Isnin, 12 Mac 2012

Resepi Si Kecil : Macaroni Sos Spagetti

Salam pagi Isnin semua. Kali ni Dieyna nak share satu resepi menarik untuk Si Kecil anda.. Hannah makan sampai menambah- nambah.. Suka sangat hati sebab budak kecik ni payah skit nak makan, memilih makanan.. Kalau kena dengan seleranya, banyaklah dia makan, kalau tak.. Jenuh paksa baru nak makan. 

Oke tanpa membuang masa, Korang tengok gambar ini dulu.. Kalau nampak sedap boleh try, kalau nampak tak sedap tak payah try.. hehe senang cerita.. tiada paksaan ye.
Baru je masak ni.. Nampak macam Macaroni goreng kan??
Tapi resepi nya lain skit..
Sebenarnya  pasta macaroni memang selalu ada dalam stok makanan kering Dieyna.. Walaupun en Somi tak suka tapi Dieyna dan Hannah suka.. Maka, pasta ni wajib beli setiap kali borong barang dapur.. Kali ni ubah selera skit, asyik buat macaroni goreng je, rasa jemu pulak.. Jadi, Dieyna pun suka- suka hati guna resepi Mi Spaggeti macam Pizza Hut punya tu untuk macaroni ni, hasilnya seperti  yang korang tengok kat gambar atas tu.

Kepada korang yang ada anak kecil berusia lebih daripada setahun, bolehlah dicuba resepi ni ye. Bahan- bahannya ialah
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2 ulas bawang putih dititik
  • daging ayam yang dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 1 biji buah tomato yang bersaiz kecil dipotong dadu
  • Sesudu kecil lada hitam
  • Lobak merah, lobak putih dan kobis putih yang telah siap dipotong.
  • Air
  • Sedikit garam
  • Macaroni yang sudah direbus dan ditoskan airnya.
Cara membuatnya pula ialah
  • Panaskan minyak, masukkan bawang besar mayang dan bawang putih yang dititik. Goreng hingga kekuningan.
  • Masukkan buah tomato dan ayam. Gaul sehingga ayam nampak dah masak skit.
  • Masukkan pula sesudu kecil lada hitam, sos tomato dan sos lada hitam. Kacau sebati masukkan air. Tunggu sehingga kuah mendidih, masukkan sayur- sayuran.
  • Masukkan garam dan tunggu kuah pekat. Boleh masukkan terus macaroni macam yang saya buat ataupun korang boleh tuang je kuah atas macaroni yang sudah direbus.
  • Siap dan boleh dimakan...

Hidangan macaroni sos spagetti Hannah pagi ini
Selamat mencuba yer.. hehe kalau nak cuba laa... Bukan untuk budak kecik je, orang dewasa pun boleh makan...

11 Blogger Bersuara:

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Wahhh...kene cuba nih!:) Same la, my hb pn tak suka macaroni ke spaghetti ke...haihhh...huhuhu

Dieyna berkata...

cuba jangan tak cuba.. bagi si kecik makan hehe

Cik Nur berkata...

sedapnya..nanti nak cubalah..tp untuk mkn sendiri..:)

Arina Shamsul berkata...

assalammualaikum dear :) ini entri khas untuk kamu

http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2012/03/tahniah-untuk-kamu.html

etuza berkata...

Asalam..

Alhamdulillah selesai sda masalah Pesona EWWK. Ringan dan mudah buat ulasan..anak saya jg dah cuba, katanya dah x ada W V tu.
Hanya Allah mampu memberi balasan ..Dieyna anda benar2 muslimah yang baik. Semoga murah rezeki dalam apa saja..kuria dariNya.
Syukran Tq

etuza berkata...

Hebat masak..nampak sedap, pasti nak share ni..
tambahan pula bahan mudah capai ya..terima kasih.

Arina Shamsul berkata...

wohoo..dah pasang header ye dear :) hihi.terima kasih :) rasa dihargai sangat..hihihi.

Dieyna berkata...

thanks arina...

Dieyna berkata...

Cuba laah.. bahan2 boleh diubahsuai ikut selera sendiri.. kalau nak campur daging cincang pun oke

Dieyna berkata...

mestilah pasang. buat apa sorok .. ye tak hehe thanks sangat2

Dieyna berkata...

tak hebat pun.. cuma try and error je.. hehe

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT