Halaman

Sabtu, 12 Julai 2014

Hot story : Shaklee Penyumbang Dana Israel????

Malam ni tergerak nak menulis isu hangat ni.. Shaklee penyumbang dana kepada Israel??? Aduss, ramainya pengguna Shaklee sekarang ni kan? Masing- masing dah bimbang dah dengan isu ni.. Benarkah??

Saya cuba perjelaskan isu sebaik mungkin.. Isu ini bermula apabila logo Shaklee terpampang dalam laman web Keneseth Israel..


Nampak tak logo tu? Terletak elok je kat bahagian Sponsor KI. Dah terbukti depan mata lah kan kiranya. Saya klik dan lihat link yang disambungkan kepada logo ini.
http://kic.myshaklee.com/us/en/welcome.html#
kic ni bukan laman web rasmi SHAKLEE. Laman web rasmi Shaklee us ialah
www.shaklee.com dan korang boleh bandingkan.


Sebagai pengedar Shaklee, anda berhak menyalurkan bonus anda kepada mana- mana badan kebajikan atau parti sekalipun. Begitu juga SID di luar negara sana, mereka berhak menggunakan wang mereka untuk menyumbang. Bukannya bermakna SHaklee turut menyumbang kepada ISRAEL. Berdasarkan web yang saya buka tadi, jelas ianya milik agen bebas SHAKLEE. Buktinya?? Nampak tak logo yang saya bulatkan di atas tu. Shaklee telah menetapkan syarat setiap agennya perlu menggunakan logo ini. Nampaknya distributor ini telah menggunakan bonus SHAKLEE untuk beramal kepada ISRAEL.


Itu kerja amal yang mereka lakukan untuk badan pilihan mereka. Jadi , apa pula kerja amal kita??? 

Jangan kita terlalu obses memboikot membuta tuli. Selidik dan fahami betul. Telah pun disenaraikan beberapa jenama terkenal yang jelas nyata menjadi penyumbang dana terbesar ISRAEL. 

Nak lebih terperinci lagi pasal isu boikot ni , korang boleh singgah ke laman web 
http://www.inminds.com/boycott-israel.html. Setiap satu produk yang diboikot dijelaskan satu persatu. Korang boleh buat penilaian sendiri selepas ini. Tak perlu nak boikot semua kompeni USA kerana bukan semua menyumbang kepada kekejaman ZIONIS tu.

Oleh itu, ekoran kekejaman yang dilakukan oleh zionis terhadap umat Islam di Gaza Palestin, Yaysan Amal Malaysia dengan ini melancarkan kutipan derma untuk saudara seakidah kita disana yang kini menderita di serang oleh zionis yang menggila. 

Kepada anda yang prihatin terhadap nasib saudara kita disana, anda boleh menyumbang dengan menyalurkan sumbangan anda terus melalui akaun Bank Islam 130530-1000-6474 Tabung Palestin Amal Malaysia
 


sekian, terima kasih.\




4 ulasan:

aRz MoHa berkata...

Masa mula baca tu rasa terkejut juga.
Bila dah baca abih baru faham. Semoga semua agen Shaklee Malaysia menggunakan bonus untuk jalan yang baik

dieyna berkata...

In shaa Allah... kita pilih yang terbaik....

norazua10 berkata...

Good info ni, mohon share kan sis

www.norazua10.blogspot.com

Nurul Says berkata...

huhu..

Catatan Popular