Halaman

Sabtu, 19 Januari 2019

Edisi cuci sawang : Coret-coret Awal Tahun 2019


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t

Setahun blog ni bersawang. Sibuk sangat hingga tak sempat menulis. Hehe sebenarnya banyak sngat urusan lain sampai tak sempat menyapu sawang di sini. Memandangkan mood menulis datang.. maka muncullah entri ini.. entri pertama di tahun baru Tahun 2019.

Sekolah baru
     Banyak perkara baru berlaku pada awal tahun terutamanya berkaitan dengan kerjaya. Bermula 16 Dis 2018, Dieyna mendapat kelulusan pertukaran. Selepas 9 tahun berkhidmat di SFERA, tahun 2019 membuka lembaran baru buat Dieyna apabila permohonan pertukaran ke sekolah berdekatan diluluskan. Alhamdulillah, sekolah lebih dekat dan Dieyna tak perlu berulang alik 20 minit lagi. Biasalah bila dah masuk sekolah baru, maka pasti ada cabaran baru. Cabaran memang sungguh mencabar apabila buat pertama kali Dieyna terpaksa mengambil alih jadual Bahasa Inggeris. Mujurlah subjek BI Tahun 1. Fuh, semoga dipermudahkan urusan Dieyna.
Hari pertama datang mesyuarat di SESKA

Minggu Transisi
Dieyna fikirkan bila dah masuk sekolah baru maka tak terjebaklah dengan Tahun 1. Rupanya ramalanku meleset belaka. Tahun 1 tetap jodoh Dieyna. Setelah 19 tahun dalam bidang pendidikan, Dieyna masih perlu mengadap kerenah murid Tahun 1. hehe minggu pertama, Dieyna dah kelam kelibut mengejar murid Tahun 1 yang lari dari kelas. Sudahlah pakai kasut bertumit. hahaha mujur cikgu tak terpeleot nak. Minggu pertama juga Dieyna jadi penunggu tepi tandas. Bimbang anak murid sakit perut duduk dalam tandas lama sangat... hahaha.. Apapun enjoy dengan segala pengalaman melayan murid Tahun 1.

Kejohanan Merentas Desa
Inilah kejohanan pertama yang Dieyna join di sini. Hannah pun. Alhamdulillah, Hannah dapat medal dalam kejohanan ni. Boleh lah buat koleksi medal sukan yang dia ada.  Dieyna share gambar jelah ye...
Dieyna perlu jaga CP 1 bersama ustazah KAFA. lupa lak nama mereka.

Kakak dapat tempat pertama untuk kategori perempuan Tahun 3.
Tahniah kakak..
Antara anak-anak murid 1 AK yang mendapat tempat. Tahniah semuanya.

Setakat ini jelah dlu perkongsian Dieyna untuk entri pertama ni. Selepas ni sambung lagi... Harap2 mood menulis ni tak karamlah... hahaha kalau karam 2020 pulak baru ade entri baru...

Tiada ulasan:

Catatan Popular