Halaman

Sabtu, 16 Jun 2012

Dari Dapur Dieyna : Bebola Ayam Goreng

 

Dah lama rasanya tak berkongsi resepi dalam blog ni.. Mungkin mood mencuba resepi dah berkurang agaknya… Kerja memasak ni ada mood juga,, kalau mood rajin, macam jenis masakan boleh buat.. kalau datang duri palas pulak, semua benda malas buat.. betul tak kaum- kaum ibu sekalian.. haha

Dipendekkan cerita, dalam peti sejuk rumah Dieyna ada ayam kisar Ayamas.. Lama dah tak buat nugget jadi tergerak hati nak buat semula, kali ni resepi berbeza dan bentuk pun berbeza.. Kenapa?? Sebabnya, Dieyna nak buat bebola ayam goreng homemade. Resepinya pun Dieyna main campak- campak je dalam mangkuk besar… Haha senang keje dan inilah hasilnya selepas digoreng.. Rangup gak..

DSCN3653_thumb[9]

Seterusnya, Dieyna nak share bahan- bahan campak tu  pula..

Bahan- bahannya

400 gm ayam kisar Ayamas

3 sudu besar serbuk roti original

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

- Semua bahan di atas digaul rata. Kemudian, bentukkan bulat- bulat macam bebola.

Bahan salutannya pula ialah

4 biji telur

Garam secukup rasa

Serbuk roti warna oren

- Telur dan garam dikacau rata. Kemudian, ambilkan bebola ayam celupkan ke dalamnya satu persatu dan masukkan ke dalam bekas yang berisi serbuk roti oren. Kalau nak rangup, ulang dua kali proses celupan. Dah siap, bolehlah diletakkan dalam bekas bertutup macam ni….

DSCN3655_thumb[7]

Simpan dalam peti sejuk ye…  Boleh tahan lama tupun kalau takde orang makan.. Kalau ada yang makan, dua hari belum tentu boleh tahan.. haha

P/s : Selamat mencuba….

36 ulasan:

Cik Ai berkata...

wah kak dieyna..
ai x penah terpikir nk wat sdiri mcm ni..kalo teringin g jumpa mn2 supermarket la jwbnya..huhu br tahu bleh bikin sdiri..hish teruk btul kan :)

ayat yg last tu ai suka lah k.diena,silap2 x smp 1 hari dh x bleh tahan.hahaha

Si Matatajam berkata...

Kalau wat kat Khalish ni mesti ia suka. Tq for sharing Diena... Mmg nampak best..

Kekzamanis berkata...

Wah! Sedap jer nampak nih.. Boleh try la pasni.. =)

Masha Meisters berkata...

ni hidangan tok berapa bnyak kak dieyna...
Masha ni suke nak masak resepi2 baru tapi takot xjadi...kikiki

~Cik Sweety~ berkata...

pndai akak buat..nnt sweety nak try la..(^_^)

dieyna berkata...

betul dah tu... hehe...yg wat sendiri puas hati... hehe

dieyna berkata...

hehe buat jgn tak buat..

dieyna berkata...

try lh... boleh tmbh2...

dieyna berkata...

xpasti pulak untuk berapa biji dapat.. hehe tak kira..

dieyna berkata...

try laa sweety.. sti jd nyer

Misya Mialen berkata...

eh, comel betul la bila dah siap bulat2. hihi, nnt sy try;) mst sedap;)

RHI berkata...

sedap pulak nampak...nak cuba jugaklah...hehee

najihah berkata...

nampak sedap.. nak buat juga.
ambik resepi ya..

Hafiz Abdul Tahir berkata...

sedapnya... nugget tu pun postpone... tak wat lagi.... tq kak bagi resepi... meleleh air liur...hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wah nampak sedap...bley cuba pasni kat qalief...thanks kak sharing resepi ni :))...oh ya kak sample cheese dh sampai thanks sangat2..

Chic Na berkata...

sedap jer nampak mcm yg beli kat kedai. pandai kak dieyna buat, main campak2 je tp hasilnya maveles. ni boleh mkn dgn cheese jgk kan kak. nyummm..

aReLaN berkata...

ala...nak jugak.nak buat sendiri memang malas.ntah bila la ada orang nak buatkan ek.hmmm

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Ana..
Xpernah lagi buat cenggini. Best ni. Sebiji mcm yang beli kat ayamas.

9n0L4 berkata...

wahhhhhh kak dieyna. asek resepi baru je. tmbh lagi nugget ni eh, nak dtg raya. hehe.

amirah berkata...

pandainya dieyna buat..

dieyna berkata...

Kena buat to do list dah ni.. haha takut lupa order hehe

dieyna berkata...

senang je amirah.. amirah pun leh buat tau

dieyna berkata...

kak ya cubala buat, mesti lagi best tau

dieyna berkata...

Tak lama lagi.. kan dah nak jadi pengantin kan hehe

dieyna berkata...

mmg boleh makan dengan cheese tau.. hehe

dieyna berkata...

Alhamdulillah dah sampai... Terima kasih kepada abng posmen sekali

dieyna berkata...

hehe.. ada2 je hafiz ni

dieyna berkata...

buatlh misya...hehe

dieyna berkata...

cubalaa.. hehe air tangan sendiri lagi puas hati

dieyna berkata...

Silakan ambik.. hehe

Miss Syahbanu berkata...

wahhh sedapnyer..tgk gmbr pn dh tahu konform sedap..

LYAfrina berkata...

nmpk sama mcm y ayamas... xde la ssh sgt kan...
sama la dgn lya..nk msak2 pon ada mood... bila mood dtg..ok la

Dayang Deno berkata...

amboi sedapnya! pandai la kamu buat! :)

Deq's Qienz berkata...

nak cikit..

dya nasir berkata...

dya nak try lah..nmpak senang..hihi

9n0L4 berkata...

meh saya tolong list. chessy wdges, nuggets, apam aiskrim kon, kek coklat kecik, kek karot kismis, bebola ayam, kek pisang. hehehe.

Catatan Popular