Halaman

Ahad, 18 Mac 2012

Dari Dapur Dieyna : Kek Coklat Senang

Bijak tak nama resepi ni.. hehe Dieyna dapat resepi kek coklat ni daripada seorang rakan sejawatan iaitu Kak Rohimah Mohamad. Dia kata dia selalu buat kek coklat ini, sekejap je dah siap.. hehe korang nak resepinya tak? Kalau nak angkat tangan skang? Haha sebelum bagi resepi, korang tengok gambar dulu yer.. Bagi mata dulu yang santap, nak perut santap? Korang kena follow resepi lah :))
Abaikan objek2 yang berada di sekitarnya..
Sila fokus objek utama yang terletak di atas pinggan putih tu oke

Bahan- bahan untuk kek coklat senang ini ialah
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan susu pekat (Dieyna kurangkan kepada 1/2 cawan je, xelok manis-manis)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak masak (minyak jagung/ sayuran)
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
Cara membuatnya pula ialah

  • Panaskan kukusan. Tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Tuang adunan dalam loyang.
  • Kukus dalam kukusan. Lebih kurang 45 minit. 
  • Siap untuk dihidang.
Senang kan.. Budak sekolah pun boleh buat. Korang cubalah pulak yer.
Selamat mencuba...



10 ulasan:

Ayuni berkata...

cam best je, mintak izin copy....

dieyna berkata...

Boleh je.. dialu-alukan.. ilmu untuk dikongsi .. Bukan untuk disimpan dalam peti hehe

Aine Ainun berkata...

dieyana...
lebih kurg sama je resepi AA, kawan gak yg bagii...

saya mmg suka buat kek coklat...tapi...tak kurg makan...

Ayu berkata...

YM nak buat gak...bila la tuh yer???....huhuhuhu.

Cikpijaaa berkata...

hee. nice sharing ! nak try buat la nnt :))

Arina Shamsul berkata...

wah..simple je resepinye kak,insyaallah saya nak cuba resepi ni bila berkesempatan nanti.kak.hihi.


kak, kakak suka tulisan bulat2 tu ye.hihi.insyaAllah nanti saya hadiahkan kakak ye.kak nak header baru ke?atau nak edit semula je header akak sekarang ni?hihi.kalau kak nak header baru pun ok,no hal..mana tau kak nak header yang berkonsepkan matang sikit..hihihi.


terima kasih kak atas sokongan akak selama ini :) muah!ahaks

RHI berkata...

akak suka juga makan kek tapi kalau yg bersabit ngan coklat tak makan lahhh...sbb akak tak suka coklat

Tanpa Nama berkata...

Bolehlah cuba nanti. Terima kasih berkongsi resepi.

Unknown berkata...

Asalam..
Baru online..mendung kat kami ni ya.
Alamak kena saji kek lagi. Terliur lah...hehe, tq resipi. Mama sebelah ni mau juga nak baca resipi..perempuan katakan. Para suami duduk minta di saja ja..hehe

Unknown berkata...

bersih tu..kemas...dapat manfaat resipi lagi.

Catatan Popular