Rabu, 20 Julai 2016

Kisah "remote"

Bismillahirrahmanirrahim..

Sadis sungguh hari ni.... Memang kira gelak ar bila fikir balik.
Budak- budak zaman skang ni memang tak kenal handphone- handphone jenis lama ni. 
Alkisahnya, handphone Dieyna hantar repair. Kira macam kategori masuk wad lah... Bajet 2 3 hari je tapi sudahnya seminggu gak makan masa. Tapi takpelah sebab ada handphone ganti.Cuma handphone ganti ni kategori handphone dulu-dulu, bukan smartphone macam yang budak- budak zaman skang ni pandai guna.

ni haa handphonenya, comel kan.. hehe

Dieyna memang tak pakai jam. Ntahlah dok sekung rasanya bak kata org ganu. Pakai jam mesti tak lama jam tu arwah.. haha jadi untuk melihat masa Dieyna akan tengok kat handphone.

Selepas duk ajar, sembang- sembang dan loyar buruk skit2 dengan murid-murid dalam kelas, Dieyna amik handphone kononnya nak tgk jam plus nak tutup bunyi bising mesej masuk.

Tiba- tiba, ada sorang murid ni nampak n terus tanya

"Eh, cikgu! mende apa cikgu pegang tu.. Cikgu bowok remote ke???" (lebih kurang gitulah ayatnya dengan slang Terengganu pekat...

Dieyna terus jawab...Remote awak kata.. ni handphonelaaa... zaman2 dulu kalau ada handphone gini kira cam canggih sangat dah....

Diorang mula ar kerumun meja, macam pelik plop tgk handphone canggih Dieyna ni.
Siap ada tanya mcm mana nak pilih huruf sebab kat satu butang tu ada mcm-mcm huruf dan nombor.

Yang paling tajam menikam, apabila murid lain pulak bgtau.. 

" Cikgu, nenek kita pakai Samsung ".. uwa uwa apa maksudnya tu... adakah dia nak kabo, koman spanar nya handphone Dieyna ni... 

Bertabahlah wahai hati ye.....



0 Blogger Bersuara:

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT