Halaman

Isnin, 5 Januari 2015

3 Cara membantu anak mendapat zat dan vitamin secukupnya

Ibu... tak nak makan sayur ni.. tak sedap..
Ibu.. tak naklaah makan buah ni.. tak sedap
Ibu.. tak nak makan nasi..

Ada tak ibu bapa pembaca blog ni mendengar bebelan si comel  seperti di atas??? Disua nasi, makan dua tiga kali suap dah tak nak. Bagi buah pun tolak tepi.. Sayur?? Lagi laa susah nak telan.. Sebagai ibu bapa, pasti terselit persoalan berikut dalam fikiran

"MACAM MANA ANAK AKU NAK DAPAT ZAT NI"

Nak suruh anak makan ibarat nak pi berperang.. Buat macam- macam tapi anak makan dua tiga suap dah berhenti..

Ada TIGA cara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi menggalakkan anak makan makanan berkhasiat dan seterusnya membantu anak- anak mendapat zat sebaiknya.

Hias makanan anak
Cara ini memerlukan ibu-ibu menambah masa tambahan di dapur.Hiaslah pinggan si comel anda agar mereka teruja nak makan. Sayur- sayuran dipotong cantik dan boleh menggunakan pelbagai alat yang boleh membantu ibu- ibu. Boleh rujuk sini  HIASAN MENU ANAK.

Ubi kentang yang dipotong bentuk bunga.

Anak akan teruja hendak makan almaklumlah makanan terhidang istimewa untuk mereka.

Elakkan makanan ringan

Kawal perasaan dan cuba elakkan diri daripada memberi makan makanan ringan kepada anak- anak. Anak dahlah tak nak makan nasi, sayur atau buah. Kita pula beri mereka makan makanan ringan. Macam mana mereka boleh memperoleh zat dan vitamin dengan pola makanan sebegitu. Jika perlu, elakkan makanan ringan daripada berada di dalam rumah. Gantikan makanan kunyahan mereka dengan makanan berkhasiat seperti biskut, kismis ataupun kerepek tradisional. Kalau si ibu boleh buat kerepek sendiri lagi bagus. Gunakan sahaja pisang atau sengkuang cina sebagai asas membuat kerepek. Ianya lebih berkhasiat berbanding makanan ringan instant.

sumber : encik Google

Mendapatkan makanan tambahan

Suplemen sangat penting untuk anak jika mereka seorang yang sukar makan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memastikan anak mendapat vitamin dan zat secukupnya. Terdapat banyak pilihan suplemen yang berada di pasaran. Tugas kita memilih suplemen terbaik untuk mereka. Supelemen yang boleh Dieyna cadangkan kepada pembaca blog ini ialah VITALEA FOR CHILDREN. Multivitamin yang memang sangat2 berguna untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.


Korang boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai vitamin ini di SINI....

Sebagai ibu bapa, kita memang inginkan yang terbaik untuk anak- anak kan... Bantu mereka mendapat zat secukupnya, mereka sihat korang pasti bahagia.


DAYANA BAHAR
932071
019-2481068
Shaklee Paka-Kemaman

Tiada ulasan:

Catatan Popular