, ramai jugak orang waktu ni... Abaikan, tekan nombor giliran n tulis borang pos... Nombor urusan kaunter bergerak laju, sebabnya ada nombor yang tak bertuan, tiba kat giliran 2293, adalah seorang mamat A (senang nak cite kalau bagi nama) ni bangun dan menuju ke kaunter dengan yakinnya. Pada masa yang sama, Mamat B pun bangun n Dieyna nampak muka Mamat B ni macam konfius... Lepas tu nampak dia bercakap ngan kawan dia.. Dieyna dengan busy body nya, tengok nombor giliran di tangan Mamat B, 2293.. Dieyna pun pelik, Abis tu Mamat A tu nombor berapa???
Mamat B ni wat muka toye je berdiri kat kaunter yang sama di sebelah dia, tapi mamat A ni langsung tak pandang.. Nampak sangat dah buat salah kan.. Takde etika langsung, boleh pulak potong Q macam tu, semua orang nak cepat.. Janganlah sampai tak hormat orang lain.. Pentingkan diri sendiri.. Adus, tension jugak seposen sebab no giliran Mamat A tu ialah 2296.. maknanya dia juga telah dengan kurang sopannya memotong Q Dieyna... Xde etika betul.. Mujurlah Mamat B tu baik hati... tak marah2 sebab kena potong Q kalau tak, mesti kecoh dalam PP tadi..
Pinjam gambar en Google : Kadang-kadang sistem beratur gini lagi bagus dari sistem nombor, orang nak potong Q payah... Siapa potong terang2 dah boleh bagi tazkirah haha.. (pelempang pun boleh) |
Kadang- kadang kita rasa, kena nak cepat, urusan kita nak segera, tapi kita kena ingat orang lain pun gitu jugak.. Bukan kita seorang je nak cepat, nak segera. Fikirkanlah orang lain sama. Jangan pentingkan diri sendiri je.. Seorang dah marah kat kita, sebab silap tingkah laku kita, macam mana kita nak cari dia nak minta maaf ... Susah tu.. Ingat2 lah ye, nak buat apa2 tu.. fikir panjang skit.. Jangan PENTINGKAN DIRI SENDIRI JE... Susah nanti....
24 ulasan:
memang panas kalau jumpa org macam ni...
hati yg panas...
eehh . teruk punya perangai la mamat tu ! sakit hati baca citer ni . tak malu ! sib baik yg dipotong Q tu jenis tak baran . kalau tak , mesti kena lepuk ..
terkadang kita kene pentingkan diri sendiri jugak...tengok situasi....isu b/mana...patutkah kita bersifat begitu...defend pada masalah yg kita hadapi...so..perkara subjektif ni tidak terkena pd kita...jd beranggapan baiklah...
sangat panas Masz.. Dia wat muka selamba je. Dahlah urusannya lama giler.. Tanpa rasa bersalah langsung...
itulah nasib baik tak baran.. kalau tak memang berlaku pergaduhan lah kot...
Bila berurusan di kaunter yang melibatkan orang awam yang lain, isu kepentingan peribadi kena tolak tepi sebab masing-masing ada hal peribadi sendiri.. mana tahu kan, orang yang dipotong Qnya pun ada keje.. Jangan ingat kita ada masalah, kita perlu ketepikan hak orang lain... if dia ada masalah sekalipun, apa salahnya berpaling dan MINTA MAAF dengan budak lelaki yang berdiri sebelah dia, ini tak, paling muka kat lain.. langsung tak pandang muka budak lelaki tu... Susah nak beranggapan baik kalau dah begitu caranya... :)) Luahan perasaan dah ni...hehe sebab terlibat sama secara tak langsung...
huhhh..kene ngan cik sweety, sound direct trus..almaklum, tekanan darah kesabaran terlalu rendah..huhu
Memang sakit hati bila kena macam ni.
aduyai..paling suka kalo main ptng2 q gitu..sungguh xde adat... klo ye pon..mtk maaf k..jgn buat slumber
oh kesian akak. tak bertimbang rasa btul mamat A tu. patut akak buat2 tanya mamat tu no dia berapa, tnya kuat2 biar sume org tau dia jump Q. bagi malu sket. hehe.. ok kak, noted. tq. tak sabar tggu cheese sampai. :)
rasanya ramai orang macam tu..tak menghormati perasaan org..dah lah salah dia wak muka 10 sen pulak kan? heee
memang kurang beretika mamat tu..panas hati je..
betul kak.. panas luar panas kat dalam hati sekali
itulah.. at least minta maaflah pada org yang dia potong q tu.. ini tak, wat muka seposen je... tak bersalah
memang ramai spesis mcm ni huhu
sabgt panas huhu
Asalam, pernah berlaku di PP Keningau, bro tu lajak ja ke depan kaunter, semua org pegag nombor saling berpandangan. Mujurlah sabar, hai nilah manusia. Apapun GFS semuanya beretika. Tahniah n3 sangat bermanfaat.
tak sukanya orang camtu..kita yang lain penat-penat tunggu, dia sesedap hati je nak potong2 Q ni eh..huhu..mmg nak kenalah kalau camtu~~
sya bila dudu sebelah org mesti tanya no apa..bila dia tunjukkan saya puas hati. Dalam menunggu tu teruji kesabaran, sambil2 melihat sikap sesetengah org yg tak sabar. Tulah yg penting diri...
Kadang2 pula saya dapat rahmat, ialah tiba2 ada kawan bagi no dia, kata esok lah pi bayar..ha kalau macam ni kena syukur & terima kasih pada kawan tu.
mmg kadang2 mcm tu kak.....wat sakit hati je... tapi saya jenis malas nak ckp byak.... tapi sindir dalam diam je.... kalau orang wat macam tu... saya just wat2 busy body... lama2 orang tu malu sendiri dengan sikap die....
ERm..memang tak sopan ye...Saye selalu juga jumpe...
Cantik Header baru.. :)
cantik header baru...cik rose pun tak suka memang tak sopan huhuhu
akak, serbuk cheese da sampai td tgh hari. tp lum dpt buat, potato xde. tq ye kak. :)
bkn stkt panas, baran pun boleh ni. grrrrrr.
Catat Ulasan