Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

Percutian yang sangat bermakna... PART I

Dieyna nak skip sebentar entri pasal TRIP KE LANGKAWI... bukannya apa.. sebab Dieyna nak share cerita yang lebih berharga sepanjang trip tersebut.... 

Kepada rakan yang dah mengikuti entri TRIP tu, pasti tahu bahawa Dieyna ke Langkawi pada 13hb Disember... 14 Disember barulah kaki ini benar- benar menjejakkan tanah Langkawi.. Sebelum pergi, Dieyna contact dua orang blogger, seorang ahli GSF dan seorang lagi rakan yang sering singgah ke blog Dieyna... 

15 Disember 2012

Dieyna dapat jemputan ke rumahnya... Malangnya Dieyna tak dapat pergi sebab ahli keluarga yang terlalu ramai.. Tak sesuai nak berkunjung... Petang tu, dia wasap Dieyna nak datang ke homestay yang Dieyna inap... Dalam hujan renyai.. Dia sampai bersama ahli keluarganya...Dia juga membawa buah tangan untuk Dieyna sekeluarga... Segan pulak rasanya .. Dalam segan- segan sekelip mata hidangannya abis... sejurus kepulangannya hehe...

Terima kasih untuk hidangan lazat ni... 
Kami pula kebetulan goreng cekodok pisang, dapatlah dihidangkan kepada tetamu istimewa ni....
Sama pula tema baju kami kan??? hehe Terima kasih M @ KYN YANIE pemilik blog
MAI NAK CERITA
M datang bersama ibu , suaminya dan KHalish... Malangnya Khalish enggan masuk dalam rumah... Tak dapatlah mempertemukan Hannah dengan Khalish.. Terima kasih M, fridge Magnet pemberian M dah selamat melekat di peti sejuk rumah Dieyna.. Segan lakk tak bagi apa- apa pada M... huhu 
Nampak tak tu... Langkawi GEOPARK... M bagi tau...
M pun ada kongsikan ceritakan kisah pertemuan kami dalam blognya... Lagi banyak gambar diletakkannya... Terjah lah ye... JUMPA JUGA AKHIRNYA..

Hari yang sama tetapi sebelah malam, Dieyna dating pula dengan blogger NISAH IDHAM... Asalnya dia berminat nak beli TEPUNG MAJIK dan kami pakat nak dating di Cable Car.. Namun disebabkan kekangan masa, Dating kami ditunda ke sebelah malam... Bersaksikan kedai Bebas cukai,, kami berdating.. Nisah sangat ramah dan kami beriringan menuju ke kedai HJ ISMAIL... Nisah menemani Dieyna memborong coklat.. Bersembang dengan Nisah macam kami dah kenal lama... Seronok sangat.... Nisah pun ada cerita tentang pertemuan kami dalam blognya.... PUNCA PERTEMUAN KAMI dan KISAH PERTEMUAN KAMI... Terjahlah blognya pula ye....
Pertemuan pertama kami.. dia berbaju hitam Dieyna pun sama.. Hehe
(Sama kes dengan M- ikut warna tema
Jodoh perhubungan berkekalan .. tak gitu ke M dan Nisah)

Pertemuan kami tidak berakhir pada malam itu sahaja, Dieyna mempelawanya menyertai kami ke MAKAM MAHSURI.. Dieyna juga turut mengajak M menyertai kami malangnya M tak dapat hadir... huhu Takpelaa M .. nanti kita dating lagi ye.... Maka, sewaktu melawat makam Mahsuri lagi sakanlah kami bergambar... hehe puas hati....
Hannah tengok arah lain pula.. hehe Dalam rumah Mahsuri
Seronok sangat2.. banyak yang kami ceritakan... Malamnya Kami sekeluarga nak ajak NIsah makan malam bersama.. Malangnya.. bateri hp Dieyna king kong (pinjam kata2 Deqla) hehe ... Tak dapat contact Nisah.. Ralat sangat2... Esoknya Nisah janji nak jumpa kitorang kat Jeti.. Malangnya turut tidak kesampaian kerana ada kematian dalam kejiranan Nisah.. hanya sms pengganti diri... 

