Khamis, 12 April 2012

Edisi Membebel : Semut


Banyak betul semut kat rumah ni, bukannya semut liar yang warna hitam tu tapi semut yang kecik-kecik berbau busuk, Kami panggil "Semut Mayat".. Kenapa semut mayat?? Sebabnya bau dia busuk kot.. Ntah tak tau gak panggilan tu turun menurun dari zaman berzaman.. hehe Korang panggil semut apa pulak eik??

Semut ni memang ada di merata-rata, maklumlah tubuhnya yang kecil molek tu, susah nak perasan kehadirannya nak- nak kalau orang tu rabun.. lagi laa tak nampak.. Sedar- sedar bau busuk je... Paling sakit hati, semut ni suka lepak kat bekas air masak.. Manis ke air masak tu?? Kadang- kadang penuh kaum kerabat dia kat bekas air masak, siap ada yang mati syahid lagi dalam air tu.. Bayangkan jela, air masak sebekas penuh terpaksa dibuang begitu sahaja hanya kerana semut busuk yang mati syahid tu huhu membazir air, elektrik atau gas je.

Guna macam- macam petua nak suh semut tu lari, termasuklah letak cili kering dekat tempat simpanan stok, takdela sekejap.. lepas tu berduyun tiba... Sakit sungguh hati... Kemudian, Dieyna guna penyembur serai wangi,, oke juga.. Atas meja makan pun, Dieyna lap guna serai wangi jugak.. Memang semut tak datang tapi tak lama lah, hilang bau serai.. maka terkedek- kedek semut anak beranak datang.. Tension sungguh. Merosakkan makanan je.
Gambar ihsan Google

Pot paling popular, semut2 ni merayap adalah di celah- celah dinding... Dieyna sembur pulak guna landshiel, produk Cosway.. Ini dia
Bahan kimia kan tak elok guna sangat, nak-nak kalau rumah ada budak kecik.. Baunya agak kuat, kalau sembur kat tempat semut tu biasa lalu, memang kita tak nampak dah semut tu lalu kat situ.. Masalahnya, semut ni cerdik pandai agaknya dia pergi sekolah kebangsaan semut.. dioarang lalu ikut lain pulak.. Aduh, macam manalah nak buat yer...Kalau boleh taknak ada semut dah kat rumah... merosakkan makanan, minuman dan apa sahaja. Pantang lepa... Sakit hati...

Sekian, terima kasih.. Tamatlah edisi membebel hari ni. Maaf curi masa korang untuk baca cerita membebel ni... Hehe

P/s : Kalau korang ada kaedah yang berkesan untuk menghapuskan semut ni , tolong beritahu ye.. Tak nak benak 40 hari kalau termakan seekor semut, bayangkanlah kalau terminum/ termakan berekor-ekor semut, berapa hari  jadi benak tu yer??? Kira sendiri hehe


17 Blogger Bersuara:

Me berkata...

pakai je ubat semut.. kat kedai selalu ada.. serbuk warna putih.. tabur kat laluan dia.. insyaallah pupus la koloni semut tuhh...

@ deqla manjew berkata...

apa yg sy kagum dgn semut adalah sikapnya yg bekerjasama antara satu sama lain dan cukup rajin...manusia sendiri pun tak mcm tu...betol tak?

geez berkata...

Hehe....rumah saya pun banyak semut....mcm2 spesis ade....^_^

~Sweet Honesty~ berkata...

kalo sweety,sembur je ngan rictsek..btl ka ejaan tu?? sembur smpai dari akarnya..pastu mop la balik..hihi

Cik Aini Lavender's berkata...

hahaha..bior lah dorng nk wat kerajaan sdiri.kesian kat dorang nk robohkan tmp penginapan dorang.hahaha

**dieyna try beli ubat semut jenis bkn semburan tgk tp ai dh lupa nm dia.ala bgtau ubat semut la senang =p

Arina Shamsul berkata...

hihi..cerdik2 semut di rumah akak tu ye..keke.

yang tak tahan tu,bab mati syahid tu,sapa yang tak nak mati syahid kak..hahaha.agaknya tu la dorang nak mati je keje..hahahaha.

Cik Nur berkata...

semut kecik2 tu mmg byk...mak nur ada beli satu serbuk ni, nur panggil ubat semut.

cara guna dia, sapu lantai dapur bersih2, lepas tu taburkan sikit2 ubat semut tu di tepi dinding. kira mcm belakang almari. atau tempat tumpuan semut.

nanti, semut tu kita tgk dah xde.

Cik Nur berkata...

ubat semut tu jiran yg syorkan.. bkesan..boleh nk di katakan semua jiran2 nur pakai ubat semut tu...hihih

Chic Na berkata...

aah semut mayat tu mmg busuk. sgt bahaya kalau guna racun aerosol, lg2 kat dapur kan. mknn sume kat situ..

Dieyna berkata...

hari tu dah cuba pakai, tapi semut mayat tak jalan ngan ubat tu.. mungkin jenis lain kot ni.. nanti ar try cr

Dieyna berkata...

betul.. yang tu boleh puji.. tak jemu deme tu bekerja.. tak kira waktu.. semuanya kena kerjasama...

Siti_btp berkata...

Rumah akak pun byk semut terutama semut mayat ni..
Kadang2 termakan juga semut ni..makanan letak dlm microwave pun ada semut.Mata rabun bedal je!.Itulah sebab pelupa.

Semut tak pe lagi jangan ada tikus lagilah geli-geliman di buatnya..

Dieyna berkata...

mcm2 spesis lagi tak tahan tu.. berbulu biji mata tengok

Nurlaili Azman berkata...

ana...cer letak minyak masak kat kaki2 meja..licin nanti tak naik la dia ..tapi jangka masa pendek gak..kering nanti takut dia naik lagi..hua hua hua

9n0L4 berkata...

semut mayat? pantang lepa? hihi. jaa pun geram jugak dgn semut ni. air masak je pun kan. bkn manis. apesal la nak duk situ.

Tanpa Nama berkata...

Semut suka kena telan kot tu yg masuj gak dlm air kosong huhuhu :)

My fb : Shah Shah Ril

Tanpa Nama berkata...

Ada gambar x?

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT