Halaman

Jumaat, 22 Jun 2012

Review Samsung Smart Camera DV300F

Korang sedang mencari-cari kamera digital? Ada berita baik untuk korang.. Samsung telah memperkenalkan kamera kompak yang lebih mesra perkongsian…Jenama samsung kini sedang menongkah populariti.. Di mana- mana sahaja malahan sesiapa sahaja mengenali SAMSUNG…Gajetnya lebih mesra pengguna dan yang penting mampu dimiliki…

Kamera Samsung Smart DV300F memberikan kepuasan baru kepada anda. Dengan hanya satu klik, gambar terakam.

Selalunya kita perlu menggunakan kabel ataupun pembaca kad memori untuk mengalihkan gambar ke PC ataupun LAPTOP kita. Dengan menggunakan Kamera Samsung Smart anda tidak memerlukan semua itu. Ini kerana, kamera canggih ini telah dibina bersama keupayaan WIFI.. Hebatkan?? Ini bermakna, anda boleh terus memuatnaik gambar yang dirakam terus ke Facebook ™, Picasa ™, Photobucket ™.

Selain itu, anda akan rasa lebih seronok menguruskan gambar yang dirakam kerana kamera ini dilengkapi ciri AutoFun seperti  Foto Motion, Gambar Dalam Gambar dan Shot Split. Anda juga boleh mengedit gambar potret yang dirakam menggunakan program Funny Face seperti ini

Pasti seronok bukan.? Selain itu, kamera ini juga dibekalkan dengan Frame Magic. Pusingkan potret ke dalam filem lama, atau letakkan wajah seorang kawan pada papan iklan. Frame Magic datang dengan 12 template latar belakang seperti Wall Art, Full Moon, Majalah dan Holiday yang membiarkan anda mudah membuat poster-kualiti seni yang sempurna untuk dikongsi…

Kamera ini mempunyai reka bentuk klasik tetapi dengan sentuhan moden. Dengan reka bentuk moden dwi skrin LCD, LCD depan kemas tersembunyi meninggalkan banyak ruang untuk gaya. .Dengan badan ramping, sempurna dan reka bentuk bulat, kamera ini pasti lebih mudah dipegang…

Ciri- ciri lain kamera ini adalah seperti berikut :

Spesifikasi fizikal

Dimensi
Dimensi (WxHxD)
95,2 x 56,5 x 18,3 (20.0) mm

Berat
120g (tanpa bateri dan memori kad media)

Suhu Operasi
0 ~ 40 ° C

Kelembapan Operasi
5 ~ 85%

Nak tengok ciri- ciri lain.. Anda boleh KLIK SINI….Pasti keterujaan anda lebih meningkat.. hehe

Sebelum terlupa, anda pasti nak tahu harga kamera smart ni kan??? Jangan terkejut ye kawan- kawan kerana harganya hanya RM699… Boleh sangat kalau korang nak beli yer….

35 ulasan:

mummyrinazone beauty berkata...

menarik nnt kalau kamera dah rosak baru beli..hehe nurul kalau ada yang lama guna dulu..siblah tak gila gadget sangat

Unknown berkata...

harganya berpatutan sis..siap dpt edit lg...

are_lin@yu berkata...

memamg cantiklah bila tangkap gambar..teringin lak nak ada satu..hehe

Unknown berkata...

murah jugak tuh... ni yg buat lg tergoda nk..kena bodek hubby lebih la nmpknye ni..hahaha... :p

Unknown berkata...

pssttt.. kak, camne eh nk masokkan recent post blogger lain dlm blog kite? mcm yg akak buat utk blog tentang kita tu? deqla penah buat dulu tp dah lama x ingt pulak..haihh

~Cik Sweety~ berkata...

wahh..baru2 ne sweety dh bli kamera..xde pla kamera ne d tayangkan..huhu..rugi rugiii.. padahal harga ttp sama..

amirah berkata...

menariknya..harga pun sgtla ok

lelamaisara berkata...

wah...best tu kamera tu...
teringin jugak nak beli ni...

Miss N™ berkata...

perghh...canggih betul camera ni..!
boleh edit tuu..!

Cik Ai berkata...

Ermm
nmpk cam menarik..
apa kata k.dieyna beli pastu bg la ai pnjam jap,bleh ai bw g korea..hehehe

Reena Sidek berkata...

menarik.... tergoda dgn kecanggihan kemera ni.... :)

Arina Shamsul berkata...

cara kak buat iklan ni,terus saya tergoda..haha.
tapi fikir punya fikir tak jadi la,sbb saya dah ada camera la hehe.

Deq's Qienz berkata...

wahhh cm besttt arr..leh la nk servey.coz sy pon sdg mcari kmre..hihii

Siti_btp berkata...

Wah!! buat iklan dah..Mesti pulus masuk ni..
Nak raya ni..Bestnya jadi blogger terkenal.
Mcm Ben Ashaari mcm2 iklan ada..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

menarik ni kak....tp wani dh ada camera hihihi

Unknown berkata...

suka kamera, impian saya nak beli kamera yang besar entah bila nak capai..hehe..

dya nasir berkata...

geram je dya tgk entry akak ni..nasib baik dya baru beli camera..kalau tak mmg dya dh beli dah..hihihi

Si Matatajam berkata...

Bleh dipertimbangkan...M pun pun mmg nak cari kamera ni...

9n0L4 berkata...

tak pernah pulak tgk kameera samsung. ;)

dieyna berkata...

Saje je promot... bgi org terliur skit...

dieyna berkata...

itulah pasal.. mujur dah ada kamera.. kalau tak usaha juga ni.. hehe

dieyna berkata...

kalau beli.. jangan lupa buat entri .. hehe nak tahu gak

dieyna berkata...

bodek jangan tak bodek hehe

dieyna berkata...

kat fb ye lalink.. hehe

dieyna berkata...

nak kena beli baru ke?? hehe

dieyna berkata...

tergoda gak ni ... tapi dah ada kamera nikon... :))

dieyna berkata...

beli ar lela... menarik ni hehe

dieyna berkata...

itulaa.. bukan setakat boleh edit tapi siap boleh wlan... hehe boleh anto gmbo terus ke fb

dieyna berkata...

apa kata bawak akak sekali pi korea.. bukan bawa kamera je.. hehe

dieyna berkata...

tergoda memang tergoda tapi huhu... dah ada kamera len... takleh membazir

dieyna berkata...

iklan berbayar.. hehe

dieyna berkata...

jangan lupa promot kalu kamera ni jd pilihan

dieyna berkata...

pandai akak teka... fightt untuk iklan sponsored nuffnang

dieyna berkata...

pahni boleh tengok...

seindah sakura berkata...

saya teringin nak beli, kat mana ya? dah tanya di Kota Bharu (KB Mall) tp belum ada> Di kuantan or Kuala Trg kat mana boleh dpt?

Catatan Popular