Khamis, 26 April 2012

Perkembangan Anak Usia 20 bulan

Ya... kawan- kawan .. Hannah sudahpun berusia 20 bulan.. ataupun 1 tahun 18 bulan.. Sekejap je rasanya.. Pejam celik pejam celik, Hannah dah besar.. 

Apa yang Hannah dapat capai sekarang??
  • Hannah agak ligat.. macam- macam benda dia nak buat,, sibuknya mengalahkan perdana menteri.. Hehe mudah- mudahan amin.. Biar jadi orang yang berguna nanti ye.
  • Sudah agak susah untuk makan bersuap.. Nak makan sendiri.. Masalahnya kalau makan sendiri, bersepah- sepahlah.. Yang keluar dengan yang masuk dalam perut, seimbang.. Tapi sekarang lagi baik daripada mula- mula belajar makan dulu.
  • Suka menconteng, dah pandai pegang pen dah ... abis semua tempat dicontengnya termasuklah kat badan dia sendiri, tak cukup kertas.. padahal mak dia dah supply kertas banyak- banyak dah.
  • Sudah pandai minum air menggunakan cawan atau mug.. dan boleh pegang kedua- dua objek ini dengan baik sewaktu berjalan..
  • Cukup suka menari n menyanyi.. Bahasanya?? Kadang- kadang faham, kadang- kadang terpaksa buat- buat faham.. hehe 
  • Perbendaharaan katanya dah semakin luas, ibu, papa, akit, uwun(turun), nak ain ( nak main), air, kakak, cicak, ikan n ada lagi...


IKLAN DARI PENAJA.. CUCI MATA KEJAP
  • Sudah mengenal bunyi.. contohnya, kalau tanya dia, ayam bunyi macam mana dia akan jawab kok kok kok, bunyi kambing, bunyi lembu , dia dah expert cuma bunyi kucing, kureng skit.. niau niau hehe
  • suka buku... like mother like daughter.. Kalau jumpa buku, dia akan buat2 baca, siap ada bunyi mulut dia lagi.. n kalau dia jumpa, benda yang dia kenal, dia akan sebut.. Alhamdulillah.. Semoga mudah dapat ilmu ye Hannah..
  • Dah boleh minta tolong dah... air tumpah dia akan cepat2 ambil kain untuk lap.. huhu malangnya tak kira kain apa termasuklah baju tshirt putih ayahnya... mujur dia wat lap susu, kalau lap air berwarna tak ke haru huhu
  • Paling menakutkan, dia suka pukul orang, lagi dilarang lagi dia buat.. huhu takut sangat sikap ni kekal sampai ke besar.. tapi bila baca kat sini...Baby center ... Lega skit, memang ada dalam stage umur diorang sikap macam ni, sebabnya nak tunjuk kuasa n nak tahu apa jadi jika dia pukul orang... Sabor2 Dieyna, jangan pukul dia balik, nanti dia ingat memukul tu betul.. Kena nasihat elok- elok... kena jauhkan juga dia daripada mangsa.. huhu 
Cukuplah dulu.. banyak dah duk ngumpat pasal budak Hannah ni.. Sebelum mengakhiri entri, korang tengoklah gambar dia sekeping lagi.. tengah menunggang basikal yang ditolak orang lain.. huhu 

lokasi : Taman Bandar, Chukai.. dulunya dikenali dengan nama
PADANG ASTAKA...
P/s : Daftarlah dengan babycenter, korang akan dimaklumkan perkembangan anak mengikut usia setiap bulan.. pasti berbaloi baloi.. satu lagi,

 GA DAH TAMAT>>>>> TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYERTAI>>>

23 Blogger Bersuara:

Iena Eliena berkata...

comel:)

Cik Nur berkata...

wah...dah besar dah..!
insyaALLAH...hannah pasti akan jadi gadis yg mbanggakan kedua ibubapanya..!
amin..!

lelamaisara berkata...

Tgok hannah teringt alesya...usia macam ni memeang sikapnye begitu kan...alesya pon suke sgt memukul sekarang....huhuuu

Yana Libra berkata...

ooo, budak2 umur 20 bulan mmg akan suka pukul2 org ye..baru tau~

@ deqla manjew berkata...

syoknye dye main beskal tu.. aunty tumpang sekaki boleh?? :p

~Sweet Honesty~ berkata...

moga jadi anak yg solehah ye hannah..(^_^)

Cik Aini Lavender's berkata...

alolololo...bulatnya mata hannah,besorr...cute je =p

Arina Shamsul berkata...

anyonyonyo..comel je cerita hannah kak,senyum je saya baca,tak sabar juga tunggu anak saya boleh bercakap..hihi. semoga hannah jadi anak solehah :) amin :)

Arina Shamsul berkata...

kak nanti gitau je say dengan sap nak pos hadih tu ye kak :)

Cik FaRiZaM berkata...

dah besar dah dia.....

cute >_<

Siti_btp berkata...

Comelnya Hannah..
Hai! dah pandai minum pakai cawan..Anak akak entah bilalah??
Seronok tengok budak perempuan mcm2 fesyen bajukan..

Chic Na berkata...

dah besar & bijak hannah ye. bestla anak sulong perempuan. nnti besar msti rajin tolong ibu. :)

LYAfrina berkata...

alhamdulillah....
smoga hannah mbesar bagaikan juara n terus berjaya di dunia n akhirat,,, dh x lama ..ckplah 2 tahn ni

etuza berkata...

semoga membesar dengan sihat ya

Yumida berkata...

kiut nya hannah...bibir angelina jolie tu..

nak tompang basikal biru hannah

Chic Na berkata...

kak, utk prepare cheese tu berapa nisbah ngn air panas? 1:1 ke? br nak buat. hehe..

Chic Na berkata...

tq kak, smlm dh jumpa. cari dlm entry akak psl cheezy wedges tu. mmg sedappp!! ala2 kfc gitu. :))

Dieyna berkata...

thanks iena

Dieyna berkata...

Terima kasih korang mendoakan yang terbaik untuk Hannah ye.. Semoga Allah melindungi korang juga huhu terharu nih..

Dieyna berkata...

itulah.. perkembangan diorang yang agak merisaukan.. mudah- mudahan sikap diorang ni tak berterusan kan

Dieyna berkata...

Akak pun baru tahu Yana.. hehe

Dieyna berkata...

Boleh, nanti duduk dalam raga tau.. hehe

9n0L4 berkata...

yo. dtg sini senyap² ajeee. hehe. mesti menurun ibu die ms ngandung suke bace buku la tu. ;)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT