Isnin, 12 Mac 2012

Kecewa & Gembira

Dah lama tak buat dua cerita dalam satu entri.. Kali terakhir Dieyna tulis macam ni pada bulan Februari.. Boleh klik sini kalau nak tau cerita apa Dieyna tulis masa tu.. Cerita hangat tau...hehe bukan tipu tau memang hangat..Eh, melalut pulak, oke.. Straight to the point.. Hari ini teringin nak luah dua rasa - rasa kecewa dan gembira..

Rasa Kecewa
Kononnya nak buat kejutan pada en Somi.. Selalunya dia balik keje baru start masak sebab dia selalu pesan macam tu.. Tunggu dia balik dahulu baru masak. Nak tolong sama- sama katanya.. Hari ini, Dieyna terfikir nak masak dulu, tengok dalam peti ais ada ikan masin dan juga sayur terung.. Erm.. Buat masak gulai terung ikan masinlaa.. Mesti en Somi suka ni.. Dah siap masak nasi n gulai, rajin pulak siapkan teh o panas.. Kacau telur dahulu, senang skit bila en somi balik tinggal goreng je.. Lauk untuk Hannah pula, Dieyna buat sup sayur ikan bilis.. Hannah mana boleh makan gulai , kesian perut dia nanti nak makan makanan yang pedas- pedas. 

Oke berbalik pada cerita tadi, Dieyna tengok jam.. kul 12.30 tengahari.. dalam hati terdetik, "Kenapa en Somi tak balik lagi ni, selalunya waktu- waktu macam ni dah sampai rumah dah"..  Takpelah agaknya dia nak tunggu hujan berhenti kot baru nak balik.. Sementara tunggu en Somi balik tu, Dieyna suapkan Hannah makan nasi dulu. Tengok jam semula, aik dah pukul 1.00 petang, tak boleh jadi ni.. Dieyna pun cuba kol en Somi.. dia angkat dah jawab "ABANG TAK BALIKLAH, HUJAN LEBAT SANGAT KAT TEMPAT ABANG NI".. huhu Dieyna jawap " BARU NAK SUPRISE MAKAN TENGAHARI DAH SIAP, ALIH2 TAK BALIK PULAK, HUHU FRUST BETUL" ... Kecewa sungguh.. Gulai terung ikan masin tersadai dalam periuk sebab petangnya adik ipar buat suprise party untuk suaminya... Inilah cerita KECEWA Dieyna hari ni.. huhu

Kesian kat awak ye ikan masin.. Duk lah diam2 kat situ
perut dah longgar skit karang, kitorang makan awak yer :(

Rasa Gembira

Tutup cerita kecewa, sekarang nak kongsi rasa gembira pulak. Kepada korang- korang yang setia mengunjungi blog ni, perasan tak kat atas tu.. tu yang atas sekali tu... ish ish header blog ni laa.. dah berubah kepada header yang lagi comel ala-ala jiwa kartun gitu.. hehe Header ni hasil nukilan Arina pemilik blog Bunga Hati Mama.. Header ni diberi percuma kepada follower yang cepat mengomen entri pasal header percuma.. Harap korang fahamlah yer.. kalau nak lebih faham lagi baca entri ni dan entri ni dan entri ini jugak..


Terima kasih ye Arina sebab buka peluang pada akak untuk dapatkan header yang comel dan pernuh warna- warni ni. Akak suka akak suka akak suka... hehe Untuk pengetahuan Arina lah kan, masa akak baca entri Arina nak bagi header percuma tu, ada lebih dari 20 kali akak visit blog Arina semata- mata nak jadi pengomen pertama untuk entri header percuma.. Alhamdulillah, ada rezeki akak rupanya.. Apa2 pun header comel ni jadi pengubat kekecewaan akak hehe.. Terima kasih daun keladi ye lalink.. Jangan lupa bagilah lagi... kot nak bagi template percuma pulak ker...hehe ::)) Over plak hehe...

Tamatlah dua cerita hari ini..  dah tak kecewa dah .. gembira je yang tinggal.. la la la...

p/s : Selamat hari lahir untuk Birasku aka adik ipar, Mohd Faizal B. Yahya.. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Nya .. Aamiin...


8 Blogger Bersuara:

faiz fakhirin berkata...

kesiannya kt ikan masin...kenapa ikan masin dijadikan sandaran.

Dieyna berkata...

hehe kesian kan kat ikan masin tu.. Takde orang nak makan dia.. :))

Arina Shamsul berkata...

alololo..cian ikan masin tu kak.hihi.takpe,lain kali buat lagi :).entri ni kalau somi kak baca ni,nak menitis kot air mata..hehehe.

wah,terima kasih entri special ni kak,rasa berbunga2 pulak hati saya baca.ihik.rasa sangat2 dihargai..uwaaaa..terima kasih kak. :) rajin2 singah blog saya ye kak.insyaallah pas ni banyak lagi yang akan di offer.hehehe.

template?hihi..insyaallah..:)

terima kasuh kak :) muah2..ahaks

Dieyna berkata...

Insya Allah akan selalu singgah.. jangan risau yer.. hehe sama- sama

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Alahai...baru nk buat surprise,dh tk menjdi yer.takpe2,boleh panaskn kan?gulsi dipanaskn, makin terselah kegulaiannyer, hehehe, pndi je ym menggulaikan bhse yer,hehe

Dieyna berkata...

bahasa diterima dan yang penting difahami.. hehe

Ms Velentine berkata...

alah siannye...tp tahniah sebab dpt header

Dieyna berkata...

hehe sedih + gembira... terima kasih eik..

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT