Halaman

Selasa, 2 Jun 2015

Apabila sakit gigi menyerang...

Siapa yang pernah mengalami sakit gigi? Allah je yang tahu betapa stressnya.. nak baring tak kena.. nak makan xlalu.. tapi kalau lapar terpaksalah kena makan juga. Semasa mengunyah bukan main sopan dan santun lagi.. tatkala berlaganya gigi atas dah bawah huhu derita..

Bulan lepas, Dieyna sakit gigi... Gigi tu memang dah bermasalah.. separuh dah lama tercabut cuma tinggal bahagian depan je yang masih bertahan. Silap teknik semasa gigit kepala ikan keli sambal... tulang kepala ikan tu tersondol kat bahagian gigi yang memang dah tunggu masa nak dibuang.. terus bergoyang dan sengal.. sakit oooo...

Selepas fikir panjang, Dieyna pi klinik gigi.. cekalkan diri tu sebab last cabut gigi masa tu darjah 4 .. skang baru nak berjumpa dentist semula untuk cabut gigi..

Ingatkan selepas gigi tu dicabut.. derita hilang huhu malangnya sakit lagi terasa.. dkat klinik tu ada ditampal tips selepas cabut gigi. Sempatlah Dieyna snap.

Kena minum air sejuk atau air berais bagi mempercepatkan proses pembekuan darah pada lubang gusi tu. Elakkan juga daripada menyentuh kawasan gusi tu bagi mengelakkan jangkitan kuman. 

Dieyna tambah satu lagi cara.. makan suplemen VITAMIN C dan juga Garlic bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan melegakan kesakitan. GARLIC tu boleh berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk mengelakkan jangkitan kuman. Alhamdulillah.. sakit selepas gigi dicabut tu berkurangan dan sekarang dah tak rasa apa2 melainkan rongak je di kawasan berkenaan... hahaha

Cerita sakit gigi ni berulang pula kepada suami.. so macam biasa.. Dieyna bagi suplemen yang sama kepadanya.. Dan alhamdulillah serasi juga dengannya. Legakan kesakitan pada gusi yang telah kehilangan tuannya tu...  Gambar di bawah ini boleh menerangkan fungsi kedua-duanya


Kepada yang sedang sakit gigi.. elok2lah dimakan suplemen vitamin C ni.. tak kisah jenama apa tpi kalau Dieyna.. Dieyna akan suggest Vitamin C Shaklee laa.. sebabnya... hahaha Dieyna pengedarnya... 

Sekian kisah sakit gigi kami...

Dayana Bahar
0192481068
Sid shaklee
Pengedar Shaklee Paka, Dungun & Kemaman


5 ulasan:

Abang Karu berkata...

Terbaek tu...aku biasa beli pil sakit gigi tu je huhuuu

Mrs Velentine berkata...

mmg sakit oh..MV tengah alami..hihi tapi x g cabut lagi..

Arina Shamsul berkata...

kemain cepat kaka snap note tu kan? nak juga tengok ronggak tu..cuba snap kak..hahhhaha

------>> larikkkkkk!

Miss Syahbanu berkata...

mmg ngeri bila sakit gigi ni..nak buat apa2 kerja pun susah bila sakit gigi

Unknown berkata...

yup, is pun rajin sakit gigi.... oste baguih jugak untuk kukuhkan gigi kan (^___^)

Catatan Popular