Halaman

Selasa, 31 Ogos 2010

Award untuk Follower

Salam kepada semua follower..
saya takde hadiah spesel untuk diberi sempena Hari Kemerdekaan ini
cuma award ini sebagai
tanda persahabatan kita di jaringan maya.
Sudi2kanlah untuk copy code di bawah ini dan
paste kan di blog rakan2 yer...
Tinggalkan jejak anda ye..




copy code yang ada kat Sidebar ni yer... tengkiu

Isnin, 30 Ogos 2010

Mengapa Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah?



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sumber daripada facebook Sebutir Mutiara Seindah Wanita
~ALLAH knows BESt!~♥

Ahad, 29 Ogos 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................



Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A


:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan
::

(di forward dari iluvislam.com..)

Sabtu, 28 Ogos 2010

Personaliti Mengikut Bulan Islam Part 2


OOPS.. SEBELUM BACA ENTRY NI SELANJUTNYA, SILA SEMAK DAHULU BULAN KELAHIRAN ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM DI SINI
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Contest Merdeka By Izyanty Collection

KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )

1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?
(a) Tunku Abdul Rahman

2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR
GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?
( a) 31 Ogos 1997

3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?
(a) Betul


4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?
(b) 53

5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?
(b) 1 Malaysia Menjana Transformasi

( sila letakan jawapan yg betol sahaja dr 2 jawapan tu)


KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA NEGARA AMAN, BANGSA BERSATU, KEDAULATAN TERJAGA, MAJU MELANGKAH PENUH KETRAMPILAN.. KEUNGGULAN TERJAMIN DI MATA DUNIA..

Personaliti Mengikut Bulan Islam Part 1



OOPS.. SEBELUM BACA ENTRY NI SELANJUTNYA, SILA SEMAK DAHULU BULAN KELAHIRAN ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM DI SINI
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi (kena cencored) jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang (kena cencored) atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
S
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.



Sumber : remyfarhan
Forumer

Khamis, 26 Ogos 2010

Mengatasi Buasir

Antara amalan seharian yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan penyakit buasir :

  • Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari
  • Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga insyaallah dapat menghindari dari penyakit buasir : penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).

Sabtu, 21 Ogos 2010

Info Hotel Tiada Sijil Halal !!

Merujuk akhbar Kosmo bertarikh 21 Ogos 2010 (Sabtu), terdapat 24 buah hotel yang telah disenaraikan oleh pihak JAKIM) tidak memenuhi paiwaian persijilan halal pada sajian Bufet Ramadhan bermula 1 hingga 10 Ramadhan.

Antara hasil penemuan pihak JAKIM ialah :-
  • menggunakan bahan mentah yang berasaskan alkohol
  • bahan ramuan yang diragui
  • bahan mentah yang tiada pengesahan halal
  • ayam daripada sumber yang tidak jelas
  • percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan


Berikut merupakan senarai 24 hotel yang tidak memenuhi piawaian halal pihak JAKIM untuk Bufet Ramadhan mulai 1 hingga 10 Ramadhan :-

STATISTIK HOTEL
YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI
PIAWAIAN HALAL
MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN
TAHUN 2010

1.ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10.ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

12.EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19.THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur


Anda boleh merujuk link ini untuk pengesahan lanjut...

P/S : Saya cuma mahu mewar2kan isu ini sebagai memenuhi tanggungjawab sesama islam...

Rabu, 18 Ogos 2010

Cuti Bersalin...

Salam semua...

Dah lama tak update blog sebab baru je lepas melahirkan anak sulung..
Alhamdulillah semuanya dah selamat..
Bersalin pada 14hb 8 2010 tepat pukul 12.58 pg, saya selamat melahirkan seorang puteri..

Dhia Hannah binti Ahmad Dinney..

2 jam lebih dalam labour room rasa mcm setahun.. Peritnya menjadi seorang ibu.. Semoga aku menjadi anak yang lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.. buat masa ni kurang skit update blog... keluarkan topik ini sebab nk inform kpd rakan blog bhawa dengan ini.. tuan empunya blog sedang cuti bersalin.... hehe... nanti akan beroperasi semula ye kawan2..



Jumaat, 13 Ogos 2010

Alkohol (arak) Perisa Hidangan Bufet

Gambar diambil daripada www.hmetro.com.my.

Berita tergempar, pihak JAKIM telah membongkar kegiatan tidak beretika sesetengah pengusaha hotel yang membenarkan sos beralkohol digunakan sebagai salah satu perisa dalam penyediaan makanan mereka. Walau bagaimanapun pihak JAKIM tidak menyatakan hotel mana yang berbuat demikian, namun begitu beberapa hotel dan restoran di sekitar Lembah Kelang terlibat dengan perbuatan ini.

Sangat menyedihkan bahan ini ditambah dalam makanan untuk berbuka puasa.. sadis sungguh..

Berikut merupakan petikan daripada Akhbar Harian Metro edisi Jumaat, 13 Ogos 2010

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.

Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.

Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.

“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya.

Amri berkata, berikutan itu dia berjumpa pihak pengurusan hotel terbabit dan memberi amaran terhadap kesalahan dilakukan dan meminta mereka memastikan ia tidak berulang.

“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.

Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.

“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memaklumkan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Jakim.

Beliau menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti.

P/s : Masak sendiri lebih baik... Pastikan beli produk yang ada tanda halal yang diiktiraf pihak JAKIM... Sekarang ni, kita kena berhati- hati.... MAKANAN MEMPENGARUHI KEPERIBADIAN KITA....

Di Sebalik Promosi Jualan !!!



Bulan Ramadhan dah tiba,, tidak lama lagi pasti pusat membeli- belah akan membuat promosi jualan secara besar- besaran.. Semasa membelek- belek surat khabar UTusan Malaysia, saya terbaca suatu artikel yang ditulis oleh saudara "Mozag" dengan tajuk "AWAS, PERANGKAP PROMOSI PASAR RAYA BESAR".. Berikut merupakan beberapa panduan yang diberikan oleh saudara Mozag agar kita semua tidak terperangkap dengan promosi jualan ini...

1. Barangan yang diberikan potongan harga bukannya untuk semua jenis walaupun barangan yang sama. Sebagai contoh minuman kultur, potongan harga hanya untuk yang berperisa biasa bukannya untuk yang berperisa campuran. Bagi menambahkan lagi kekeliruan pembeli, barangan tersebut diletakkan di rak yang sama dan dilabelkan sebagai barangan yang ditawarkan dengan harga murah.(aku pun pernah kena ni.. pi kat kaunter, bayar harga lain huhu)

2. Teliti katalog promosi yang diterima betul- betul. Tawaran potongan harga diberikan kepada produk- produk tertentu sahaja pada tarikh- tarikh tertentu atau jenama- jenama tertentu sahaja. Kebiasaannya, pengguna dikelirukan dengan tulisan perincian produk yang ditawarkan dengan cetakan yang sangat kecil. Bagi pengguna yang kurang peka, pasti akan mudah terpedaya..

3. Tawaran harga hanya diberikan kepada barangan yang bersaiz tertentu sahaja. Pengguna pasti keliru apabila label tawaran diletakkan bersama- sama dengan semua saiz barangan seolah- olah semua saiz barangan tersebut diberi potongan harga.

4. Harga promosi sebenarnya bukannya promosi. bagaimana tu... taktik pasaraya besar, sebelum karnival jualan dijalankan semua produk dinaikkan harga, kita sebagai pengguna perlu peka berkenaan hal ini.. apabila tiba waktu promosi, harga diturunkan semula kepada harga asal.. Pengguna yang teruja dengan promosi ini pasti mudah terpedaya..

