Jumaat, 27 Ogos 2010
Personaliti Mengikut Bulan Islam Part 1
OOPS.. SEBELUM BACA ENTRY NI SELANJUTNYA, SILA SEMAK DAHULU BULAN KELAHIRAN ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM DI SINI
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi (kena cencored) jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang (kena cencored) atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
SSemasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sumber : remyfarhan
Forumer
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismillahirrahmanirrahim. Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentak...
-
Semalam gigi sakit, apabila tersentuh je gigi atas dengan gigi bawah, mesti rasa ngilu.. Bengkaknya sampai ke gusi.. Dah lama gigi tu berlu...
-
Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seor...
2 ulasan:
alamak tak thu plak lahir dlaam bulan ape...
jahat kan
bulan omputih ingt plak....
sumber bukan remyfarhan. orang yg tulis tu ciplak dari mana ntah. please make sure u put a proper credit to the real owner.
Catat Ulasan