Halaman

Rabu, 21 Mac 2012

Saringan Linus 2012

Kali ni nak kongsi berkenaan saringan Linus 2012.. Apa tu yer?? Korang mesti nak tahu dan para ibu bapa yang ada anak darjah 1 wajib tahu benda ni. Linus ni ialah singkatan kepada literasi dan numerasi. Apa plak literasi dan numerasi tu?? Hehe banyak tanya yer... literasi tu berkaitan dengan membaca dan numerasi pulak berkaitan dengan nombor. 

Ujian saringan Linus ni diadakan 3 kali dalam setahun, maknanya murid darjah 1 akan melalui 3 proses saringan sebelum dimasukkan ke dalam arus perdana. Murid yang melepasi saringan linus akan belajar mengikut sukatan biasa manakala murid Linus pula akan belajar mengikut sukatan Linus.

Biasanya, kriteria macam mana yang menyebabkan seorang murid dikategorikan sebagai murid LINUS? Murid yang masih gagal mengenal huruf atau nombor, membatang suku kata dan tidak boleh membaca, memahami, mengenal operasi asas nombor atau menulis dianggap sebagai murid LINUS.. Sekiranya, ada dalam kalangan keluarga kita seperti adik atau anak buah ataupun sedara mara kita yang masih gagal membaca dan menulis pada usia 7 Tahun, murid tersebut dikategorikan sebagai murid LINUS. Murid ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar tidak ketinggalan dengan rakan sebaya yang lain.
Ada dua kategori pula dalam LINUS, LINUS TEGAR iaitu murid yang langsung tak kenal huruf mahupun nombor dan LINUS BIASA iaitu murid yang dah kenal huruf cuma tidak boleh membaca dengan betul. Contohnya, eja lain bunyi lain.. SU + SU , bunyinya PASU. Jangan risau yer, mereka masih boleh dipulihkan dan disaring semula dalam SARINGAN 2 & 3. Kita cuma perlu risau sekiranya mereka masih tidak lulus dalam SARINGAN 3.. dan ini bermakna, murid ini perlu dirujuk kepada doktor. Rujukan kepada doktor ini penting untuk memastikan murid ini ada masalah pembelajaran ataupun tidak. Sekiranya ada, kena cerita lain plak.

Cara ujian dijalankan pula secara individu. Instrumen ujian pula ada dua iaitu ujian membaca dan menulis untuk Bahasa Malaysia dan Matematik. Murid perlu lulus kedua- duanya untuk masuk ke Arus Perdana, sekiranya gagal kedua-duanya atau salah satu, murid tersebut adalah murid LINUS.
Murid sedang menjalani Ujian Saringan Membaca LINUS
p/s : Sistem pendidikan sekarang dah banyak beza dari kita sekolah dulu2... Ada yang oke ada yang KO.. tapi yang utamanya, SEMUANYA UNTUK MURID BEBAS DARI BUTA HURUF.


17 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Heheeee...sy bru tau...

Sy cuma tau dlu ada kelas pemulihan,,,,

~Cik Sweety~ berkata...

tapi, ada yang sebok dok salahkan guru prasekolah sebab tak reti ngajo...

mmg sistem pendidikan skrg jauh sgt berbeza berbanding dulu..terlalu kompleks dan serabut..

Mana KSSR..yang saya singkatkan sebagai 'Kalau Susah Sangat, Resign..'

Bola tak tolong buat review sikit sal KSSR pulak.. pening kepala dibuatnyee...

Miss N™ berkata...

bgus juga linus ni..kebanyak bdak2 skrang dah pandai baca.. tapiii..ada juga yg merangkak lagi..huhuh

Unknown berkata...

Linus..di sekolah saya, kalau tak pandai2 juga membaca kena laha masuk ICU.. ( pemulihan lah tu)..
Kombinasi ibubapa, guru dan pelajar / murid yg baik baru tercapai hasrat nak celik minda 3 m ..kalau tak, Linuslah yg teruk, guru linus...tahniah ..entry sangat baik ya.

Deru Ombak berkata...

Salam Cikgu Ana ..

Sehat? Sori lama tak dtg ziarah.. Bz mengukur jalan..

Cucu kakya Akan balik ke Malaysia untuk bersekolah, kena ambil perhatian perkara Linus ni...

Hafiz Abdul Tahir berkata...

LINAS....ingat kan lynas tadi...hahaha...dul x de pu kan....saya darjah 1 tahun 1996... yang ada kelas pemulihan....kalau tingkatan 1....peralihan.....

dieyna berkata...

kelas pemulihan pun still ada gak.. hehe

dieyna berkata...

Nak buat jugak review pasal KSSR...
sikap saling menyalahkan tu mmg tak habis.. lagu Bangau oh bangau lah

dieyna berkata...

merangkak tu normal cik nur, tapi yang tak bergerak pun ada jugak... huhu

dieyna berkata...

Pemulihan = ICU
kelas integrasi = CCU
hehe

dieyna berkata...

Salam.. sehat je, alhamdulillah

Kena perkenalkan pada dia dari sekarang kalau tak blur dia nanti.. sistem pendidikan di sana tak sama dengan sini.. sana murid banyak sendiri " Mastery learning"...

dieyna berkata...

LYnas tu isu lain.. ni LINUS.. ehehe

Misya Mialen berkata...

Salammdina, sori, sy ter miss nama awak...jap lagi sy update yea. D sekolah sy, cikgu2 ada yg pening klu budak linus tegar.sbb bila dah linus tegar n x ada peningkatan mmg efek dgn smua result.pastu jpn balik dtg pantau.

NIK HASNIDA berkata...

sebagai tenaga pengajar saya rasa KIA2M lebih baik dan seharusnya dimurnikan berbanding dengan LINUS dan KSSR...

NIK HASNIDA berkata...

Sebagai salah seorang tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dengan program LINUS dan KSSR saya rasa KIA2M yang terbaik dan cuma perlu dimurnikan...

ibu wan berkata...

terima kasih cikgu,bagi saya utk melahirkan anak cemerlang,ibu bapa perlu mainkan peranan yg penting....perlu ulangkaji anak2 di rumah...jangan hanya harapkan cikgu di sekolah sahaja....

Tanpa Nama berkata...

salam...I'm very worried, coz my son next year become std 1,now 6 tahun kat PASTI, but still can't read..huruf dan nombor semua dah kenal..arggg..risaunya nanti LINUS...

Catatan Popular