Halaman

Sabtu, 21 Januari 2012

Setahun 5 bulan

Ini Si Manja saya..
Dhia Hannah
14 Jan 2012 yang lepas genap usianya setahun 5 bulan.
Sedar tak sedar, dah besar pun anak ibu..

Dah banyak perkara, yang dia mampu kuasai
Sangat aktif orangnya dan suka menari
pantang dengar lagu mesti nak joget2,,



Sebenarnya bukan nak cerita pasal
Si Hannah ni sangat.. tapi nak buat review
tentang apa yang patut dia n kanak- kanak seusianya
patut capai.

1. Dia sudah mula faham dan tahu menggunakan satu dua perkataan bagi menunjukkan kehendaknya. Alhamdulillah, Hannah dah boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah difahami.. bukannya bahasa Jermannya lagi.

2. Lebih bersikap berdikari, ingin menyikat rambut sendiri, memakai baju sendiri, serta nak makan sendiri.
Bab nak pakai baju belum tahu lagi tapi kalau bab sikat tu sangat sinonim dengan Hannah. Orang dah ikat rambutnya elok2, jumpa sikat terus dia sikat rambutnya, maka kusut masai semula. Nak makan sendiri, tapi makanan yang masuk dalam mulut lagi sedikit dari yang bertabur atas lantai.. bila kita suakan makanan ke mulutnya, pandai lak menjawab "takmbuh" (bahasa dialek Terengganu)

3. Berupaya menyusun permainan mengikut rupa, bentuk dan warna. Yang penting, ibu bapa perlu ada bersamanya sewaktu meneroka permainan sebegini.
Hannah dah mengenal bentuk tapi masih perlu bimbingan, berdasarkan permainan masukkan bentuk ke dalam lubangnya. Usaha lagi ye sayang.

4. Semakin kurang tidur.. kalau dulu tidur siang sampai dua tiga kali.. tetapi sekarang, waktu tidurnya hanya sekali.. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan si kecil mempunyai waktu tidur mencukupi. Nak semak, sila klik sini.
Sangat- sangat bersetuju, dahulu Hannah tidur dua kali pada waktu siang, pagi dan petang. tetapi sekarang, dia cuma tidur waktu pagi je petang dia main. Namun malamnya, dia akan tidur awal , bangun semula keesokan pagi = bermula episod bekerja.


5. Seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, Hannah nak makan makanan yang berbeza untuk waktu pagi, tengah hari dan petang. Kalau sama, alamatnya makan dua tiga suap sahajalaa.


Janganlah terlalu risau sekiranya anak anda masih belum menguasai beberapa perkara di atas kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza.. Cepat atau lambat, mereka akan menguasainya juga.

Sumber ; Babycenter,




Catatan Popular