Halaman

Selasa, 20 Oktober 2015

Hijablista bersama Fyazara : Koleksi Tudung Terkini

Tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah. Penerapan ajaran agama yang terbaik adalah dengan meningkatkan keinginan muslimah untuk memakai hijab. Anda boleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman sekiranya mengatakan memakai tudung menampakkan ketrampilan anda nampak lebih berusia daripada usia sebenar.

Kini, anda mampu bergaya dan tampak elegan dengan memakai tudung. Di pasaran pula, terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan. Jadi, apa lagi alasan anda untuk tidak bertudung? Rambut adalah mahkota anda, sanggupkah anda menayangkan mahkota anda di pandangan mata umum? 

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga seakan berlumba-lumba untuk muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif. Menarik bukan??



Kalau disebut sahaja nama jenama tudung Fyazara pasti semua orang tahu. Apatah lagi jika ianya ditanya kepada para pencinta fesyen Muslimah tempatan. Fyazara yang merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah semakin dikenali ramai. Jenama ini telah mengorak langkah dengan lebih pantas jauh meninggalkan para pesaing mereka di hadapan. Jelas sekali bahawa Fyazara begitu komited dalam usaha untuk mengukuhkan jenama mereka dalam pasaran fesyen Muslimah tempatan.

Tambahan pula sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat terdapat perubahan yang begitu mendadak namun penuh bermakna dalam industri fesyen tempatan. Fesyen Muslimah terkini telah muncul sebagai antara stail fesyen yang trending dalam kalangan pencinta fesyen. Kemunculan hijabista iaitu golongan fashionista yang lebih gemar akan gaya fesyen Muslimah telah membantu menaikkan imej Muslimah fashion tidak kira sama ada di peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. Ini sekaligus telah menaikkan nilai pakaian Muslimah dalam pasaran.

Terdapat banyak pilihan tudung terkini di Fyazara. Harga?? Jangan risau kerana harga tudung keluaran Fyazara dijamin berpatutan dan mampu dimiliki. Anda pasti terbeliak mata melihat rekaan-rekaan terkini yang ada dalam laman webnya, 


Berita baik untuk anda! Fyazara menawarkan potongan harga sehingga 30% pada masa ini untuk beberapa rekaan tudungnya. Harga tudung yang ditawarkan pula bermula daripada RM29.00 hingga ke RM 89.00. Pendek kata, harga tudung yang dijual selaras dengan harga tudung di pasaran biasa. Cuma lebih berbaloi mendapatkan tudung keluaran Fyazara kerana lebih diyakini dan berkualiti pastinya.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat koleksi Hijab by Fyazara, anda boleh sahaja melayari butik tudung online ZALORA. Mahu tampil lebih bergaya? Mengikut arus fesyen terkini? Jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi tudung Fyazara online hari ini juga!

Catatan Popular