Sebelum ni Dieyna dah pernah keluarkan entri MARI BERAMAL yang pertama. Kalau nak tahu, boleh klik perkataan kat atas ye. Kali ni Dieyna keluarkan lagi entri Mari Beramal untuk adik
AHMAD DHANI ARYAN A.K.A YAYAN
Korang boleh klik namanya di atas untuk mengetahui kisah hidup adik Yayan ni.. Ibunya rakan blogger Dieyna.. Tak pernah kenal pun walaupun sebenarnya kami duk berjiran daerah, Dieyna di Paka, Dungun dan dia di Kerteh, Kemaman. Hakikatnya, jarak kami tu tak sampai pun 15 minit perjalanan. Kami berkenalan di dunia maya ni tetapi ianya tidak membataskan kita dalam menghulurkan pertolongan … betul tak???
Sedikit sedutan kisah Yayan, Dieyna ambil dari blog ibunya.. Baca laa….Andai kita di tempatnya.. Mampukah????
Congenital Heart Disease nih sebenarnya ialah kondisi di mana terdapat masalah pada struktur dan juga fungsi Jantung ketika bayi dilahirkan. Mungkin juga masalah pada injap atau jantung berlubang dan sebagainya.
My son, Yayan disahkan menghidap Penyakit Jantung ni sejurus selepas 2 jam dia dilahirkan. Seluruh kaki & tangan Yayan kelihatan sangat2 biru menunjukkan kekurangan oksigen dalam badan. Percentage oksigen dlm badan Yayan pada masa tuh hanya 45-55% sahaja, sedangkan bayi normal mencecah 99%.
Ikuti sambungan kisahnya di SINI
Sekarang ini YayansMum masih memerlukan bantuan untuk mengumpul dana bagi menjalankan pembedahan Yayan yang terakhir. Bukan wang ringgit yang diminta namun cukuplah kiranya korang hadir ke blognya. Ini ucapan terbaru YM memandangkan dia bimbang nuffnang anggap dia melakukan aktiviti fraud klik dan mungkin nanti lesen iklannya di tarik balik maka YM meminta korang
YM rasa, cara terbaik ialah sudilah kiranya menjadi pengunjung tetap di blog YM ini, menjadi sahabat YM yang sudi komen entry YM dan mengajak yang lain untuk menjadi followers blog YM yg tak seberapa nih dengan berkongsi cerita Yayan pada mereka. Tu je.Itu pun dah cukup besar utk YM.Besar sangat!
Faham- faham sendirilah bila dah sampai kat sana ye...
P/s : Group Segar Follower meh kita tambah rakan lagi... hehe bersahabat sambil beramal....
29 ulasan:
Semua kat Terengganu rupanya....
baik kak~~
misi akan dijalankan sekejap lagi~
mari sama2 membantu...mudah2an bantuan kita ni dpt meringankan beban ibu kpd ank comel ni..sdp sungguh nama yg diberinya...
moga yayan dpt mengikuti pembedahan spt yg dijadualkan..mama yayan mmg sporting..
insyaAllah...kesiannya dengan yayan..insan kecil yg terpaksa menanggung sakit camni. sedih. moga dia cepat sembuh
thanks info ni.akak pun baru tau.
sedihnya....akan cuba bantu
kesianyer...kecil lagi...sekarang juga wani pergi blog dia :)
Salam Ana.
Thanks kerana perihatin pada Yayan. :)
Nur selalu jenguk blog YayanMums ni...YM baik..! senang bersahabat dengan dia...
dan suke tgk pekembangan yayan yg makin aktif..! kadang2 tergelak sorg2 nur di buatnya..hihihihi
Moga YM dan YD terus jadi ibu tabah dan yayan mbesar dengan sihatnya..! Amin..!
sedihnya akak..begitu besar dugaan Allah beri pada YM..aduss menitik² air mata saya..
mmg kesian. hanya boleh tolong setakat yg mampu aje. :)
saya perpanjangkan post akak :)
http://mamaqhayra.blogspot.com/2012/06/perpanjangkan-cerita-dieyna.html
Insyaallah...
lama da x terjah blog YM nih...
huhu...terkesima dengan nasib yayan...
insyaallah misi mengklik nuffnangnya datang...
Sering ke blog YM juga klik mana yg patut..Walaupun jauh di Pantai Timur tapi sentiasa dekat di hati...
Terima kasih semua!Terharu sgt YM. Semoga Allah memberkati kalian dan memberikan yang terbaik utk kalian. Amin...amin... Dugaan YM nih tak seberapa dibandingkan dengan org lain kat luar sana rasanya...apapun, kita mesti tabah dan tawakal kan?...:)
selalu jenguk blog YM...
YM memang seorg ibu yg tabah... semoga Allah mempermudahkan segala urusan YM...
M pun selalu jenguk blog YM. Sian anak dia. Jom kita pakat2 terjah na...
da klick tabung Yayan's aritu..
dugaan dr Allah tuk Yayan's Family..
sekurgnya kita stiasa memberi semangat tuk YM tuk harungi cabaran..
moga stiasa tabah :)
Moga ym tabah mengharungi cabaran....
sedihnyer...baru tahu ni..thanks kak sbb kongsi..
dh lama jd rakan ym....moga dia lbh tabah
moga tabah menghadapi dugaan....
comel baby..semoga terus kuat mama aryan
semoga mama aryan terus tabah dan kuat.
semoga mama yayan sentiasa tabah n kuat semangat.sentiasalah berdoa pada Allah,insya-Allah Allah akn membantu hamban-Nya dlm kesusahan
kalau nurul berada disituasi dia betapa sedihnya..ok kak nnt nurul terjah blog mama yayan...tq bg info
ya Allahhhh. kesiannyeee. moga dilindungi Allah selalu.
Catat Ulasan