M dan Nisah.. korang memang best.. Layan tetamu dari jauh ni SUPERB... Panjang umor kita kan berjumpa lagi.. Dieyna nak pi Langkawi lagi.. Bila?? Belum pasti ,, Insya Allah.. Pasti kaki ni menjejakkan bumi Langkawi lagi....

p/s : Next entry... PART II... jumpa blogger lagi... Sayang korang ketat2....





26 ulasan:

Miss N™ berkata...

wahhh..selain ahli GSF ade lagi blogger yg akak jumpa..
patutlah bermakna pcutian ni...

tapi silap lalu perak tgh malam..
kalau tak boleh jumpa nur...

Nurul Says berkata...

bestnya!! ;)

Cik Ai berkata...

hehehehe
percutian yg hebat..yg awesome lah kak Dieyna..tp kak M masak mmg sedap kan :)

Chic Na berkata...

bestnya jumpa 2 blogger lagi. betul la muka k.dieyna mcm muka kwn deqla. huhu..

sal berkata...

happy holiday..
fmly ajak ke langkawi, tpi tak tau lagi bila ke sana..

Unknown berkata...

happy :)

Tanpa Nama berkata...

Seronok dapat berjumpa di alam nyata pulak selepas menjalin silatulrahim di alam maya.

Semoga persahabatan erat sentiasa

Unknown berkata...

seronok yer akak dpt jmpe ramai blogger.. hihi.. M la org pertama kan.. :)

Unknown berkata...

wah bagus juga jumpa blogger sesama wanita, mujurlah pemilik blog Pesona male...kalau nak berjumpa tu kena bawa mama sekali dengn anak2. Etuza ada jumpa family MV di Ranau..seronok. Etuza yang bayak cakap...orang dah berumur macam tulah..kepoh2 juga pesona blog ni kan...tahniah ya cikgu

Cho Zila berkata...

ramai rakan kita orang langkawi yerk.. memang seronok berjumpa dari alam maya ke alam realiti..

dya nasir berkata...

bestnya lah dpt jumpa kak M..hihih

are_lin@yu berkata...

wahh mmg ramah org2 lagkawi ni kan..hihi..bezlah kak dieyna bercuti dpt jmpa ramai blogger..hihi

lelamaisara berkata...

wah ramai akak jumpe rakan blogger ...seronoknye...

deq's qienz berkata...

syiokkkk la kan percutian y sgt bmakna dapat jumpa kawan² alam maya :)

mummyrinazone beauty berkata...

ramainyerlah hai yang jupe akk..nurul entah bila lagi tah..huhu

Mrs Velentine berkata...

wah bestnya..ni baru part pertama..

aku HaniAsyira berkata...

seronok jumpa blogger ramai2 kan kak.

Nisah Idham berkata...

thanks Ana,
nanti datang Langkawi inform kami ye (^_~)

LYAfrina berkata...

bestnyer... dah M.. kt y dkt ni pon xjumpa2 kan..

lya yakin..lya mmg pnh jumpa akak....

9n0L4 berkata...

kite bile lagi nak jumpe kak. huhu. kene order tepung magik ni. haha.

kinara kinatara berkata...

bestkan jadi blogger..kemana2 aje pasti ade kawan:)

Kekzamanis berkata...

Tak pernah lagi jumpa rakan2 blogger.. In Shaa Allah, satu hari ada rezeki pasti ketemu.. =)

kinara kinatara berkata...

lupe pulak..kak inner hitam dah habis warna yang ade akak boleh tengok kat page nie..xp banyak yang strikinglah..huhu:)

http://www.facebook.com/murahtudung

Si Matatajam berkata...

Sesama Kak Dieyna sb hidangkan cekodok sodap tu...masa otw balik umah my Mak siap puji2 sedap katannya...nanti Kalau nk mai lagi, habaq na...

Nora Karim berkata...

wah... ramai juga blogger belah langkawi tu... seronok la jumpa depa...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Terbaekkkk la percutian akak..mmg bermakna sgt2...dr maya ke realiti kan

Catatan Popular