Sebagai pengguna,, janganlah kita mudah terpedaya.. untuk ingatan diri sendiri. Sekarang ni, kalau hendak membeli barang- barang dapur saya selalu meneliti harga dan membandingkan dengan harga barangan yang sama di tempat lain.. Langkah mudah untuk berjimat- cermat sebenarnya...

Khamis, 12 Ogos 2010

Kandungan Overdue..

Nak meluah perasaan satu dua perenggan,,
ikut jangkaan doktor,, baby ni dah patut keluar 9hb 8 baru ni,
tapi sampai ke saat artikel ini ditaip,
aku masih tak rasa sebarang kontraksi bersalin pun lagi..
sesetengah rakan berpendapat, normallah anak sulung tak ikut due,
tapi aku ni dah overdue dah..
search2 artikel dlm internet, banyak cerita menakutkan aku..
9 bulan lebih aku carry baby ni dalam perut..
aku tak nak apa2 berlaku padanya...
dia berkongsi segalanya dengan aku...
aku nak dengar dia panggil aku ibu nanti..

Ya Allah, permudahkanla urusan bersalinku nanti, kurangkanlah penderitaan bersalin sebagaimana kurangnya penderitaan bersalin yang hakkan kepada Maryam... Ya Allah, kau kurniakanlah keselamatan dan kesihatan kepada diriku dan anakku ini... Aamin,,,

Rabu, 11 Ogos 2010

Berpuasa Sewaktu Hamil



Bulan Ramadhan menjelang tiba.. Marilah kita meraikannya...

Untuk ibu hamil, dapatkan tips berpuasa di sini...
  • Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  • Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.


  • Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.
  • Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  • Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.
  • Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.
  • Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.
  • Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari.

  • Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.


Selasa, 10 Ogos 2010

INGATAN BUAT TEMAN


PERKATAAN INDAH ADALAH ALLAH



LAGU YANG MERDU ADALAH AZAN


MEDIA TERBAIK ADALAH AL-QURAN


SENAM YANG SIHAT ADALAH SOLAT


DIET SEMPURNA ADALAH BERPUASA


KEBERSIHAN MENYEGARKAN ADALAH BERWUDUK


PERJALANAN INDAH ADALAH HAJI


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOGGER SEKELIAN...


Diari Seorang Isteri (Lelaki mesti bace)...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Isnin, 9 Ogos 2010

Puasa Vs Merdeka Vs Raya

Puasa vs Merdeka vs Raya... kenapa saya keluarkan entry ini.. sebabnya kita akan menyambut bulan ramadhan lusa dan dalam bulan yang sama kita akan menyambut kemerdekaan negara kita yang tercinta.. dan selepas itu, dam dam dum bunyi mercun.. bulan syawal pula akan menjelma..

Apa yang saya hairan dengan kempen di tv, pasal puasa n merdeka takdelah berapa nak meriah promosinya tetapi iklan pasal raya pula yang lebih2, seolah- olah kita ni raya dulu baru merdeka n puasa.. over kan..

apa- apa pun sepatutnya muliakanlah ramadhan terlebih dahulu..Takkan wujud hari kemenangan jika tiada ujiannya.. ini tidak, belum apa2 dah sibuk beli kuih raya, dah sibuk tempah baju raya, dah setup dalam otak nak buat itu ini masa raya.. (kata kpd diri sendiri jugak sebenarnya).. padahal sepatutnya fokus kepada beribadat..

Akhir sekali, saya nak menggunakan medan ini untuk mengucapkan


SELAMAT BERPUASA.. PERTINGKATKANLAH AMAL IBADAH KITA DI BULAN YANG MULIA INI...

Penyimpanan Stok Makanan


Salam untuk semua para suri rumah tangga.. yang bukan suri rumahtangga pun boleh timba ilmu sekali untuk akan datang,, Kaum Adam pula boleh sampaikan panduan ini kepada isteri2 ataupun awek2 masing-masing yer..
Berikut diberikan beberapa panduan untuk memastikan kualiti makanan di dapur terjaga...


