Cuti sekolah memberikan banyak ruang dan masa Dieyna bersama Hannah.. Peluang yang ada Insya Allah Dieyna akan gunakan sebaiknya untuk merangsang perkembangan otak Hannah... Aktiviti "Homeschooling" sememangnya menjadi pilihan para ibu bapa moden ... Kita perlu ingat pembelajaran pertama anak kita bermula dari rumah..
Perkataan Homeschooling itu sendiri sudah mampu memberi makna kepada kita.. School @ Sekolah.. Maknanya apa.??? Tempat belajar kan , tempat kita mengenal huruf, nombor.. bersosial dan sebagainya.. Homeschooling pula.. mestilah membawa maksud sistem pembelajaran yang dijalankan di rumah..
Pendapat peribadi Dieyna lah... situasi yang kita lakukan seharian sudah mampu memberikan pembelajaran kepada anak kita.. Cuma mulut kita kena rajin bercerita dan menerangkan sebab dan akibat kepada anak kita.. Biarlah diorang tak mampu nak komen balas kata- kata kita yang penting kita tahu dia faham... Jika anak kita mampu buat apa yang kita arahkan bermakna itu petanda yang cukup baik untuk perkembangannya...
Homeschooling tak bermakna anak kita kena duduk selama 8 jam untuk aktiviti menulis, membaca dan mengira.. bukan masanya lagi.. Kalau kat sekolah memanglah macam tu.. tetapi homeschooling di rumah lebih memberi makna dalam bersosial dan pastinya anak kita lebih matang dalam berfikir..
"Misalnya.. Situasi di dapur.. Kita hendak memasak.. Pastikan anak kita turut serta.. Bukannya suruh dia memasak sama.. Mungkin ada tugas- tugas ringan yang boleh kita minta anak kita lakukan.. Dieyna berikan contoh pengalaman Dieyna sendiri ye.. Tiap kali Dieyna ambil periuk nak masak nasi.. Mesti Hannah akan sibuk sama nak pegang periuk tu.. Sudahnya, Dieyna memang serahkan tugas kepadanya untuk masukkan beras dalam periuk nasi tu.. Dia pun dah macam faham dengan tugasnya... Yang penting, sewaktu sesi mengambil dan menuang beras itu, kita kena pantau.. Jangan biar terus.. Nanti tak pasal dengan dia- dia duk dalam tong beras tu.. hehe Sekurang- kurangnya, Hannah dah tahu mengimbangi mata dan tangannya untuk mengambil dan menuang beras ke dalam periuk... Secara tak langsung, dia dah dapat ilmu tentang beras, periuk, cara mengambil dan menuang serta fungsi setiap benda yang digunakan di dapur.." Ada beberapa aktiviti lain yang Dieyna buat bersama Hannah.. Menyimpan sayur-sayuran atau bekas makanan di dalam peti.. Mengangkat pinggan yang telah digunakan (Pastikan pinggan plastik ye) dan meletakkannya di dalam sink... Semuanya dikira ilmu untuknya...
Jika membeli barang keperluan di pasaraya juga, seeloknya kita bawa anak kita bersama.. terangkan barang- barang yang kita ambil. gula, gandum.. garam.. atau mana- mana barang dapur yang lain.. Minta anak kita bantu kita mengambil barang- barang tersebut dan memasukannya ke dalam troli.. Biasalah budak kecil bila masuk pasaraya, ligat semacam.. hehe dengan menyerahkan tugas sebegitu kepadanya, keligatannya agak terkawal.. Kiranya ini boleh jadi tips mengawal anak di pasaraya juga lah.. hehe
Panjang pulak entri Dieyna hari ni.. Takpe ye.. korang baca Insya Allah ada ilmu untuk korang walaupun sedikit.. Apa yang Dieyna tulis di atas berdasarkan pendapat dan pengalaman Dieyna sendiri.. Mungkin terselit kekurangan di mana- mana... Mana yang elok jadikanlah panduan ye...
Terima email dari Babycenter.. Hannah dah 27 bulan hari ini...
How your toddler's growing
Your child is more in control of his movements these days. Now he can hold small objects and play with them easily and he can stack and knock over towers of bricks. He can also concentrate for longer periods of time. Sometimes he'll become so absorbed in his stacking and sorting that he'll resent your interruptions. You can make transitions easier by warning him in advance, as in "You can play with the bricks for five more minutes but then it's dinner time." It's best to give him a few warnings before you insist that he finishes his play.
21 ulasan:
bestnye kak cuti skolah akk pun cuti...bgs cara akak tu...sebnrnya ianya bermula di rumah jugak...besor ikan mmg sma besar ngan hannah.. haha..
pandainya dia mewarna....wah besarnya ikan..MV pun excited
haha eksyen je dia pegang pensel warna tu.. ibunya yang kaler lebih2.. hehe
bagus mengajar ank2 dekat umah... kita ibu2 mmg patut luangkan ms ajar anak2 kan. :-)
bila kita bebas biarkan budak2 buat apa saja, itulah yg akan mgasah minda diorgkan.. :)
ikan tu, mmg beso lah kak..!
Bagus cara Kak Dieyna tu..Khalish pun selesa Home School ..cuma next year M nak biasakan dia ngan suasana persekolahan ngan kengkawan
ikan tu mmg dh sama besar dgn anak akak..haha
pandainye hanna mewarna..kalu alesya habis satu bulku dikalernye...dengan kulit buku sekali kena kaler..heee
bagus tips2 akak ni. boleh guna utk masa depan. huhu..
besornya ikan.
tahniah, masih teruskan P&P di rumah, apapun terkejut pula ikan besarnya..
mak oiiiiii kak, besor nye ikan. mari dari mane tu? hehe.
tak dan nak baca tenampak ikan tu...besooonyaa...
akak memang suka benda2 gini tapi tak terapply... tapi tuler buatler juga ikut acuan kita sendiri..
thanks singgah blog akak...
proses pembelajaran sentiasa berlaku setiap detik dan sentiasa ada di sekeliling anak2..harus di tapis mana baik mana buruk..
betul3..even ain tak kawen lagi..tp ain salu praktikal utk adik adik ain..belajar sikit2...sesuai dgn tumbesaran dorang...
mak aiii besornya ikan dh sama besar dgn hannah hikss
thnk u for sharing dear
tq sharing kak.good infor for me
pandainya dia kaler .. ^^ salam kenal
good girl hannah...:) mak aih..beso nya ikan..
mak aii. besaunya ikan..
done ikea..white.my for hannah ;D
Catat Ulasan