Bismillahirrahmanirrahim..
Lama dah Dieyna teringin dapur luar. Alhamdulillah, tahun lepas ada rezeki untuk realisasikannya. Dengan bajet yang termampu.. maka, terhasillah dapur outdoor ini.
Tak tau nak cerita apa dah..jadi kita kongsi gambar jelah kat sini....
Ini ruang memasak.. Lantai basah sebab Dieyna cuci selepas dapur digunakan. Biasalah bila memasak kan ada percikan minyak semua tu.... nak mudah kerja.. kita basuh terus...
Bar Kaunter ni tempat Dieyna letak2 bahan memasak atau lauk pauk yang sudah dimasak. Bajet nak buat kerusi tinggi.. tunggu bajet turun dri langit dlu gayanya... sebenarnya Dieyna ada letak pokok atas meja ni tetapi semalam ada kakak sekeluarga datang buat kerja cat grill, meja ni Dieyna alih untuk letak lauk pauk .. Diorang makan ala-ala bufet jadinya...
Syok makan nasi bawah pokok sambil hidu udara segar gitu....
Dapur Dieyna ni betul-betul open konsep.. sampaikan meja makan pun Dieyna letak di dapur ni.. Dalam rumah xde lagi meja makan.. Sekiranya ada sekalipun, kami tak guna mana meja makan tu sebabnya port kami makan di dapur ni..
Cukuplah untuk kami berempat. Bukan selalu orang datang pun kan. Jika ada yang datang, Dieyna buka meja lipat.. Abis Cerita... hehehe
Sebenarnya dapur ni tak siap dekorasi sepenuhnya lagi... Bidai tak cukup satu.. Time matahari turun, panas kawasan meja makan ni... nak letak langsir putih kan.. tiba-tiba langsir tu jadi hitam... jadi sekali lagi kita tunggu bajet turun dari langit untuk tambah aksesori dapur luar ni...
Banyak kenangan nak siapkan dapur ni, ada pahit ada manis... tapi apa-apapun.. impian Dieyna untuk dapat dapur open concept gini dah tercapai.. Alhamdulillah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismillahirrahmanirrahim. Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentak...
-
Semalam gigi sakit, apabila tersentuh je gigi atas dengan gigi bawah, mesti rasa ngilu.. Bengkaknya sampai ke gusi.. Dah lama gigi tu berlu...
-
Assalamualaikum warrahmatulahi wabarakatuh.. Dengan lafaz Dengan ini Dieyna melancarkan " Wardah - Persona GiveAway Fever 2012 ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan