Sabtu, 16 Jun 2012

Perlu ke mendaftar???


Hari ini temankan adik pergi ke Kuantan untuk renew sijil perniagaan Kad Kahwinnya.. Boleh klik banner ZNH KAD KAHWIN sekiranya berminat ye..

Adik Dieyna beri cadangan kepada Dieyna supaya mendaftarkan perniagaan Best Shop di bawah SSM. Katanya ianya sangat penting untuk meraih kepercayaan pembeli dan juga memastikan peniaga online tidak dikenakan denda kerana meniaga secara haram. Sediakan payung sebelum hujan. Tak rugi pun katanya.. Lagipun SSM tengah buat promosi, yuran pendaftaran RM60 untuk 5 tahun.. Kira berbaloi la daftar sekarang kan???

Dieyna berbelah bahagi… nak daftar atau tidak? Dah main bilang- bilang jari akhirnya Dieyna mengambil keputusan untuk mendaftar…. Proses pendaftarannya tak lama pun cuma isi borang dan berurusan di kaunter… Selesai segala urusan maka dengan ini dimaklumkan bahawa Kedai online Dieyna yakni Best Shop telah selamat di daftarkan di bawah nama



Sebenarnya, hati masih ragu- ragu.. Adakah keputusan ini tepat?? Pendapat korang macam mana ye?? Sekadar nak tanya pandangan korang bagi mengurangkan rasa ragu- ragu ni..

P/s : Baru buka kedai runcit online, dah bimbang macam-macam huhu

13 Blogger Bersuara:

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Baguslah tu Dieyna.YM pun dah lama regis, walopun niaga kecik2 je.Huhu. Bila ada SSM nie, customer yakin ngan kita, lgi satu bukannya mahal sangat pun yuran setahun kan, RM70 je kan?:) Ada byk lagi kelebihan lain, especially kalo ader cecita nak besarkan perniagaan kita.:) Good Luck Dieyna.

Cinta Misteri berkata...

Perlu, ini adalah untuk keselamatan. Kita tak tahu siapa customer kita, daftar bukannya mahal sgt kann...Tue dah ada no.siri, dah boleh create resit utk pelanggan..

Chic Na berkata...

betul gak tu. rsnya tu yg terbaik. wahh pasni bolehla pelbagaikan barang2 akak. :)

~Sweet Honesty~ berkata...

ada link tak kedai online tu?? bagus juga akak daftar..takut apa2 blaku d blkg hari pla..

Yana Libra berkata...

lagu bagus daftar kak..lagi selamat dan yakin~ :)

lelamaisara berkata...

tepat tindakan akak...bukan susah pon kan nak daftar kan...tu dah daftar dah tu kan,jgn ragu2 lagi...

cayok cayok untuk kak Dieyna...

Yumida berkata...

cam berbaloi la jgk bila mendaftar kan sis...

Nyue berkata...

better mdaftar...selamat itu pasti..eheheh

N.Aima K berkata...

daftar! daftar! daftar!

Masha Meisters berkata...

daftarla kak...

daftar xrugi...xdaftar xtahu ape akan jadi...
dftar jangan xdaftar!

Misz Mieza berkata...

Eh, murah tu.. MM dulu daftar Rafhanah Blogshop RM80 per year.. Huhu..

9n0L4 berkata...

baguslah mendaftar, moge lebih bermotivasi. ;)

Miss BaNu berkata...

aah baik mendaftar...moga terus suksess yer

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT