Hari ni mood rajin nak membersihkan laman belakang dapur. Dah macam zoo mini tengoknya. Daun-daun dan pokok- pokok menjalar sana sini. Yang subur merimbun pun ada. Risau je kot ada penghuni berbisa duk dalam tu.
Makanya, hari ni Dieyna mengerah tenaga anak-anak sekali. Diorang jadi tukang cabut pokok-pokok yang tumbuh satu-satu. Sambil main sambil tarik pokok tetapi yang pastinya mainnya lebih. Mata ni terpandang pula pokok limau purut yang subur di penjuru pagar dapur ni. Sebelahnya pula merimbun pokok bunga raya.
Sebut pasal limau purut ni, kami tanam semasa mula-mula masuk rumah ni, Dieyna beli anak pokok limau purut kat Pasar Malam Kerteh dengan harga RM8. Cina yang jual tu pesan, dah besar sikit baru pindahkan atas tanah.
Alhamdulillah, elok baka pokok limau ni. Agak-agak dah remaja pokok tu, kami alihkan atas tanah. Sengaja kami pilih lokasinya dekat penjuru pagar. Senanglah jiran tetangga nak ambil daunnya untuk masak-masak.
Suka rasanya bila tengok pokok ni dah berbuah. Elok kejadian buahnya tu. Nak petik takut muda lagi.
comel kan buahnya.. hehe.
Ini pula pokoknya, segar-segar daunnya. Itupun nampak nak bertunas yang baru dah. Suka suka suka...
Operasi mengemas dan membersihkan laman dapur kali ini diakhiri dengan adegan mandi-mandi oleh tuan puteri solehah berdua tu. Padahal baru je sudah mandi. Layankan saje laa diorang main air . Air yang mengalir tu boleh kasi longkang dapur tu lagi bersih ..
Tengok laman dah bersih.. lega sedikit hati. Takde lah risau sangat nak menjemur kain kat belakang tu. Nak buka pintu dapur luas-luas pun tak risau dah. hehe
3 ulasan:
wah MV suka cium bau limau ni
kat rumah ade jugak.tp x pernah berbuah..susah kot nk berbuah..
waaa jeles..kalau ada rumah sendiri memacam boleh buat kak,kalau menyewa ni payah sikit..huhuhu.
Catat Ulasan