Halaman

Sabtu, 3 Ogos 2013

Resepi Puding Buih

Hehe.. dah nak penghujung puasa baru nak bagi resepi ni yer.. Jangan marah ye kengkawan.. mood berblog ni macam air laut.. ada pasang surutnya.. time tengah pasang.. sibuk nak buat entri promosi SHAKLEE.. hehe 

Tanpa membuang masa.. ini lah resepi PUDING BUIH yang sepupu n Dieyna buat untuk POT LUCK..


BAHAN-BAHAN
PUDING
7 biji telur B

30gm agar-agar
3sb gula 
6 cawan air

CARA MEMBUATNYA
1. 7 biji telur tu dipecahkan dan dimasukkan dalam mangkuk. Asingkan sebiji telur kuning untuk kuahnya.
2. Putar sehingga kembang.
3. Pada masa yang sama, rebus agar-agar, gula dan air dalam periuk sehingga airnya nampak sedikt surut.
4. Apabila adunan telur tadi dah cukup kembang, tuangkan air agar-agar tadi dan putar sehingga sebati dan rasa suam.
5. Tuang dalam loyang dan masukkan di dalam peti sejuk.
6. 

BAHAN- BAHAN
KUAHNYA
4 sb tepung kastard
Secukup rasa
1 sk esen vanilla
1liter susu segar
1 biji kuning telur yang diasingkan tadi
Fruit cocktail
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu, gula, air buah cocktail, kastard, esen vanilla, sedikit garam dan kuning telur dalam periuk. Masak sehingga gula hancur dan sentiasa kacau supaya tidak mendidih. Tutup api.

Cara nak makan.. senang je.. puding yang disejukkan di dalam peti sejuk tu bolehlah dipotong kecil. Tuang kuah dan masukkan ais ketul. Jangan lupa tambah buah -buahan cocktail. Siap dihidang dan bolh dimakan.

Selamat mencuba ye

9 ulasan:

Miss N™ berkata...

pic kat atas tu yg dah siap eh kak..?

xpernah buat lagi..mkn lagilah tak pernah...hehehe

Liyana Anuar berkata...

tgk mcm senang..huhu~

Unknown berkata...

emm so yummy.. thanks sudi berkongsi resepi kak.. ;)

Cik Ai berkata...

nama pes time dgr ni kak.sblm ni x pnh lagi.rs mcm mn ek..yg pastinya manis2 sejuk la kot kan..nti rajin nk try buat la

Solehah Shamsuddin berkata...

seriusly solehah ske cocktail sbb ia buahkan.tp klu wt puding cmni,lagilah sedapkan :)

9n0L4 berkata...

mesti sedap. nnt jaa dtg rumah lenkali, buat la kak. hahaha.

9n0L4 berkata...

takdok pun menu ni mase beraye ritu. huhuhu.

RIZZNA berkata...

puding buih?? okeyy takde jagung, CiM boleh ngecek

Si Matatajam berkata...

Mkn sejuk2 mesti lg sedap kan akak..

Catatan Popular