Halaman

Sabtu, 18 Oktober 2014

Cara menghilangkan ruam lampin anak

Masalah ruam lampin anak seringkali berlaku . Betul tak?? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Cara lama yakni petua- petua ataupun cara moden yakni menggunakan krim- krim yang berada di pasaran.


Dieyna terfikir nak kongsi cerita berkenaan ruam lampin ini disebabkan Arissa mengalami masalah ruam lampin. Silapnya datang bagi pihak diri sendiri lah sebab membiarkan lampin tidak ditukar dalam masa yang lama. huhu yang paling sadis lagi, Arissa membuang air besar. Hidung sendiri tak dapat kesan anak membuang sejak bila. Maka, masalah bermula.

Kawasan sulitnya merah- merah dan dia menangis tatkala nak membasuhnya. Menangis tahap terangkat- angkat kakinya. Ya, dia pedih sebenarnya. Tapi nak tak nak kena cuci jugak najisnya kalau tak lagi laaa melarat. Maaflah sebab tiada gambar untuk dijadikan bukti. Kawasan sulit anak perempuan takkan kutayangkan kepada umum walaupun mereka masih baby.

Kat rumah ni memang tiada ECONOZINE ( betul tak ejaan tu eik) atau krim-krim lain. Yang ada hanya ini... HERBAL BLEND 
HERBAL BLEND
Apa yang Dieyna buat?? Dieyna sapukan krim ni pada bahagian yang terkena ruam lampin tu. Krim ni agak berangin. Kemudian Dieyna taburkan bedak Merah. Bedak tu Dieyna ambil di klinik. Selepas dua tiga kali sapu krim ni, Arissa nampak selesa dan tak menangis keesokkan paginya. Alhamdulillah serasi.

Dieyna suka krim ni sebab krim ni menggunakan bahan semulajadi. In Shaa Allah tanpa bahan kimia yang tersembunyi. Krim ini dirumus khas daripada ekstrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut , yarrow dan rosemary. Selain melegakan ruam lampinm krim ini telah diuji secara klinikal untuk merawat kulit tangan, siku dan lutut yang kasar.

Selain daripada menggunakan krim, ruam lampin juga boleh diatasi dengan petua-petua lama. Orang zaman- zaman dahulu mana ada krim- krim moden ni kan?? Antara petua yang Dieyna jumpa ialah

  1. Mengggunakan tepung ubi kayu sebagai pengganti bedak. Tabur di kawasan yang kemerahan tu. Sekiranya kulit bayi anda serasi dengan cara ini, dalam dua tiga hari hasilnya akan kelihatan.
  2. Menggunakan biji manjakani yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian ruam lampin pada setiap malam. In Shaa Allah, berhasil.
Korang boleh juga terjah di laman web BABYCENTRE ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MASALAH RUAM LAMPIN anak anda.

Nak dapatkan KRIM HERBAL BLEND ini??? 

Jangan risau, korang boleh hubungi saya untuk mendapatkannya selagi stok masih ada.


Hubungi saya di talian 0192481068 atau 
terus je tinggalkan jejak anda di sini..
atau pm sy di FB

fanpage : DHANNAH SHOPPE
PERSONAL : DAYANA BAHAR

Salam sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor

COD : Paka, Kemaman dan Dungun
POS : Seluruh Malaysia




3 ulasan:

Etuza berkata...

asalam dayana..lama tak sembang dan bertegur sapa ya..Etuza wujudkan blog baru Pesona dah tak boleh di tadbir..ada kesilap[an hari tu//dah follow dan dah lingkan blog ta

Etuza berkata...

asalam dayana, datang selalu ke blog Etuza ya...

Unknown berkata...

Herbal blend shaklee ni memang bagus. Saya dah jatuh cinta dengannya. Hehe

Jempuy blogwalking www.bondasihat.com

Catatan Popular