Halaman

Jumaat, 27 April 2012

Makanan Nurani..

"Hidup ini memang macam- macam warnanya. Tenangkanlah jiwa dengan ayat- ayat suci, nanti cabaran akan terasa kemanisan nikmatnya. Belailah kalbu dengan sujud terhadap ILAHI, moga DIA juga membelai kita dengan rahmatNYA. Berusahalah agar hati tidak mati kerana hati yang telah mati akan tertutuplah pintu hidayah; meski sudah cukup senang tapi masih terasa menderita jiwanya "(DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj)

Jiwa kita perlu sentiasa disirami agar sentiasa bersih dari noda. Kita manusia biasa yang imannya hanya senipis kulit bawang. Kadang- kala kita tersasar dari landasan dek kerana hasutan iblis yang sememangnya berniat untuk menyesatkan kita. Namun, jika kita masih lagi diberi kesempatan untuk kembali ke landasan asal, syukurilah.. Allah masih menyayangi kita. 

Jangan terlalu ikutkan rasa hati, kerana kata hati itu yang bakal memusnahkan kita. Jiwa kita kalbu kita perlu sentiasa dimotivasikan. Tipu sekiranya anda kata.."AKU TIDAK PERLU DIMOTIVASI" kerana walaupun sedikit MOTIVASI itu perlu sebagai makanan nurani kita.

Apa dia makanan nurani??? Al-Quran yang utamanya dan bacaan Ilmiah... Amalkan , kalbu anda pasti terbelai....
mood: Baru je lepas beli buku ni kat POPULAR MESRA MALL..
Dieyna minat baca penulisannya... Membaca bukunya seolah beliau sedang
berceloteh di depan mata.
P/s : Dang masuk kedai buku lupa diri,... Akhirnya bawa pulang 3 buah buku, untuk anaknya, ibunya dan ayahnya... I LOVE BOOKS...
Suka?? Kalau suka pi beli ye.. banyak lagi di pasaran

Satu lagi..BE VW Polo Sedan Launch (Phase 2) sedang berlangsung... Minta2 melekat.. Boleh buat beli buku hehe

4 ulasan:

Chic Na berkata...

aah itu la. kalau lama2 tak bermotivasi, demotivated je memanjang. :)

Unknown berkata...

Nah! sebab itu blog saya " warna-warna kehidupan" memang benar berbagai warna dan rasa, serta corak kehidupan kita. Percaya ke tak bahawa saya mendapat santapan MOTIVASI apabila saya ambil masa BWalking dari blog ke blog, khasnya yg ada enrty hal2 agama. Jujur saya berkata dalam blog, tapi kita tak amalkan seperti tunaikan solat. Takut pula bercakap tapi kita sendiri tak buat. saya suka entry ni kali.
Thank's a lot

Tanpa Nama berkata...

Salam Dieyna,

Kak Ani pernah bertemu dengan Dr. tuah ni semasa menghadiri satu seminar. Dulu mengila beli buku beliau. Sekarang dah kurang sikit, dah tak berapa ikut perkembangannya.

9n0L4 berkata...

huihhhh. gi mesra mall dok ajok org. huhu. kite pun ade gok bukuuuuu. ;)

Catatan Popular