1. Pastikan kedudukan bekas makanan sentiasa diubah. Buat sistem giliran iaitu barang belian yang lama digunakan terlebih dahulu.


2. Bahan makanan dalam botol yang telah digunakan mempunyai tempoh masa tertentu, pastikan baca label dan arahan spesifik yang terdapat pada botol tersebut.


3. Jangan simpan herba dan keluarga kekacang di dalam botol yang lutsinar (balang kaca lah maknanya). Ini kerana, cahaya yang menembusi balang boleh merosakkan strukturnya sama ada warna mahupun rasa.

4. Makanan yang di dalam plastik perlu dimasukkan di dalam bekas kedap udara untuk lebih bertahan lama.

5. Makanan di dalam tin perlu dihabiskan terus, jangan simpan dah.

6. Paling penting, tengok tarikh lupa makanan dalam tin tersebut..

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sungai Dasar Laut..

Subhanallah.. kuasa Allah tiada tandingannya.. Rasa kagum yang amat sangat melihat fenomena ini.. tak terjangkau dek fikiran.. pertemuan dua air.. air masin dan air tawar..

Firman Allah s.w.t :
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)


Gambar- gambar ini menjadi bukti, kuasa Ilahi bukannya satu dongengan, bukan cerita sains fiksyen.. namun inilah kenyataannya.. Subhanallah...


Tidak boleh dinafikan, Allah berfirman tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Kuasa Allah s.w.t.. Segala puji baginya yang menjadikan bumi dan langit.. Kita hanyalah insan kerdil yang menumpang haknya.. Sungai di dasar laut.. percaya atau tidak.. PERCAYALAH, KUN FAYAKUN...



Ibu & Bayi dalam Kandungan...



Artikel ini elok untuk dikongsi bersama...

Boleh klik link ini untuk tontonan video perkembangan janin dalam rahim seorang ibu.

Minggu 1

Bayi

Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda

Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi

Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Anda

Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi

Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda

Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.

Minggu 4

Bayi

Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda

Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

Minggu 5

Bayi

Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda

Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 6

Bayi

Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda

Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi

Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda

Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17

Bayi

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18

Bayi

Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19

Bayi

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.


Minggu 20

Bayi

Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda

Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21

Bayi

Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Anda

Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22

Bayi

Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Anda

Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23

Bayi

Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda

Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24

Bayi

Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Anda

Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Minggu 25

Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Anda

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26

Bayi

Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda

Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27

Bayi

Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Anda

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Minggu 28

Bayi

Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Anda

Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Minggu 29

Bayi

Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Anda

Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 30

Bayi

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Anda

Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi

Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda

Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi

Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda

Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi

Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Anda

Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi

Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Anda

Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi

Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Anda

Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi

Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Anda

Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi

Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Anda

Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi

Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda

Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi

Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Anda

Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Bayi

Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Anda

Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.


~maksud hadith~

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya


p/s : Dieyna sedang melalui fasa ini (tulisan berwarna kuning)... Doakan semuanya selamat ye, kekawan..

Sumber : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/07/21/40-minggu-yang-ajaib/

Tanda- tanda Bersalin


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Cara Membersihkan Peralatan Elektrik Dapur


Kehidupan moden kini memerlukan kita menggunakan pelbagai jenis peralatan dan mesin yang dapat memudahkan lagi urusan dan juga kerja-kerja seharian. Salah satu cara untuk memudahkan kerja-kerja kita di dapur adalah dengan menggunakan alatan-alatan kecil yang sangat berguna. Alatan kecil ini tanpa disedari sebenarnya banyak membantu kita dalam menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, alatan ini juga harus selalu dibersihkan dan dijaga dengan baik bagi memastikan ia tidak mudah rosak.
Kebanyakan rekaan peralatan memerlukan penjagaan yang paling minima, dan sesetengahnya memerlukan cara pembersihannya yang tersendiri mengikut buku panduan yang telah dibekalkan oleh pihak pengeluar. Hanya ikuti kesemua langkah-langkah yang disarankan. Atau, carilah cara bagaimana untuk memastikan semua mesin dan peralatan anda sentiasa bersih, selamat dan dapat berfungsi dengan sempurna.

PEMBAKAR ROTI

Pertama sekali, buangkan semua serdak roti yang tertinggal (samada yang terdapat di atas dulang di bahagian bawah pembakar roti ataupun dengan cara menterbalikkan pembakar roti tersebut ke bawah, atau boleh ju
ga dengan cara menggoncangkannya, bergantung kepada model). Lakukan ini selalu untuk mengelakkan lebih banyak s
isa serbuk roti daripada terkumpul. Gunakan span, kain atau apa jua bahan pembersih lain yang lem
but untuk membersihkan bahagian luar pembakar roti dan juga dulang serdak roti. Jika sisa makanan yang ada sudah terlalu lama dan sukar untuk ditanggalkan, gunakan kain lembab dan akhir sekali lapkan dengan kain bersih untuk mengeringkannya.

MATA PISAU - MESIN PENGISAR, PEMBANCUH DAN PEMPROSES MAKANAN

Pertama sekali, ceraikan kesemua bahagian-bahagian peralatan tersebut. Tanggalkan semua bahagian yang boleh dibuka, termasuklah mata pisau, getah pemampat dan lain-lain lagi. Cuci semua baki makanan yang ada (berhati-hati dengan semua bahagian tajam ya). Gunakan span yang telah direndamkan di dalam air
panas bersabun untuk membersihkan bahagian dalaman, dan gunakan kain bersih dan air panas (dengan sedikit sabun, jika anda mahu) untuk membersihkan bahagian luaran. Pastikan kesemua bahagian telahpun dikeringkan dengan sempurna sebelum anda mula memasangkannya kembali.

MEMBERSIHKAN MESIN PEMBANCUH KOPI

Gunakan span atau kain bersih yang telah direndamkan dengan air panas bersabun untuk membersihkan bahagian luar mesin pembancuh kopi tersebut. Kemudian lapkan lebihan sabun dengan menggunakan kain bersih sehingga kering. Jika bahagian dalam mesin telah menjadi kotor dan bertukar warna, gunakan sabun pembersih yang lembut untuk membersihkannya. Pastikan bahagian jag, penutup dan juga bekas penapis dibersihkan dengan menggunakan air panas yang bersabun.


Adakah aliran kopi pada mesin pembancuh anda kelihatan tersekat-sekat dan tidak lancar? Ini mungkin disebabkan oleh sisa-sisa bancuhan lama yang masih ada pada mesin tersebut. Tiada siapa yang mahu menunggu lama hanya untuk mendapatkan secawan kopi kan? Untuk menghilangkan sisa-sisa mendapan ini, tuangkan empat cawan cuka putih ke dalam bekas air (tuangkan hanya sedikit jika bekas anda kecil). Pasangkan jag, penutup dan bekas penapis seperti biasa dan hidupkan mesin. Apabila separuh daripada cuka sudahpun melalui penapis dan masuk ke dalam jag, padamkan suis mesin dan tunggu selama 10-15 minit. Kemudian hidupkannya semula dan biarkan lebihan cuka tersebut mengalir sehingga habis. Ulangi proses ini sehingga aliran menjadi normal (tidak perlahan seperti sebelumnya) dan akhir sekali gantikan cuka tersebut dengan air biasa sebanyak dua kali untuk membersihkannya. Jika tidak, anda mungkin akan minum kopi masam pula nanti!

Semoga tips-tips di atas akan dapat membantu anda dalam menjaga kebersihan semua peralatan dapur anda. Ini secara tidak langsung dapat memanjangkan lagi usia kesemua peralatan-peralatan tersebut dan sudah pasti lebih banyak hidangan-hidangan lazat akan terhasil untuk jangkamasa yang lama!

Sumber : http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=lpg&pg=lpg_articles&ac=171

Catatan Popular