Rabu, 14 Mac 2012

Resepi Si Kecil : Nasi Goreng Tomato

Meh nak kongsi resepi lagi, resepi budak kecik kat rumah ni.. Resepi biasa- biasa je.. Korang pun biasa buatkan :)).. Tapi takpelah, nak kongsi jugak.. Kat sini kan ruang untuk berkongsi.. Ini nasinya dimakan bersama keropok goreng.. 

Nasi goreng tomato Hannah + ibunya
Korang boleh baca resepi ni yer, macam biasa lah kalau nak cuba buat, sangat dialu- alukan... hehe macamlah korang tak pernah buat nasi goreng kan... Hayatilah resepi ni sepenuhnya yer...
  • Daging ayam dipotong kecil- kecil
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1/2 sudu kecil cili boh 
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kicap. sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara membuatnya pula
  • Panaskan minyak masak
  • Masukkan ayam. Goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bawang kisar dan cili boh. Kacau rata.
  • Masukkan sos tomato, kicap dan sos tiram. Kacau dan tunggu hingga nampak garing. 
  • Pecahkan telur. Besarkan api dapur dan kacau telur tu sehingga masak.
  • Masukkan nasi putih. Taburkanlah garam. Kacau sehingga semuanya sebati.
  • Siap untuk dihidang..
Kalau masak nasi goreng ke mi goreng ke, Dieyna suka goreng ayam terlebih dahulu.. Bagi ayam tu garing dan masak sikit barulah masukkan bahan- bahan tumis... Bukan apa, nak pastikan ayam tu betul- betul masak sampai ke tulangnya.. Nak buat macam mana kan, stail memasak berbeza- beza kan. Bab telur pula, wajib basuh yer.. Korang pun tahu kan, kenapa perlu basuh telur ayam tu .. Buatnya kat telur tu ada najis.. tak pasal2 makanan yang kita masak jadi makanan bernajis.. bukan kita perasan pun kalau serpihan najis tu masuk dalam makanan kita.. Untuk lebih yakin dan menjamin kebersihan masakan, pastikan telur ayam tu dibasuh ye.. 

p/s : Resepi + tips dah tu hehe



7 Blogger Bersuara:

LYAfrina berkata...

aum..sedapnyer..x pnh lg cuba buat nasi tomato ni

Cik Nur berkata...

belum pernah buat lagi ni..nanti boleh try.. :)

fizafantagirO berkata...

xpenah buat nasi goreng tomato ni :p mesti sedap kan ^^

Dieyna berkata...

Cuba jangan tak cuba.. kongsi kat sini sebab nak suhh ramai2 cuba...

Dieyna berkata...

hehe trylah yer,,

Dieyna berkata...

Buat dulu baru tau sedap ke tak.. p/s : Takkan nak puji masakan sendiri, tak bestlah plak hehe

Arina Shamsul berkata...

rajin betul kakak tulis resepi ye.mesti kakak rajin masak ni.then mesti sedap..uwaaa..bila la boleh rasa makanan akak ni..ihik.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT