Dah dua hari terima berita ni, tetapi Dieyna macam tak percaya selagi tak tengok dengan mata sendiri… Imbas kembali dialog seorang teman pada hari Sabtu 2 Jun 2012..
“Assalamualaikum Na, Kak Yani ni.. Ingat tak Cikgu Shahril, kawan kak Yani kata dia dah meninggal sebab sakit"
Dieyna waktu tu tergamam, tak percaya… macam- macam tak lah .. Balik rumah, cuba hubungi beberapa orang rakan dan hampa, mereka juga tak tahu berita ni dan nakkan kepastian.. begitu juga Dieyna.
Dieyna selongkar friendlist fb.. Dieyna rapat dengannya, pernah berhubung dengannya.. Tapi tak jumpa dia dalam fb.. Benarkah berita yang di dengar.. Masih tak percaya… Harap- harap bukan Shahril sahabatku yang dimaksudkan.. Salah orang…
Malam ni… proses mencari dilakukan.. sembang dengan seorang teman, katanya insan yang kucari masih ada fb nya.. sepantas kilat, Dieyna taip namanya, Shahril Samsudin.. Alhamdulillah jumpa.. Sebelum ni Dieyna taip Sharil Samsudin.. mana nak jumpa tertinggal huruf..
Dieyna baca ucapan temannya…
02/06/2012.. Saudara aku M Shahril b Samsudin telah pergi utk selama-lamanya.. Balik2 kerja td terus pegi airpot, tp tiket da sold out.. X dapat aku nak balik.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama golongan org2 yg beriman... Al-Fatihah..... — with Shahril Samsudin.
Terpampang depan mata.. Benar, dia telah pergi. DIA SAHABAT YANG BAIK telah tiada. Dieyna terkaku.. Kelu.. Sedih.. Patutlah lama dia diam tak berhubung, sakit rupanya.. dan Dieyna tidak tahu..
Al-Fatihah untuk arwah sahabatku Shahril Samsudin. Anaknya masih kecil untuk memahami erti kehilangan bapanya… Semoga isterinya tabah menghadapi dugaan ini. Kanser Limfoma penamat riwayatnya dalam usia yang masih muda… 1981 –2012.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
P/s : Mood : Syahdu…
21 ulasan:
al-fatihah..moga arwah ditempatkn bersama orang2 beriman.amin
Al-Fatihah. sedihnya..
doakan dia tenang di sana.
alfatihah untuk roh beliau.. orang yang baik selalunya pegi dulu..
muda2 dah meninggal ... takziah
al-fatihah..takziah utk family arwah..
Al-fatihah buat Allahyarham..
Ya Allah, ini rupanya maksud entry sahabat saya Dieyna. Ya Allah sendu dan pilu, alangkah baiknya Dieyna pemilik blog DRKUB. Saya hampir titiskan air mata, bukan apa tapi sungguh bertuah punya kawan blogger macam Dieyna dLL kerana inilah tanda ukuhuwa, mendoakan dan hadiahkan al-fatiha buat yg arwah, iya benar kita semua bukannya pernah bersemuka, hanya di maya ternet. Alhamdulillah saling mendoakan. saya dan anak bongsu selesai mendoakan arwah dan sebuah al fatiha. Tq Dieyna menyedarkan saya..sesungguhnya kita tak tahu ajal kita. Assalamualaikum...
selain itu Dieyna jg amat ikhlas letakkan teratas tiap entry2 etuza. Sungguh terharu. etuza amat2 dihargai. Ya Allah adakah ini nikmat dan antara warna-warna hidup berblogger.ya Allah syukur kepadaMu. Semoga keluarga Dieyna tenang dan bahagia selalu, murah rezeki dan lancar apa jua urusannya. amin. Apapun tolong bagi tahu suami Dieyna, keberadaan blog pesona tu di blog Dieyna ya. tak mahu ada salah faham. Insyaallah.hanya 1 nak pesan ukuhuwa Islam iniolah antara jalan penghubung.kita semua bersaudara dan pengikut sunnah nabi Muhammmad SAW.
Al-Fatihah
Al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat...
Innalillahiwainnailaihirojiu..al-fatihah buat arwah..memang terasa andai kehilangan insan yg kita sayang..
Al-fatihah... semoga arwah ditempatkan bersama golongan yg beriman...
Takziah buat keluarga arwah... semoga tabah menghadapi ujian ini...
smg ronya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg beriman :)
Al-fatihah....salam takziah untuk family allahyarham
Al- fatihah..semoga arwah ditmptkan di kalangan org2 yg beriman...semoga rohnya dicucuri rahmat...
Al-Fatihah buat Arwah semoga di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Akak juga baru kehilangan kawan bermain masa kecil2 dulu Shafie krn Leukimia dan teman tapi mesra waktu remaja dulu Amran Barah Hati.Semuanya muda2 belaka 40-an..
Kenapa semuanya Kanser??Kedua arwah perokok..Jadi berpesan-pesanlah kita kpd suami,ayah dan adik-beradik kita ,ipar duai berhentila merokok..
Biras akak berjaya berhenti merokok tapi setelah disahkan pengidap jantung kronik..Ini bermakna boleh berhenti kalau mahukan..Biar kita membebel dpd melihat mrk menderita.Setiap thn suruh suami buat ujian darah kesihatan.Mencegah lebih baik dr merawat..
Dieyna pun sama elakkan guna pil perancang, suntikan dan implan..Guna IUD walaupun sakit tapi selamat.Krgkan pengunaan Kolagen samada dlm minuman @ kecantikan..Buat ujian Pap Smear walaupun malu tapi pencegahan..
Ingat akak,ketika itu berumur 35 thn, menyusukan bayi tiada sejarah keluarga tapi tetap kena kanser..Kanser tak kenal sesiapa? Rakan di Alam Maya Eve's Lounge, suaminya sedang bertarung kanser otak peringkat 4 hampir 18 kali kemo..Akak ikuti kisahnya dr mula2 suaminya disahkan kanser..Tak pernah sakit sebelum tu!!..Sekali akak komen blh buat blog..sorry merapu..
Alfatihah....
Ajal tanpa mngira uisa kan dieyna...
Al Fatihah dan takziah...
al fatihah buat arwah.
inalilah hiwainalilah...semogta rohnya dicucuri rahmat..
kina faham perasaan akak sebab kina pernah alami..2
orang sahabat baik kina meningal dalam usia yang sangat muda..15 dan 16 tahun...al fatihah buat mereka semua:)
innalillahiwainnaillahirojiun..
al-fatihah dan takziah...
Catat Ulasan