Halaman

Sabtu, 17 Mac 2012

Mulut Oh Mulut !

Banyak peribahasa ataupun kata- kata bidalan berkenaan mulut ni.. Kerana mulut badan binasa.. Sebab apa kata macam tu, kerana kata- kata kita, mungkin ada orang yang terkecil hati, terguris rasa, tersinggung jiwanya.. Semuanya kerana mulutkan?? Mengumpat pun guna mulut jugak kan?? Hehe

Tiba- tiba je buat entri pasal mulut ni yer.. sebabnya ada satu benda yang terlintas dalam fikiran, rasa nak share sangat benda ni.. Rasanya korang pun pernah kena kan??

Sumber gambar : freedfreedom-love-u.blogspot.com
Masa hidup membujang, orang akan tanya begini
"Bila engkau ni nak kahwin, umur dah tua, kerja dah ada, memilih sangat ni, tu yang payah dapat jodoh"
Dalam hati, senangnya mulut berbicara, ingat pilih jodoh tu macam pilih ikan kat pasar agaknya, takkan nak jadi perigi cari timba plak... mulut oh mulut!

Sumber gambar : hakaluka.blogspot.com   
Bila dah kahwin, mulut orang tak berhenti lagi.. sebut mulut orang kan??? Nak2 kalau dah lama kahwin tapi masih belum ada anak lagi.
"Korang ni dah lama kahwin, cepat-cepatlah ada anak plak, takkan nak berdua je sampai bila-bila, korang tak usaha ke nak anak.. korang tak nak anak ke??"
Lagi melampau kan mulut orang ni .. Kalau dah takde rezeki lagi, nak buat macam mana.. ada orang cepat rezeki tang anak, ada yang payah pulak dapat anak, Kita dah usaha tapi kalau anak tu bukan rezeki kita lagi, sabarlah.. apa daya kita kan.. Adus2, mulut oh mulut!
Sumber gambar : wmazmi.wordpress.com 
Bila dah dapat anak, ada lagi soalannya.. hehe ingatkan dah berenti mulut bertanya kan.. tapi jangan risau ye, soalan cepu emas masih ada, tapi versi berlainan pulak.
"Si gegurl/boboy ni dah besar ni.. bila nak bagi adik kat dia plak? Bagilah kawan kat dia pulak, Tak payah nak merancanglah, ada rezeki untuk anak tu nanti.."
Malas nak komen dah.. fikir sendirilah jawapannya... Mulut oh Mulut!

Mulut manusia bukannya mulut tempayan, boleh ditutup2.. Biar je diorang bertanya, lama- lama nanti bosanlah diorang bertanya.. itupun kalau diorang bosanlah kan... hehe

p/s  Realiti kehidupan, betul tak???

13 ulasan:

Aine Ainun berkata...

betulll....n mengalamainya...

kalo dfikirkan...sakit!
baik x payah PK..
baik kita usaha nk perbaiki diri sendiri, itu lbih baik..kan

Miss N™ berkata...

ermm..selalu sgt dapat soalan mcm ni..bila kita tak kawin lagi, di katanya cik nur memilih..

okay..memang cik nur memilih..cik nur memilih lelaki yg betul2 boleh bw cik nur je jalan ALLAH.. tak kan kita nak cari bakal suami yg xde pendirian kan..

Unknown berkata...

Alamak....kelucuan ni lepas baca. Bijak lah orang sana. Mulut...tulah mulut selagi tak dijahit hehe...

Inilah diaju, bukan pada wanita ja, Etuza jg pernah kena ....riwayat mulut ni. Tak kan pernah berakhir..
anak2 dah besar lain lagi simulut nak tanya tu..cayalah..Best baca.

Unknown berkata...

lepas ni l out..ambil anak dr extra kelas..
entry terbaik ya.

dieyna berkata...

betul tu, abaikan jer.. hehe

dieyna berkata...

betul.. buat pilihan yang bijak... k

dieyna berkata...

semua pernah merasanya.. hehe sebab tu soalan ni jadi penyakit berjangkit.. takkan ada yang tak pernah kena soal punya,. hehe

Tanpa Nama berkata...

Buatlah apa yang kita fikir baik dan tak menyusahkan sesiapa. Kalau dengar cakap orang satu pun tak jadi.

Siti_btp berkata...

Terima kasih aloe vera,
Inilah makna tangisan dlm senyuman , menangis dlm hati,nasib baik tak kena barah hati kalau tak dah lama mati, kena kanser payudara tak mati2.

Hari yg paling menakutkan Hari Raya semua org bergembira...tapi akak? Mulut oh mulut..

teruskan penulisan ringkas tapi padat.tak mcm akak komen pun berjela2....

SumeSakan berkata...

Mulut oh Mulut!!!namapun manusia...x puas lg x tanya dan x dapat jawapan yg sepatutnya...tp dalma masa yg samax pk apa yg orang lain rasa...sekurang2nya pk lah jodoh,petemuan, kelahiran, kematian sume dah d tentukn oleh NYA....kita manusia just blehmerancang kan?huhuhu

Yumida berkata...

bahaya bahasa yg x terjaga...andai org tu berkecil hati n x memaafkn kita..dosa di bw hgga ke mati...
part dialog anak tu bt hati ini sllu terguris...tp kebalkan jgk hati..
busuk kn mereka yg byk mulut ni..cakap nonsense! bau belacan jer lebih!

Arina Shamsul berkata...

hehehe,pernah juga melalui keadaan ini kak,sekarang pun ada juga yang rajin bertanya.bila nak tambah,takkan sorang je..haih kalaulah rezeki tu boleh dijual beli, dah banyak dah saya beli kak.entahlah..mungkin mereka2 ini berniat nak menyapa kot,tapi takde poin.hehe.so apa yg terlintas di fikiran itulah yg dilontarkan.hihi.

Abang Karu berkata...

soalan yg biasa dengo tu.....ehehheee

Catatan Popular