Halaman

Isnin, 27 Februari 2012

Urusan Kenaikan Pangkat

Suka suka suka
Hari ini dapat surat ini
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG2-1, DG2-2, DG2-3 dan DG2-5 Yang Memperoleh Ijazah
Semasa Dalam Perkhidmatan Untuk Dinaikkan Pangkat Ke DG1-1

Patutlah baru- baru ni kecoh SPP bekukan kenaikan pangkat ke dg41 (DG1-1)
rupanya berlaku pindaan di bawah skim baru yang diperkenalkan baru- baru ini iaitu
Skim Baru Perkhidmatan Awam.
Di bawah pelaksanaan SBPA, skim PPPLD dan PPPS dipinda menjadi
skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Skim baru ini juga memperkenalkan sistem kenaikan pangkat tanpa
dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dengan syarat
penjawat awam memilih SBPA.

Lebih kurang macam ni lah suratnya..
Pinjam gambar daripada en.google

Bagus betul rasanya, selama ini temuduga SPP boleh buat kecut perut dah..
Takut tak lepas, takut ditanya soalan yang memang kita tak tahu.
Tetapi dengan sistem ini.. lepas satu bebanan.
P/s : Tengah membelek fail perkhidmatan untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk urusan ini. Syukur Alhamdulillah... Semoga segala urusan dipermudahkan.. amiin.

5 ulasan:

waniemardhiyahna berkata...

Tahniah cikgu dieyna!

dieyna berkata...

Terima kasih wanie.. :))

amirah berkata...

tahniah...

dieyna berkata...

THANKS AMIRAH...:))

fatmasha berkata...

tahniah..apa2 pun rasanya kenaikan pangkat juga tertangguh sbb SPBA dibatalkan...pening kita...

Catatan Popular